ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  CEO AMBANK ISLAMIC TERIMA ANUGERAH 'ISLAMIC BANKER OF THE YEAR 2019'

Friday 08/11/2019



KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Islamic Berhad (AmBank Islamic), Eqhwan Mokhzanee telah dianugerahkan Anugerah ‘Islamic Banker of the Year 2019’ oleh Global Islamic Finance Awards (GIFA). Di samping itu, AmBank Islamic juga telah menerima Anugerah ‘Most Improved Islamic Bank 2019’.
 
"Kami sangat berbesar hati diberikan Anugerah ‘Most Improved Islamic Bank 2019’ yang mencerminkan pencapaian berterusan dalam membina warisan kami untuk menyampaikan penyelesaian mampan dalam perbankan dan kewangan Islam yang berteraskan pelanggan. Anugerah ini juga merupakan pengiktirafan ke atas kemajuan signifikan dalam melaksanakan perancangan strategik dan transformasi kami," kata Dato' Sulaiman Mohd Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan AmBank.
 
Mengulas mengenai Anugerah ‘Islamic Banker of the Year 2019’, Eqhwan berkata "Saya berasa rendah diri dan berbesar hati diberi penghormatan untuk menerima anugerah berprestij ini. Ia merupakan pengiktirafan bukan hanya untuk peranan AmBank Islamic dalam menyokong pelanggan kami, tetapi juga sebagai sebuah perantara yang membolehkan pembangunan kerjaya dan sumbangan kepada industri kewangan Islam. Anugerah ini adalah penghargaan yang diberikan melalui saya, kepada kepimpinan dan rakan sekerja di AmBank Islamic dan Kumpulan AmBank, dan kepada para pelanggan dan pihak berkepentingan lain kerana meletakkan kepercayaan mereka kepada kami. Ini akan memperkukuhkan komitmen kami untuk bekerja tanpa mengenal penat lelah dalam membawa kewangan Islam ke peringkat seterusnya yang untuk kebaikan pelanggan, masyarakat dan pihak berkepentingan yang lain."
 
Jawatankuasa Anugerah GIFA mengiktiraf institusi dan individu dari seluruh dunia atas sumbangan luar biasa mereka kepada pembangunan perbankan dan kewangan Islam. Majlis anugerah Global Islamic Finance Awards GIFA 2019 ke-9 ini telah diadakan di The Westin Cape Town, Afrika Selatan pada 16 September 2019.
 
About AmBank Islamic
Since its beginnings as AmBank Group’s Islamic banking division in 1993 and subsequently incorporated as an Islamic bank in 2006, AmBank Islamic has built a reputation in serving the Shariah banking needs of individuals, businesses and institutions.
 
AmBank Islamic’s comprehensive range of Shariah-compliant retail, business and wholesale banking products and services (including treasury and trade solutions) and their delivery channels continuously evolve in line with market changes. This dynamic approach supports the agenda to help individuals, businesses and institutions in Malaysia to grow and win together.
 
About AmBank Group
AmBank Group is a leading financial services group with over 40 years of expertise in supporting the economic development of Malaysia. We have over three million customers and employ over 8,000 people.
 
The Group was listed on the Main Market of Bursa Malaysia in 1988. It is the sixth-largest banking group by assets in Malaysia, with a market capitalisation of around RM13.7 billion and assets of RM158.8 billion as at 31 March 2019.
 
AmBank Group serves over three million individual and corporate customers. It provides services in wholesale banking, retail banking, business banking, investment banking and related financial services which include Islamic banking, underwriting of general insurance, stock and share broking, futures broking, investment advisory and management services in assets, real estate investment trust and unit trusts.
 
For more information, please visit www.ambankgroup.com

SUMBER : Kumpulan AmBank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Syed Anuar Syed Ali
Naib Presiden Eksekutif
Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan
Kumpulan AmBank
Tel: 03-2036 1703 
E-mel sasa@ambankgroup.com

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.