ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  ​MESEJ KASIH SAYANG LHDNM DALAM PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI JOHOR BAHRU

Monday 18/11/2019



JOHOR BAHRU, 18 Nov (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) terus menyantuni masyarakat menerusi Program Tanggungjawab Sosial (Social Responsibility) Pejabat Pengarah Negeri Johor (PPNJ) yang dianjurkan pada 17 November 2019 semalam. Program SR tersebut yang dirasmikan oleh Puan Rozina binti Shaik Osman Merican (Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDNM) merupakan kesinambungan program-program SR yang telah dilaksanakan oleh LHDNM sejak tahun 2017 sehinggalah ke hari ini.  

Puan Rozina dalam ucapan beliau berkata “LHDNM merupakan organisasi prihatin dan sentiasa mendukung aspirasi kerajaan dalam usaha untuk terus memperkasa sektor pendidikan negara, justeru LHDNM sekali lagi memilih untuk memberikan perhatian kepada keperluan sekolah sejajar dengan  pembelajaran dan pengajaran alaf ke-21. LHDNM sedar bahawa perkembangan pembelajaran dan pengajaran masa kini telah berubah dan penggunaan projektor LCD adalah merupakan pilihan utama untuk menyampaikan ilmu dengan lebih berkesan, dan ia juga dapat menjadikan guru-guru lebih kreatif  dan pelajar lebih berminat untuk menumpukan perhatian kepada pembelajaran yang disampaikan”.

Program ini menyaksikan sebanyak 3 buah projektor LCD telah disumbangkan kepada tiga buah sekolah yang terpilih iaitu:
 
 I.  Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting;
 II. Sekolah Kebangsaan Kampong Pasir; dan
 III. Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka
 
Selain daripada sumbangan projektor LCD, seramai 150 orang pelajar terpilih daripada kategori asnaf dari sekolah-sekolah tersebut telah menerima sumbangan berupa wang tunai, beg sekolah dan juga alat tulis.
 
Untuk rekod, sebanyak 5 buah projektor LCD telah diserahkan kepada 5 buah sekolah pilihan LHDNM di Negeri Johor pada tahun 2018 bersempena dengan Program Jalan Kaki Terjauh oleh 3 orang pegawai LHDNM di mana usaha tersebut telah mendapat pengiktirafan oleh “Malaysia Book of Records”. Ini menjadikan sebanyak 60 buah projektor LCD yang telah berjaya disumbangkan oleh LHDNM kepada 60 buah sekolah yang dipilih oleh 12 Pejabat Pengarah Negeri LHDNM pada tahun 2018.

Turut hadir sama dalam program ini ialah Encik Md Kamal bin Johan (Pengarah Pejabat Pengarah Negeri Johor), Puan Lilis Saslinda binti Pornomo (Ketua Penolong Pengarah Kanan [Pengurusan]) Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Tuan Haji Shuhaimi bin Salleh (Pengarah Cawangan Siasatan Johor Bahru), Encik Mohd Zamari bin Ngah, (Pengarah Cawangan Johor Bahru [Penggajian]), Encik Ab Aziz bin Muhamad Esop (Pengarah Seksyen PPNJ), guru-guru dan seterusnya pegawai LHDNM.

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh : 18 November 2019
 
SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674 | 6 : 03-8313 7873​ 
Faks:  03-8313 7873
Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.