ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  INTEROP TECHNOLOGIES MEMENANGI ANUGERAH KOMUNIKASI LANJUTAN UTAMA BAGI RCS

Wednesday 13/11/2019



BERLIN dan FORT MYERS, Florida, 13 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Interop Technologies™ hari ini mengumumkan bahawa syarikat tersebut telah memenangi Anugerah Komunikasi Lanjutan Utama 2019 bagi teknologi Perkhidmatan Komunikasi Kaya (RCS) di Voice and Advanced Communications Summit Informa yang diadakan di Berlin pada minggu lepas.

Interop telah dicalonkan oleh panel pakar penganalisis industri yang adil atas keupayaannya untuk menghasilkan penyelesaian RCS inovatif yang meningkatkan pengalaman pengguna akhir.

Penyelesaian RCS akhir ke akhir Interop yang diiktiraf oleh GSMA membolehkan operator mudah alih mengembangkan pemesejan legasi dan kekal berdaya saing dalam pasaran mereka dengan menyampaikan pengalaman pelanggan yang cemerlang melalui keterlibatan diperibadikan di samping merebut peluang pendapatan baharu dan mengurangkan kos sokongan pelanggan.

“Kami teruja kerana dedikasi kami terhadap kecemerlangan dan inovasi teknologi RCS untuk operator mudah alih telah diiktiraf dengan penerimaan Anugerah Komunikasi Lanjutan Utama Informa,” kata John Dwyer, presiden dan CEO Interop Technologies. “RCS mempengaruhi industri wayarles global dan operator perlu bekerjasama pantas dengan pakar pemesejan yang berkualiti dan fleksibel semasa mereka bersedia untuk pelancaran. Anugerah ini menunjukkan bahawa kami merupakan rakan kongsi dan juga meraikan kewujudan kami selama 20 tahun dalam pemesejan pembawa, 12 tahun dalam teknologi pemesejan RCS dan komitmen berterusan kami untuk kekal menjadi pilihan operator pada masa hadapan.”

Sejarah panjang Interop Technologies dalam pembangunan teknologi pemesejan teras untuk operator mudah alih telah menyediakan asas kukuh bagi syarikat untuk menjadi peneraju dalam teknologi RCS. Di samping memiliki dan memegang akreditasi GSMA Universal Profile (UP) yang pertama dan paling lama bagi penyelesaian RCS, pembangunan dan dedikasi Interop yang berterusan dalam pemesejan mudah alih telah menjadikan syarikat itu salah satu pembekal penyelesaian RCS paling diiktiraf di dunia. Selepas standard UP 1.0 dan 2.0 dikeluarkan, Interop menjadi rakan kongsi ujian dan akreditasi penyelesaian rangkaian yang mendapat permintaan tertinggi bagi pengeluar peranti terbesar industri dan pelanggan/pembangun Sistem Operasi.

RCS yang merupakan peningkatan pemesejan SMS tradisional yang dinanti-nantikan telah dilancarkan oleh 81 operator di seluruh dunia dan GSMA meramalkan tambahan 27 lagi operator sebelum suku pertama tahun 2020.

Interop Technologies akan menyertai pameran di Kongres Mudah Alih Dunia 2020 di Barcelona pada 24 – 27 Februari. Ketahui lebih lanjut di www.interoptechnologies.com/events.

Perihal Interop Technologies
Interop Technologies merupakan pembekal utama rangkaian komunikasi maya dan penyelesaian terurus berdasarkan awan bagi pemesejan mudah alih, suara dan ketersambungan. Interop Technologies yang diasaskan pada tahun 2002 bertekad untuk membekalkan perkhidmatan dan penyelesaian kepada operator rangkaian mudah alih, membantu mereka mengurangkan kerumitan pengedaran dan mengurus teknologi komunikasi generasi akan datang. Melalui penyelesaian RCS akhir ke akhir yang diiktiraf oleh GSMA, Interop komited untuk menyampaikan teknologi bertaraf Telco yang diselaraskan dan mempunyai tahap kefleksibelan pengedaran dan pengurusan kitar hayat tertinggi yang tersedia bagi ekosistem RCS global.

Interop Technologies memiliki ibu pejabat di Fort Myers, Florida, dengan pejabat di Irving, Texas, dan ibu pejabat rantau EMEA di Dublin, Ireland.

Orang Hubungan Media
Lisa Murray, APR, CPRC
Pengurus Kanan, Komunikasi Pemasaran Bersepadu
Tel: +1 (239) 425-9079
Telefon Bimbit: +1 (239) 357-3442
media@interoptechnologies.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/31bc58ec-75a9-4b00-9372-135ca637bdc6 

SUMBER : Interop Technologies

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.