ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  TINDAKAN PROAKTIF PERKESO BANTU AHMAD TAUFIK

Wednesday 13/11/2019



KUALA  LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- PERKESO pada 12 November 2019 telah menziarahi Ahmad Taufik Ramli, 51, kakitangan Ibu Pejabat PAS di Hospital Kuala Lumpur yang mengalami kecederaan patah tulang paha akibat terjatuh sebaik sahaja selesai mengambil wuduk untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Baru pada 1 November lalu.

Sejurus selepas beliau dimasukkan ke hospital, pihak hospital telah membuat semakan segera sama ada beliau layak menerima faedah di bawah mana-mana skim perlindungan PERKESO.

Hasil semakan yang dibuat oleh PERKESO mendapati bahawa kemalangan tersebut adalah di bawah takrifan ‘bencana kerja’ kerana kemalangan tersebut berlaku sewaktu masa rehat yang dibenarkan. Sehubungan itu, beliau layak menerima faedah yang disediakan di bawah Skim Bencana Pekerjaan. 

Ahmad Taufik akan dibayar Faedah Hilang Upaya Sementara bagi tempoh cuti sakit yang disahkan oleh doktor akibat kemalangan tersebut dan selepas beliau dirujuk bagi taksiran hilang upaya. Ahmad Taufik akan menjalani pembedahan pemasangan besi pada paha kanannya hari ini.  

YB Dato’ Haji Mahfuz Haji Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia telah menyampaikan dokumen pengesahan kelulusan pembayaran bagi kos rawatan dan pembedahan serta tongkat.

Ahmad Taufik menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas tindakan proaktif PERKESO menerusi Skuad PERKESO Prihatin kerana segera menguruskan faedah yang layak diterima meskipun beliau belum mengemukakan tuntutan. 

Turut hadir ialah Ismail Abi Hashim, wakil Skuad PERKESO Prihatin.

PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL
13 NOVEMBER 2019 


Sumber: PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: FATEN NABILA BINTI ROSLAN
Pegawai Tadbir
Bahagian Perancangan dan Hal Ehwal Korporat
Pertubuhan Keselamatan Sosial
Tel: 03-4264 5000 (ext: 5194)
Emel: nabila.roslan@perkeso.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.