ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  JALANI KEHIDUPAN KONTEMPORARI YANG MENENANGKAN DI SEREMBAN 2 HEIGHTS

Tuesday 19/11/2019



SEREMBAN, Malaysia, 19 Nov (Bernama-PRNewswire) -- IJM Land telah memperkenalkan projek perumahan barunya, Rimbun Impian di Seremban 2 Heights yang menjanjikan keseimbangan kualiti hidup dan gaya hidup moden dengan teknologi pintar.
 
Berkeluasan 41.6 ekar, saiz dan kawasan yang lapang menjadikan Rimbun Impian satu kawasan perumahan yang ideal untuk keluarga yang mengimpikan gaya hidup yang selesa. Terdiri daripada rumah 'upsized' dengan persekitaran yang luas, ianya juga merangkumi lebih daripada 5 ekar kawasan hijau termasuk beberapa kemudahan di sekelilingnya yang menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk. 

Bagi kediaman jenis A, pemilik dapat membuat pilihan antara keluasan tanah 22' x 78' (1,716 kaki per segi) atau keluasan tanah 22' x 75' (1,650 kaki per segi). Walaupun berbeza dari segi saiz, semua kediaman jenis A mempunyai 4 bilik tidur dan bilik mandi, bilik tidur utama dengan balkoni, ruang tamu, laman yang boleh dimuatkan dengan dua buah kereta dan siling dengan ketinggian 10 kaki yang menjanjikan kepuasan buat seisi keluarga. Kediaman jenis B pula mempunyai keluasan tanah 24' x 75' (1,800 kaki per segi) dengan tapak premis yang bermula dari 2,820 kaki per segi. Rimbun Impian kini menawarkan pelbagai pilihan bagi rumah dua tingkat luas yang kini semakin terhad dalam pasaran.

Projek Rimbun Impian akan dilancarkan dalam dua fasa dengan harga dari hanya RM600,578. Dalam Fasa 1, sebanyak 201 unit kediaman yang merangkumi 80 unit jenis A (22' x 78') dan 121 unit jenis B akan dilancarkan. Dalam Fasa 2 pula, sebanyak 144 unit kediaman akan dilancarkan yang melingkungi 80 unit jenis A (22' x 78'), 6 unit Type A (22' x 75') dan 58 unit jenis B.

Ciri dalaman yang paling menyerlah adalah Sistem Rumah Pintar yang menyelarikan alat kawalan jauh lampu, pendingin udara dan sensor pintu yang pasti akan memudahkan kehidupan penduduk sekeluarga. Selain itu, setiap unit telah dipasang dengan kunci pintu digital yang membolehkan akses masuk dan keluar dengan hanya menggunakan kad, kunci atau nombor kekunci.

Para penduduk boleh berjalan kaki ke kawasan central park untuk menghirup udara segar atau berehat di 'gazebo' serta 'pavilion', malah kanak-kanak dapat berseronok di taman permainan. Manakala peminat sukan boleh bermain di gelanggang bola keranjang, gelanggang badminton, gelanggang bola tampar dan menggunakan kemudahan gimnasium luar dan trek jogging yang berdekatan dengan kediaman mereka.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191119/2647217-1
 
HUBUNGI: Mr Xavier Mah, +603 2298 7200

SUMBER : IJM Land

--BERNAMA
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.