ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  NUVECTRA® TERUS MENYOKONG PESAKIT SEMASA DENGAN IMPLAN ALGOVITA® SEMENTARA SYARIKAT MEMFAILKAN BAB 11 SECARA SUKARELA

Thursday 14/11/2019



Proses Diselia Mahkamah Tiada Impak terhadap Keselamatan atau Kefungsian Peranti Algovita; Syarikat akan Terus Menyokong Doktor Perubatan


PLANO, Texas, 14 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Nuvectra Corporation (NASDAQ: NVTR) (“Nuvectra” atau “Syarikat”), sebuah syarikat peranti perubatan neurostimulasi, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memilih untuk memfailkan petisyen sukarela untuk penyusunan semula di bawah Bab 11 Kod Kebankrapan Amerika Syarikat di Mahkamah Kebankrapan A.S. bagi Daerah Timur Texas (“Mahkamah”). Syarikat mahu menggunakan proses diselia Mahkamah untuk meneruskan penilaian untuk beberapa pilihan bagi memaksimumkan nilai dan menangani tanggungan kewangannya. Lembaga Pengarah dan pasukan pengurusan terus yakin bahawa Syarikat dan asetnya mempunyai nilai yang agak besar dan sedang meneroka beberapa pilihan, termasuklah penjualan Syarikat secara keseluruhan, bagi Sistem Stimulasi Korda Spina Algovita (“Algovita”), daripada Virtis® atau aset tertentu.

Tambahan lagi, Nuvectra komited dalam menyokong pesakit semasa menggunakan Algovita, dan juga doktor perubatan, klinisian dan kemudahan yang merawat pesakit dengan Algovita. Keselamatan dan kefungsian Algovita tidak akan menerima impak daripada proses diselia Mahkamah. Syarikat kini sedang menggantung sokongannya terhadap implan masa depan sehinggalah hala tuju Syarikat ditentukan dan Syarikat mengesyorkan doktor perubatan menghentikan sebarang implantasi baharu dan juga prosedur percubaan dan kajian klinikal yang sedang dijalankan, sehinggalah pada waktu tersebut.

Dr. Fred Parks, Ketua Pegawai Eksekutif Nuvectra, mengomen, “Sejak pelancaran sebagai syarikat bebas, Nuvectra telah melabur dalam misi kami untuk membantu doktor perubatan menambah baik kehidupan orang yang mengalami kondisi kronik. Kami berjaya membawa masuk Algovita ke dalam pasaran dan mendapat peluang dalam perancangan kami, termasuklah Virtis, yang kami percaya akan menjana nilai pada masa depan. Untuk membiayai usaha inovasi dan komersialisasi kami, Syarikat telah berhutang dengan banyak. Kami telah berusaha untuk mencapai laluan alternatif ke hadapan menerusi kajian semula pilihan yang meluas untuk perniagaan kami semenjak beberapa bulan lalu. Susulan perbincangan yang membina dengan peminjam kami, proses diselia Mahkamah yang kami mulakan hari ini akan memberi kami masa dan fleksibiliti yang kami perlukan untuk menilai semula pilihan kami, memaksimumkan nilai aset kami dan menyelesaikan tanggungan kewangan kami.”

Dr. Parks meneruskan, “Kami komited dalam menyokong pesakit yang sedang menggunakan peranti kami dan doktor perubatan dan klinisian mereka dengan mengekalkan pasukan pakar klinikal dan pakar sokongan produk.”

Pesakit atau doktor perubatan dengan pertanyaan berkenaan Algovita hendaklah menghubungi Perkhidmatan Pelanggan Nuvectra dengan menghubungi 1-844-727-7897 (atau +1-214-618-4980 untuk panggilan dari luar A.S.) dan memilih pilihan satu atau hantarkan emel kepada support@nuvectramed.com.

Syarikat telah memfailkan beberapa usul lazim untuk meminta kebenaran Mahkamah menyokong operasinya semasa proses diselia Mahkamah, termasuklah usul cagaran wang tunai konsensual dan satu usul untuk membayar gaji dan faedah kepada pekerja. Syarikat menjangkakan akan menerima kelulusan Mahkamah bagi permintaan ini tidak lama lagi.

Maklumat Tambahan
Sumber tambahan untuk vendor dan pihak luar lain, termasuklah pemfailan mahkamah dan dokumen lain yang berkaitan proses Bab 11, boleh didapati di laman web yang ditadbir oleh ejen tuntutan Nuvectra, KCC, di http://www.kccllc.net/nuvectra. Maklumat juga boleh didapati dengan menghubungi 1-888-201-2205 (A.S. dan Kanada) atau +1-310-751-1839 (Antarabangsa).

Norton Rose Fulbright US LLP dan Dorsey & Whitney LLP berkhidmat sebagai peguam Syarikat dan Alvarez & Marsal berkhidmat sebagai penasihat penyusunan semula.

Tentang Nuvectra Corporation
Nuvectra® ialah sebuah syarikat neurostimulasi yang komited dalam membantu doktor perubatan menambah baik kehidupan mereka yang mengalami kondisi kronik. Sistem Stimulasi Korda Spina (SCS) Algovita® ialah penawaran komersial pertama kami dan ditanda CE dan diluluskan oleh FDA untuk rawatan sakit tak tertahan yang kronik pada trunkus dan/atau anggota. Platform teknologi inovatif kami juga mempunyai keupayaan yang sedang dibangunkan untuk menyokong petunjuk lain seperti neuromodulasi sakrum (SNM) untuk rawatan pundi kencing terlebih aktif, dan stimulasi otak dalam (DBS) untuk rawatan Penyakit Parkinson.

