ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  APIC 2019 MENGGALAKKAN BUDAYA PRODUKTIVITI INDUSTRI DAN SEKTOR AWAM

Monday 04/11/2019



KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Lebih 2,000 peserta dari organisasi sektor swasta dan awam bakal berkongsi projek inovasi masing-masing bersempena Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC) 2019 anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC) bermula 5 hingga 7 November 2019.
 
Acara tahunan ini merupakan platform untuk pelbagai industri berkongsi amalan terbaik dalam jaringan kawalan kualiti (QC) untuk peningkatan produktiviti, kualiti, inovasi, penyampaian perkhidmatan dan kepuasan pelanggan di organisasi masing-masing.
 
Ketua Pengarah MPC, YBhg. Dato’ Abdul Latif Haji Abu Seman berkata keberhasilan pelaksanaan projek Team Excellence yang merupakan idea inovasi dalam organisasi menyumbang kepada penjimatan kos selain penerapan budaya kerja yang efektif dan minda yang produktif.
 
“Pada tahun ini, penyertaan sebanyak 310 kumpulan yang mewakili 125 organisasi akan membentangkan keberkesanan projek terhadap peningkatan produktiviti di organisasi masing-masing. Pecahan penglibatan keseluruhan projek pada kali ini adalah 60% daripada sektor swasta dan 40% daripada sektor awam.
 
“Penglibatan warga kerja dalam pelaksanaan projek Team Excellence, yang menekankan kepada penyelesaian secara sistematik ini memberi peluang dan ruang kepada ahli mengenal pasti potensi diri bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. Kemahiran ini amat diperlukan bagi mewujudkan modal tenaga ke arah pekerja berkemahiran tinggi selaras dengan pelan transformasi negara,” katanya.
 
Menurutnya, 15 kumpulan Team Excellence yang melaksanakan projek menjurus kepada kepakaran sistem dan robotik turut bakal diberikan pengiktirafan Industri 4.0 bagi menggalakkan penggunaan teknologi khususnya internet kebendaan (IoT) bagi meningkatkan kecekapan dan mempercepat fleksibiliti dalam usaha menjamin kemampanan daya saing organisasi.
 
Dalam program yang sama, Innocafe turut diadakan sempena APIC 2019 sebagai salah satu inisiatif memperkasa dan membangunkan bakat pelajar menerusi kolaborasi bersama industri dan pakar teknologi.
 
Innocafe 2019 melibatkan hampir 90 pelajar hasil dari kerjasama antara Fakulti Komunikasi & Pengajian Media UiTM Shah Alam dan dibantu oleh rakan strategik Quest International University, Perak dan Virtual X.
 
Selain itu, seramai 20 Fasilitator Cemerlang turut diraikan sebagai penghargaan dalam menjayakan aktiviti penambahbaikan produktiviti di organisasi masing-masing.
 
Mengenai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC):
Perbadanan Produktivtiti Malaysia (MPC) merupakan Badan Berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menjalankan aktiviti bagi peningkatan produktiviti, kualiti dan daya saing. Visi utama MPC ialah menjadi peneraju dalam meningkatkan produktiviti ke arah daya saing global yang kompetitif dan berinovasi.

SUMBER : Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Huda Atiqah Samsir
Corporate Planning Division (Media)
Tel: 0137261950 (whatsapp sahaja)
E-mel: atiqah@mpc.gov.my
 
Nama: Luqman Louis
Corporate Planning Division (Media)
Tel: 01131898864
E-mel: louisvisall@gmail.com

--BERNAMA


 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.