ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  CEYLON GRAPHITE MENGUMUMKAN LESEN PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR UNTUK PROJEK K1 SARCON DEVELOPMENT

Wednesday 13/11/2019



VANCOUVER, British Columbia, 13 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ceylon Graphite Corp. (“Ceylon Graphite”) (TSX-V: CYL) (OTC: CYLYF) (FSE: CCY) hari ini mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, Sarcon Development (Pvt) Ltd (“Sarcon”) telah diberikan Lesen Perlindungan Alam Sekitar (“EPL”) bagi Projek Perlombongan Grafit K1 di Karasnagla, Sri Lanka daripada Pihak Berkuasa Alam Sekitar Pusat (CEA) dengan Nombor 17501 (R0) bertarikh 14 Oktober 2019 di bawah peruntukan Akta 47 Alam Sekitar Kebangsaan 1980 dan pindaan Akta Nombor 56 pada tahun 1988 dan Nombor 53 pada tahun 2000 daripada Kerajaan Sri Lanka. CEA ialah Pengawal Selia Alam Sekitar di Sri Lanka yang ditubuhkan melalui Akta Parlimen.

CYL juga mengumumkan bahawa anak syarikat Sarcon, BPA Lanka (Private) Ltd telah membeli tanah bersebelahan projek K1 yang akan membolehkan syarikat itu membina adit dari syaf utama. Adit itu akan memudahkan penyingkiran grafit dari lombong, membantu pengudaraan dan penyahairan dari kawasan syaf.

En. George Smitherman telah meletakkan jawatan sebagai Pengarah Syarikat. Lembaga Pengarah berterima kasih atas khidmat beliau sebagai Pengarah.

“Dengan lesen utama yang terakhir dan pembelian tanah yang dirancang, kami akan mengubah hala kepada pengeluaran komersial dalam K1,” kata Bharat Parashar, Ketua Pegawai Eksekutif. “Sarcon berharap dapat bekerjasama rapat dengan CEA dan Jabatan Kerajaan lain di Sri Lanka dengan matlamat keprihatinan terhadap alam sekitar dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dalam mengembangkan perniagaan kami.”

Individu Berkelayakan
Robert Marvin, P. Geo (ONT) ialah Individu Berkelayakan di bawah Instrumen Kebangsaan 43-101 dan telah menilai dan meluluskan maklumat yang dinyatakan dalam siaran berita ini.

Perihal Ceylon Graphite Corp.

Ceylon Graphite Corp ialah syarikat awam yang tersenarai dalam TSX Venture Exchange (CYL:TSX-V) dalam perniagaan cari gali dan pembangunan lombong grafit di Sri Lanka. Kerajaan Sri Lanka telah meluluskan hak cari gali kepada syarikat tersebut di tanah seluas lebih 120km². Grid cari gali (setiap satunya seluas satu kilometer persegi) merangkumi kawasan pengeluaran grafit lampau daripada awal kurun ke-20 dan mewakili sebahagian besar penemuan grafit yang diketahui di Sri Lanka. Grafit yang dilombong di Sri Lanka dikenali sebagai grafit paling tulen di dunia dan kini menyumbang kepada kurang daripada 1% untuk keseluruhan pengeluaran grafit dunia.

PERNYATAAN PROSPEKTIF: Siaran berita ini mengandungi maklumat prospektif sebagaimana istilah ini ditakrifkan dalam undang-undang sekuriti berkenaan yang berkaitan dengan peristiwa masa hadapan atau prestasi masa hadapan dan menggambarkan jangkaan dan anggapan semasa daripada pihak pengurusan. Maklumat prospektif merangkumi pernyataan tentang grid Ceylon Graphite, rancangan Ceylon Graphite untuk menjalankan penggerudian tambahan dan untuk membangunkan rancangan perlombongan, permohonan Lesen Perlombongan Ceylon Graphite dan untuk memulakan pelaksanaan operasi perlombongan. Pernyataan prospektif sedemikian menggambarkan kepercayaan semasa pihak pengurusan dan berdasarkan anggapan yang dibuat oleh dan maklumat yang kini tersedia untuk Ceylon Graphite, termasuk anggapan bahawa aktiviti penggerudian akan mengesahkan kehadiran grafit yang berkualiti tinggi, ketersediaan sumber kewangan yang cukup, rekod aktiviti penggerudian yang terbukti tepat, tiada kelewatan yang dijangkakan atau kos yang mempengaruhi cari gali, pembangunan dan pengeluaran Ceylon Graphite secara material, tiada perubahan bahan yang merugikan pada harga besi, semua keizinan, lesen, permit dan kebenaran yang diperlukan akan diperoleh, termasuk pelbagai Lesen Kerajaan Tempatan dan pasaran. Pelabur diperingatkan bahawa pernyataan prospektif bukanlah janji atau jaminan dan tertakluk pada risiko dan ketidakpastian yang mungkin menyebabkan hasil pada masa hadapan berbeza daripada jangkaan yang telah dibuat. Faktor risiko yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada hasil yang dinyatakan secara tersurat atau tersirat dalam pernyataan prospektif termasuklah kegagalan mencapai persetujuan pengambilalihan akhir, hasil yang tidak tepat daripada aktiviti penggerudian, kegagalan memperoleh atau kelewatan memperoleh lesen, permit, kebenaran dan keizinan kawal selia yang diperlukan, kegagalan mengakses pembiayaan kewangan yang diperlukan, kemelesetan ekonomi umum, harga saham yang tidak menentu, mogok pekerja, kekacauan politik, perubahan dalam peraturan kawal selia perlombongan yang mentadbir Ceylon Graphite, kegagalan mematuhi peraturan alam sekitar dan kebergantungan pasaran dan industri yang menjadi lemah terhadap grafit berkualiti tinggi. Ceylon Graphite memperingatkan pembaca bahawa faktor risiko tidak terhad kepada senarai di atas sahaja.

Pernyataan prospektif ini dibuat pada tarikh yang dinyatakan di sini melainkan dikehendaki oleh undang-undang sekuriti yang berkaitan. Ceylon Graphite tidak memikul tanggungjawab untuk mengemas kini atau membuat pindaan untuk menggambarkan peristiwa atau keadaan baharu. Kesemua pernyataan prospektif yang dibuat dalam siaran berita ini diluluskan berdasarkan pernyataan peringatan yang dibuat dalam pemfailan SEDAR kami di Kanada (boleh didapati di www.sedar.com)

Maklumat lanjut tentang Syarikat boleh didapati di www.ceylongraphite.com

Bharat Parashar, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif

Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif

info@ceylongraphite.com

Komunikasi Korporat

(202) 352-6022

Sumber: Ceylon Graphite

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.