ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  KENYATAAN MEDIA PEMBERHENTIAN 815 PEKERJA KUMPULAN UTUSAN

Friday 08/11/2019



KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- 

Bantuan Kewangan


PERKESO sentiasa prihatin mengenai isu pemberhentian 815 pekerja di bawah Kumpulan Utusan. PERKESO telah berusaha membantu pekerja-pekerja Kumpulan Utusan, iaitu dengan mengadakan sesi taklimat oleh Pegawai PERKESO di Ibu Pejabat Utusan Malaysia, Jalan Chan Sow Lin pada 30 Oktober 2019.

PERKESO telah menasihatkan supaya pekerja-pekerja yang terlibat mengemukakan permohonan mereka kepada PERKESO melalui online (eis.perkeso.gov.my) atau hadir ke Pejabat PERKESO berhampiran dengan kadar segera. Permohonan yang lengkap akan diproses dan ini akan membolehkan bayaran bantuan kewangan bulan pertama dapat disalurkan selepas tempoh menunggu 7 hari.

Bantuan Carian Kerja

Setakat 1 November 2019, seramai 382 orang daripada jumlah 815 orang pekerja Kumpulan Utusan telah memfailkan tuntutan untuk mendapatkan bantuan kewangan. Dalam masa yang sama, pekerja berkenaan (Orang Berinsurans) akan dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) untuk mendapatkan pekerjaan lain di tempat baharu.

Pada hari ini sahaja PERKESO telah mengatur sesi temu duga untuk mengisi kekosongan yang ditawarkan oleh 3 syarikat berikut:

(i) MPH Group Printing Sdn Bhd
Admin Clerk cum Accountant
▪ Illustrator
▪ Designer


(ii) Percetakan Mesbah Sdn Bhd
Marketing Officer
▪ Dispatch


(iii) Percetakan Zainon Kassim Sdn Bhd
Web Printer
▪ Cutter
▪ Folder
▪ Speedmaster Printer
▪ Bindery Machine Operator (Perfect/Pinning)
▪ Cutter Operator
▪ Printing Machine Operator
▪ Production Supervisor
▪ Dispatch
▪ Clerk


Kelayakan Latihan

Bekas pekerja Kumpulan Utusan ini juga layak untuk mengikuti program latihan yang bersesuaian bagi membolehkan mereka mendapat kemahiran baru yang diperlukan. Bagi mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan latihan dalam bidang ini juga dapat disediakan. PERKESO akan bekerjasama dengan HRDF bagi mengenal pasti jenis-jenis latihan yang sesuai ditawarkan kepada semua pekerja yang terlibat.

PEKESO ingin mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan baki 433 bekas pekerja Kumpulan Utusan untuk tampil membuat tuntutan faedah kewangan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dengan kadar yang segera agar bantuan ini dapat disalurkan secepat mungkin. Untuk makluman, mereka layak mendapat Faedah Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) bagi tempoh minimum tiga (3) hingga lima (5) bulan. Sebagai contoh, mereka yang bergaji RM4,000 layak diberi faedah EMP sebanyak RM3,160 (selepas 7 hari tempoh menunggu); RM1,975 (bulan kedua); RM1,580 (bulan ketiga dan keempat); dan RM1,185 (bulan kelima).

PERKESO
7 November 2019


Sila klik di sini untuk maklumat tambahan.

SUMBER: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Faten Nabila binti Roslan
Pegawai Tadbir
Bahagian Perancangan dan Hal Ehwal Korporat
Pertubuhan Keselamatan Sosial
Tel: 03-4264 5000 (ext: 5194)
E-mel: nabila.roslan@perkeso.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.