ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 18, 2024 -Khamis

 
  MICHAEL BUCKLEY KEMBALI KE TRUE RELIGION APPAREL SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Wednesday 13/11/2019



MANHATTAN BEACH, Calif., 13 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- True Religion Apparel, Inc., mengumumkan bahawa Lembaga Pengarah itu telah melantik Michael Buckley sebagai Ketua Pegawai Eksekutif mereka yang baharu, berkuatkuasa serta merta. Encik Buckley sebelum ini pernah menjadi Presiden bagi True Religion Apparel dari tahun 2006 hingga 2010. Beliau akan bertanggungjawab untuk membangun dan melaksanakan visi dan hala tuju masa hadapan bagi True Religion. Encik Buckley akan melapor kepada Lembaga Pengarah Syarikat itu.

Michael Buckley adalah seorang eksekutif produk runcit dan pengguna terkemuka dengan lebih 30 tahun pengalaman industri yang berjaya di peringkat domestik dan antarabangsa di dalam jenama yang semakin meningkat dan mencipta nilai. Beliau sebelum ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif bagi Differential Brands Group (ditukar nama kepada Centric Brands selepas pemerolehan oleh Global Brands Group) sebuah syarikat dagangan awam NASDAQ. Differential memiliki jenama Hudson Jeans, Robert Graham dan Swims. Sebelum Differential, dari tahun 2011 hingga 2016 beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Robert Graham Designs sehingga ia dijual kepada Differential Brands Group dengan harga $180 juta. Sebelum Robert Graham, dari tahun 2006 hingga 2010 sebagai Presiden bagi True Religion Apparel, jualan meningkat dari $100 juta kepada lebih $300 juta, EBITDA dari $30 juta kepada lebih $90 juta dan permodalan pasaran pada NASDAQ meningkat tiga kali ganda kepada $850 juta. Platform runcit berkembang dari 1 hingga 100 buah kedai, syarikat itu memperluaskan barisan produk mereka untuk memasukkan kemeja-t, kemeja tenunan, knit top, pakaian luar dan beberapa lesen termasuk kasut, wangi-wangian, kacamata, baju renang, dan aksesori. Pada tahun 2008 dan 2009 True Religion menduduki nombor #1 sebagai syarikat pakaian dagangan awam Amerika Syarikat yang paling menguntungkan daripada semua syarikat pakaian dagangan awam di Amerika Syarikat, seperti yang diukur oleh margin keuntungan selepas cukai.

Gene Davis, Pengerusi bagi Lembaga itu menyatakan, “Kami amat teruja dan bangga untuk mengalu-alukan Michael Buckley kembali ke True Religion Apparel. Beliau membawa pengalaman bertahun-tahun dalam arena denim dan pakaian sukan lelaki dan wanita, termasuk bekas peranan beliau sebagai Presiden bagi True Religion. Michael mempunyai banyak kejayaan di dalam industri pakaian sepanjang lebih tiga puluh tahun yang lalu dan beliau membawa kemahiran yang sangat baik dan sangat relevan kepada pasukan kepimpinan True Religion. Kami mengucapkan terima kasih kepada Farla Efros kerana berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sementara di True Religion selama enam bulan yang lalu. Kami gembira bahawa beliau dan pasukan Penasihat HRC akan terus menyokong True Religion sepanjang beberapa bulan akan datang.”

Mengulas mengenai pelantikan beliau, Encik Buckley menambah, “Saya gembira kerana dapat kembali kepada True Religion dan memimpin syarikat itu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif mereka yang baharu pada masa yang menarik ini dalam evolusi jenama itu. Saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan Lembaga Pengarah, Farla Efros dan Penasihat HRC, dan seluruh pasukan True Religion.”

Maklumat mengenai True Religion Apparel, Inc.

Pada tahun 2002, True Religion muncul dalam dunia denim Los Angeles dengan menghasilkan jean lima poket yang klasik. Dengan benang lima jarumnya pada proses dua jahitan bagi setiap inci, jahitan Super T True Religion dikenali dengan serta merta kerana gaya yang tidak seperti jenama denim lain di dunia. True Religion bercakap kepada keunikan yang terdapat di dalam kita semua. Jenama itu dipakai oleh atlet, pemuzik, dan artis di seluruh dunia untuk menzahirkan gaya masing-masing. Menyampaikan pelbagai jenis gaya eksklusif yang ikonik, True Religion Brand Jeans memberi tumpuan kepada menghasilkan denim premium yang berkualiti tinggi dan pakaian sukan untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20191112005825/en/

Hubungi

Bagi pihak True Religion:
Carol Moniz
michele marie pr
1261 Broadway, Suite 802
New York, NY 10001
Pejabat: 646.863.3923
E-mel: carol@michelemariepr.com

Sumber : True Religion Apparel, Inc.
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.