Nota Peringatan Berkenaan Pernyataan Prospektif

Siaran akhbar ini mengandungi "pernyataan prospektif," termasuklah kenyataan yang kami buat berkenaan pandangan untuk Nuvectra sebagai syarikat dagangan awam bebas. Pernyataan prospektif hanyalah berdasarkan kepercayaan, jangkaan dan anggapan semasa kami berkenaan masa depan perniagaan, perancangan dan strategi masa depan, unjuran, peristiwa dan aliran yang dijangka, ekonomi dan kondisi masa depan lain, dan oleh itu tertakluk pada ketaktentuan semula jadi, risiko dan perubahan dalam keadaan yang sukar diramalkan dan mungkin di luar kawalan kami. Prestasi sebenar kami mungkin berbeza secara material daripada yang ditunjukkan di dalam pernyataan prospektif tersebut. Oleh itu, anda tidak seharusnya bergantung pada sebarang pernyataan prospektif ini. Sebarang pernyataan prospektif yang dibuat oleh kami hanyalah berdasarkan maklumat tersedia kepada kami sekarang dan hanya memberikan gambaran mulai tarikh pernyataan dibuat.  Faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan sebenar menjadi berbeza secara material berbanding yang ditunjukkan dalam pernyataan prospektif itu termasuklah: (i) keupayaan kami untuk menskala dan meneruskan operasi dengan berjaya semasa proses diselia mahkamah; (ii) keupayaan kami untuk berjaya menjual aset atau mengambil langkah lain untuk memaksimumkan nilai dan menyelesaikan tanggungan kewangan kami di bawah proses diselia mahkamah; (iii) kesan buruk yang mungkin berlaku akibat proses diselia mahkamah terhadap kecairan dan hasil operasi; (iv) kemungkinan keputusan buruk dalam proses yang diluluskan mahkamah, termasuklah kemungkinan bahawa kami mungkin gagal untuk memperoleh kelulusan tepat pada masanya berkenaan usul yang telah kami failkan atau akan failkan pada masa hadapan; (v) risiko bahawa usul yang difailkan oleh pihak ketiga boleh dilanjutkan atau menghalang objektif kami, di bawah proses diselia mahkamah; (vi) atrisi pekerja dan keupayaan kami untuk mengekalkan pengurusan dan pegawai utama lain akibat gangguan dan ketaktentuan, termasuklah keupayaan kami untuk menyediakan pampasan dan manfaat mencukupi semasa proses diselia mahkamah; (vii) keupayaan kami untuk mengekalkan hubungan dengan pembekal, pelanggan, pekerja dan pihak ketiga lain dan pihak berkuasa kawal atur lain akibat proses diselia mahkamah; (viii) kesan daripada petisyen penyusunan semula terhadap kami dan kepentingan pelbagai konstituen, termasuklah pemegang saham umum kami; (ix) kesan buruk petisyen penyusunan semula yang boleh timbul terhadap keupayaan kami untuk mengakses pasaran modal pada masa depan, jika diinginkan; (x) tempoh masa yang kami akan beroperasi di bawah proses diselia mahkamah dan keberadaan modal operasi yang berterusan semasa menunggu prosiding; (xi) kos pentadbiran dan undang-undang yang meningkat berkaitan proses diselia mahkamah dan litigasi dan risiko inheren lain yang terlibat dalam proses penyusunan semula; (xii) keupayaan kami untuk berjaya memasarkan Algovita dan mengembangkan peningkatan atau penambahbaikan kepada Algovita; (xiii) ketaktentuan dan masa untuk memperoleh kelulusan kawal atur di Amerika Syarikat dan Eropah untuk sistem neuromodulasi sakrum Virtis kami; (xiv) skop perlindungan untuk hak harta intelek kami merangkumi Algovita dan produk lain menggunakan platform teknologi neurostimulasi kami, berserta sebarang peningkatan atau penambahbaikan produk lain; dan (xv) pematuhan kami terhadap keperluan kawal atur dan undang-undang berkenaan peranti perubatan yang boleh diimplan dan interaksi dengan pakar penjagaan kesihatan. Sila lihat bahagian bertajuk “Faktor Risiko” dalam Laporan Tahunan Nuvectra pada Form 10-K dan dalam pemfailan terbitan suku tahunan dan berkala untuk keterangannya dan risiko dan ketaktentuan lain.  Kami tidak menggalas sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini sebarang pernyataan prospektif secara terbuka, sama ada bertulis atau lisan, yang mungkin akan dibuat dari masa ke masa, sama ada disebabkan oleh maklumat baharu, perkembangan masa depan atau sebaliknya.

Pelabur
Jennifer Kosharek
Ketua Pegawai Kewangan
investors@nuvectramed.com

Media
Michael Freitag / Nicholas Lamplough / Aaron Palash
Joele Frank Wilkinson Brimmer Katcher
(212) 355-4449 

SUMBER : Nuvectra

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.