ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  TRAVELEX CURRENCY EXCHANGE & PAYMENTS MALAYSIA MENGINTEGRASIKAN SEMUA PERKHIDMATAN HAB SERANTAU DALAM MEMANFAATKAN SAMBUTAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020

Wednesday 13/11/2019



Travelex Asia Selatan melalui rangkaian entiti perkhidmatan kewangan; Malaysia, Singapura & Thailand, menyepadukan sinergi sumber dalamannya di Asia Tenggara untuk mencapai matlamat perniagaan seiring dengan Visit Truly Asia Malaysia 2020
 
KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 Nov (Bernama-PRNewswire) -- Travelex Currency Exchange & Payments Malaysia (Travelex), hab penyepaduan semua perkhidmatan serantau di Asia, yang juga ibu pejabat serantau di Asia Selatan, telah baru-baru ini mengembangkan portfolio perniagaannya berikutan usaha penggabungan dengan Travelex Malaysia pada 30hb September 2019.
 
Rakesh Aravind, Pengarah Dagangan Asia Selatan dan Pengurus Besar Negara Malaysia Travelex, berkata bahawa "Kami memulakan pemposisian pasaran dengan matlamat yang jelas untuk memacu matlamat pertumbuhan perniagaan jangka panjang. Visi Travelex adalah untuk menjadi pakar terkemuka dalam penambahbaikan perkhidmatan kewangan di pasaran globalisasi di mana sasaran kami bertumpu kepada golongan peniaga dan pelancong asing di Asia Tenggara. Lanjutan penggabungan syarikat, kami bersedia untuk meraih peluang untuk mengembangkan capaian perniagaan dalam pasaran kewangan yang cukup berdaya saing."

Mengulas mengenai kejayaan Travelex setakat ini, tambah Rakesh, "Kemampanan syarikat kami tercapai disebabkan potensi warga kerja kami, yang jelas menunjukkan komitmen kami terhadap budaya pembelajaran berterusan di dalam persekitaran tempat kerja yang cemerlang. Kami menggalakkan serta memperkasakan kakitangan kami untuk mencapai tahap baharu dalam bidang perkhidmatan kewangan yang sentiasa berkembang dengan sentiasa berusaha mencari cara baru untuk terus mara ke hadapan sementara memenuhi permintaan semua pihak berkepentingan termasuk peniaga dan pengguna."

Sebagai sebahagian daripada Kumpulan Finablr yang baru disenarai-awamkan di London Stock Exchange, Travelex mengumumkan pelan strategik 2020, antaranya; memajukan perkhidmatan pengiriman wang secara online dan komersial, pembayaran korporat dan perniagaan ejen dalam usaha kami untuk menyalurkan perkhidmatan kewangan yang cerdas dan tangkas. Dari pengurupan wang kepada pengiriman wang merentas sempadan dan perniagaan mata wang borong, Travelex telah mengadaptasi strategi digital dengan penambahbaikan proses 'end-to-end' perniagaan mata wang yang amat cekap dan kos efektif, yang mampu mencipta nilai untuk pelanggan di samping memastikan pergerakan wang asing yang lancar dengan hanya satu klik butang.

Transaksi urus niaga B2B strategik adalah salah satu daripada pemangkin utama penembusan Travelex Asia Selatan ke Asia Tenggara, terutamanya Singapura dan Thailand yang berupaya menjana pertumbuhan yang mantap dalam perniagaan mata wang dan pengiriman wang disebabkan pembangunan ekonomi dan pelancongan negara tersebut yang berkembang pesat. Lantaran pengambilalihan terkini aset borong United Overseas Bank (UOB) di Singapura dan Hong Kong telah mengukuhkan lagi infrastruktur wang di Travelex Asia Selatan untuk merancakkan pengembangan perdagangan serantau dengan bank pusat dan bank komersial. Travelex Asia Selatan terus giat berkembang ke empat lagi tapak niaga baru di Kemboja, Indonesia, Nepal dan Sri Lanka, seterusnya meningkatkan rangkain penembusan syarikat tersebut kepada sejumlah 10 negara di rantau ini dalam tempoh 9 tahun, termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Laos, Vietnam dan Maldives.

Di samping itu, Travelex Asia Selatan juga turut bertindak menyusun strategi menggabungjalinkan sumber dalamannya untuk menawarkan kepelbagaian insentif bagi menggalakkan lebih ramai pelancong ke Malaysia. Untuk mencapai matlamat ini, Rakesh berkongsi, "Sebagai peneraju penyelesaian kewangan, kami komited mengambil pendekatan "making a difference" dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pelancongan negara selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2020."

Kenyataan Rakesh turut disahut oleh Pengurus Pemasaran Travelex Asia Selatan, Angela Eng yang berkata "Kami senantiasa berusaha untuk mengaplikasikan strategi pemasaran tempatan dan global kami yang mengintegrasikan budaya tempatan dalam mempromosi Malaysia sebagai destinasi percutian pilihan untuk mengembangkan sektor pelancongan domestik. Penganjuran sedemikian diperluaskan susulan pertumbuhan industri pelancongan khususnya di Malaysia, Singapura dan Thailand di mana kami menawarkan pelbagai faedah khas kepada golongan pelancong perniagaan dan percutian santai untuk menambahbaik keserasian mata wang serantau dalam usaha kami menyokong TMM 2020."

Ulas Angela lagi, "Travelex Asia Selatan berjaya mengukuhkan kedudukan di Kuala Lumpur, Singapura dan Bangkok, bandar-bandar yang menyaksikan kemasukan pelancong perniagaaan yang tinggi sekali. Kejayaan kami terus melonjak lanjutan kerjasama dengan Malaysia Airports untuk membawa kecekapan operasi dan akses yang lebih baik kepada perniagaan pengurupan mata wang untuk pelancong di KLIA. Pembukaan lima outlet Bureau de Change di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (Kod IATA: KUL) dan konsep perintis 'retailtainment ' dan ' open concept' Travelex yang menawarkan akses digital bersifat interaktif telah menganjakkan Malaysia sebagai destinasi gaya hidup unggul. Selepas berjaya dalam bidaan lima outlet pertukaran mata wang di KLIA, Travelex kini mempunyai sejumlah 12 outlet pertukaran mata wang termasuk outlet pengiriman wang di Malaysia."

Dengan liputan luas sebanyak 19 outlet pertukaran mata wang di Lapangan Terbang Changi (Kod IATA: SIN), ditambah lagi dengan 5 outlet pengiriman wang di Singapura, Travelex Asia Selatan tekad untuk terus mengembangkan lagi perniagaan mata wang borong dan pengurupan wang di Thailand. Di samping 4 outlet pertukaran mata wang yang ada di bandaraya Bangkok, inisiatif pelancongan terus digalakkan berikutan program visa-percuma bagi pelawat dari negara China dan India sejak Ogos 2019 yang mensasarkan peningkatan positif dalam perniagaan mata wang borong dan pengurupan wang di negara itu. 

Untuk makluman lanjut, sila layari laman web Travelex: www.travelex-corporate.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191112/2639942-1
 
HUBUNGI: Ms. Angela Eng, Pengurus Pemasaran, Travelex Currency Exchange & Payments Malaysia / Asia Selatan, +6011 1285 8288, Angela.Eng@travelex.com

SUMBER: Travelex Currency Exchange & Payments Malaysia

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.