ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  JENAMA MALAYSIA DAN SINGAPURA MENANG BESAR DI WORLD BRANDING AWARDS 2019 DI KENSINGTON PALACE

Friday 15/11/2019



LONDON, 15 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- World Branding Awards yang penuh prestij, anugerah mutakhir pengiktirafan global untuk jenama – yang kini dalam edisi ke-10, menyaksikan 318 jenama dari 41 negara diiktiraf sebagai “Brand of the year” dalam sebuah acara gemilang yang dianjurkan di State Apartments of Kensington Palace hari ini.  Jenama-jenama ini dicalonkan oleh lebih daripada 230,000 pengguna di seluruh dunia.

Beijing Tong Ren Tang, CHAI LI WON, CoCo, Heinz, IKEA, LEGO®, Netflix, Neutrogena®, Spotify dan Yakult diraikan sebagai para pemenang anugerah Peringkat Global.

Singapura berjaya apabila ZALORA diumumkan sebagai pemenang Peringkat Rantau, selain kemenangan kebangsaan termasuklah Axe Brand (Perubatan – Tradisional), BreadTalk (Bakeri), Charles & Keith (Jenama Fesyen ­– Aksesori) dan Raffles Education (Pendidikan).

Jenama Malaysia menempa kejayaan apabila Al-Ikhsan Sports (Peruncit Sukan), Getha (Perabot – Katil & Tilam), LORD’s Tailor (Jenama Fesyen – Jahitan), MML (Kediaman & Taman – Jubin), MR D.I.Y. (Peruncit – Penambahbaikan Kediaman), Munchy’s – (Biskut), Spritzer (Minuman – Air) dan Tenaga Nasional (Tenaga – Kuasa) memenangi Anugerah Peringkat Kebangsaan.

Para pemenang diadili secara unik melalui tiga aliran: penilaian jenama, kajian pasaran pengguna dan pengundian umum dalam talian.  Tujuh puluh peratus daripada proses pemarkahan adalah daripada undian para pengguna.  Hanya ada satu pemenang untuk setiap kategori bagi sesebuah negara.

“Anugerah-anugerah ini merupakan satu pengiktirafan kepada usaha yang tidak mengenal penat para pasukan yang membina dan memelihara kehadiran jenama mereka dalam satu pasaran yang sentiasa berubah,” kata Richard Rowles, Pengerusi World Branding Forum.

“Untuk menjadi pemenang pada acara ini, sesuatu jenama telah membuktikan yang mereka telah membina jenama itu ke satu tahap yang menempatkan mereka dalam kalangan jenama terbaik di dunia,” tambah Julian Andersen, Pengarah Urusan, World Branding Forum.

Anugerah ini yang telah masuk ke tahun keenam dianjurkan oleh World Branding Forum, sebuah organisasi tidak untung global yang komited untuk mempertingkatkan piawaian penjenamaan.  Ia menganjurkan dan menaja barisan pelbagai pendidikan.  Forum ini juga menerbitkan berita-berita mengenai penjenamaan dalam laman sesawangnya yang mempunyai khalayak global melebihi 34.4 juta orang.

Acara ini dihoskan oleh Jemma Forte, pengacara untuk ITV, BBC1, BB2 dan Channel 4.  Untuk maklumat lanjut dan senarai penuh pemenang, lawati awards.brandingforum.org.
 
Mengenai World Branding Forum

The World Branding Forum (WBF) merupakan sebuah organisasi bukan untung berdaftar.  Matlamat dan aktivitinya adalah untuk menaikkan taraf piawaian dalam penjenamaan untuk kebaikan industri serta pengguna.  WBF menghasilkan, mengurus dan menyokong pelbagai program yang meliputi kajian, pembangunan, pendidikan, pengiktirafan, jaringan dan program bantuan.  Untuk maklumat lanjut, lawati brandingforum.org.

###

Lihat versi sumber di on businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20191114005510/en/CoCo-Heinz-LEGO%C2%AE-Neutrogena%C2%AE-Spotify-318-Winners

Hubungi

Peter Michaels.
editorial@brandingforum.org

Sumber : World Branding Awards

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA

 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.