ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  TOMMY HILFIGER KOMITED KEPADA REKA BENTUK 3D UNTUK MEREALISASIKAN PERJALANAN PENDIGITALAN YANG BERCITA-CITA TINGGI

Friday 08/11/2019


Kemeja formal lelaki Musim Luruh 2020 TOMMY HILFIGER akan direka 100% melalui 3D (Foto: Business Wire)



Tommy Hilfiger sedang melaksanakan keupayaan pembelajaran dan teknologi baharu bagi kesemua pasukan reka bentuk global di ibu pejabat mereka di Amsterdam untuk mencapai reka bentuk pakaian 100% 3D menjelang koleksi Musim Bunga 2022 mereka.

AMSTERDAM, 8 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tommy Hilfiger, yang dimiliki oleh PVH Corp. [NYSE: PVH], mengumumkan bahawa teknologi reka bentuk 3D sedang digabungkan ke dalam kesemua pasukan reka bentuk pakaian global di ibu pejabat mereka di Amsterdam, Belanda. Koleksi pakaian Musim Bunga 2022 mereka akan menjadi yang pertama direka sepenuhnya menggunakan platform reka bentuk 3D Tommy Hilfiger yang berinovatif. Komitmen ini dibina di atas sasaran syarikat itu yang bercita-cita tinggi untuk mendigitalkan rantaian nilai hujung-ke-hujung mereka.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191107005718/en/


“Potensi bagi reka bentuk 3D tidak mempunyai batasan, sekali gus membolehkan kami untuk memenuhi kehendak pengguna dengan lebih pantas dan dalam cara yang lebih lestari,” kata Daniel Grieder, Ketua Pegawai Eksekutif, Tommy Hilfiger Global dan PVH Eropah. “Teknologi itu telah menjadi satu peralatan asas dalam reka bentuk koleksi kami dan mempunyai potensi untuk dengan nyata sekali mempercepatkan tempoh masa kami ke pasaran dan menggantikan fotografi produk tradisional sepenuhnya. Untuk musim Luruh 2020 kami, kemeja formal lelaki kami akan direka 100% melalui 3D dan tidak memerlukan sebarang pengeluaran sampel; perbezaannya akan hampir tidak dapat dibezakan daripada gaya-gaya yang direka dan dipaparkan dari segi sejarah. Ini adalah masa hadapan.”

Untuk merealisasikan matlamat reka bentuk 3D mereka, Tommy Hilfiger telah menubuhkan sebuah inkubator teknologi yang dikenali sebagai STITCH, yang khusus untuk mendigitalkan amalan reka bentuk syarikat itu. Sejak perjalanan reka bentuk 3D Tommy Hilfiger bermula pada tahun 2017, pasukan-pasukan jurutera perisian, pakar-pakar reka bentuk 3D, dan pakar-pakar transformasi telah membangunkan sebuah peranti proprietari ekosistem yang membolehkan aliran kerja reka bentuk digital sepenuhnya. Ini termasuk sebuah perpustakaan digital fabrik, corak dan aset berwarna; alat persembahan 3D digital dan teknologi penerapan. Mengubah reka bentuk tradisional dan langkah-langkah pengeluaran sampel ke dalam proses maya membolehkan garis masa yang lebih cepat dan integrasi yang lancar ke dalam Bilik Pameran Digital.

Penskalaan teknologi reka bentuk 3D merentasi koleksi pakaian TOMMY HILFIGER mengikuti  dua tahun projek ujian yang disasarkan yang telah berjaya menyambungkan platform reka bentuk 3D kepada Bilik Pameran Digital serba canggih Tommy Hilfiger. Ketika teknologi Bilik Pameran Digital itu merevolusikan kaedah penjualan barangan syarikat itu, pendekatan bawah atas bagi transformasi reka bentuk 3D mereka yang sedang dilaksanakan akan terus memperluaskan pendigitalan bagi rantaian nilai hujung-ke-hujung Tommy Hilfiger. Pada Musim Luruh 2020, Tommy Hilfiger akan melancarkan satu koleksi kapsul yang direka, dibangun dan dijual secara digital, termasuk produk yang dimodelkan pada avatar maya. Inisiatif ini adalah langkah seterusnya di dalam mendedahkan potensi sepenuhnya bagi pengurangan sampel, penjimatan masa, penjimatan kos dan kemampanan dengan memanfaatkan reka bentuk 3D.

Rakan bersekutu di lebih daripada 50% daripada bahagian pakaian yang terletak di ibu pejabat global Tommy Hilfiger telah dilatih dan dididik di dalam reka bentuk 3D melalui Akademi STITCH, dengan teknologi yang aktif dalam 20 kumpulan produk dan pengiraan. Melangkah ke hadapan, kesemua pasukan produk Tommy Hilfiger akan menerima latihan reka bentuk 3D dan peningkatan kemahiran sebagai standard, termasuk pereka, pembuat corak, juruteknik padan pasang, pemaju produk, dan peniaga.

Rakan-rakan dan pengikut bagi jenama itu dijemput untuk menyertai di dalam perbualan di media sosial dengan menggunakan #TommyHilfiger dan @TommyHilfiger.

Maklumat mengenai Tommy Hilfiger

Dengan sebuah portfolio jenama yang termasuk TOMMY HILFIGER and TOMMY JEANS, Tommy Hilfiger merupakan satu daripada kumpulan gaya hidup pereka berjenama premium yang paling dikenali di dunia. Tumpuannya adalah mereka bentuk dan memasarkan pakaian lelaki dan pakaian sukan yang mengikut potongan badan yang berkualiti tinggi, pakaian koleksi dan pakaian sukan wanita, pakaian kanak-kanak, koleksi denim, pakaian dalam (termasuk jubah, pakaian tidur dan pakaian bersantai), kasut dan aksesori. Melalui pemegang lesen terpilih, Tommy Hilfiger menawarkan produk pelengkap gaya hidup seperti kaca mata, jam tangan, minyak wangi, pakaian renang, stokin, barangan kecil kulit, barangan rumah dan bagasi. Barisan produk TOMMY JEANS terdiri daripada seluar jean dan kasut untuk lelaki dan wanita, aksesori, dan wangi-wangian. Barang dagangan di bawah jenama TOMMY HILFIGER dan TOMMY JEANS boleh didapati oleh pengguna di seluruh dunia melalui satu rangkaian luas kedai TOMMY HILFIGER dan TOMMY JEANS, kedai-kedai khusus dan gedung beli-belah, peruncit dalam talian terpilih, dan di tommy.com.

Maklumat mengenai PVH Corp.

PVH menetapkan standard bagi gaya sebagai satu daripada syarikat fesyen dan gaya hidup yang paling dikagumi di dunia. Kami memberikan kuasa kepada jenama-jenama yang memacukan fesyen ke hadapan – selama-lamanya. Portfolio ikonik kami termasuk jenama TOMMY HILFIGER, CALVIN KLEIN,  Van HeusenIZODARROW, Speedo*, Warner’sOlga dan Geoffrey Beene, serta jenama intim True & Co. yang sentrik digital. Kami memasarkan pelbagai jenis barangan di bawah jenama ini dan jenama-jenama lain yang dimiliki dan berlesen di peringkat nasional dan antarabangsa. PVH mempunyai lebih 38,000 syarikat bersekutu yang beroperasi di lebih 40 buah negara dan hampir $9.7 bilion dalam pendapatan tahunan. Itulah Kuasa PVH.

*Jenama Speedo dilesenkan untuk Amerika Utara dan Caribbean secara berterusan dari Speedo International, Limited.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20191107005718/en/ 


Hubungi

Tommy Hilfiger
Baptiste Blanc
Pengarah Kanan, Komunikasi Global dan Media Percuma
E-mel: Baptiste.Blanc@tommy.com
Tel: +31 62904 2334

Sumber : PVH Corp.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.