ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  LAPORAN GPCI 2019 YAYASAN MORI MEMORIAL: LONDON HILANG MOMENTUM, TOKYO AGAK PERLAHAN DAN PARIS MENIKMATI TREND KE ATAS

Wednesday 20/11/2019



Table
http://mori-m-foundation.or.jp/wordpress/english/ius2

48 daripada bandar raya utama dunia sebagaimana disenaraikan oleh Laporan GPCI 2019 Yayasan Mori Memorial  

TOKYO, 20 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- London, New York, Tokyo dan Paris sekali lagi dinamakan sebagai bandar raya paling menarik di dunia, dalam susunan itu, di dalam laporan Indeks Bandar Raya Kuasa Global (GPCI) 2019 yang diterbitkan oleh Institut Yayasan Mori Memorial bagi Strategi Bandar, sebuah badan penyelidikan yang diwujudkan oleh Mori Building, sebuah pemaju bandar yang terkemuka di Tokyo. Sejak tahun 2008, laporan tahunan GPCI itu telah menilai 40 atau lebih bandar raya  utama dari segi “daya tarikan,” atau kuasa keseluruhan untuk menarik orang perseorangan dan perusahaan yang kreatif dari seluruh pelusuk dunia. Bandar raya dinilai dari segi 70 petunjuk dalam enam kategori (fungsi): Ekonomi, R&D, Interaksi Kebudayaan, Sesuai untuk Didiami, Persekitaran dan Mudah untuk Diakses. Dalam usaha untuk menangani dengan perubahan di dalam keadaan yang mengelilingi bandar raya-bandar raya global, GPCI itu terus menerus memperbaiki petunjuk dan kaedah pengumpulan data mereka.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191118005309/en/
 
Di tengah-tengah kelegapan yang meningkat di dalam ekonomi dunia dan peningkatan kesedaran mengenai isu-isu alam sekitar, London menyaksikan markah komprehensif mereka jatuh selepas lapan tahun menduduki tempat teratas pada GPCI. Walaupun markah bagi New York, Tokyo dan Paris kesemuanya merosot di atas sebab-sebab mereka yang tersendiri, tahap kejatuhan bagi Tokyo melebarkan jurangnya dengan New York, walaupun jurang di antara Tokyo dan Paris menyempit. Paris terus bergerak ke hadapan berikutan kejayaan bida mereka pada tahun 2017 untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2024, mengatasi satu trend menurun sebelumnya berikutan serangan pengganas di bandar raya itu pada tahun 2015.

Sejumlah besar peristiwa yang mencabar berlaku atau terus berlaku pada tahun 2019, seperti pergeseran perdagangan Amerika Syarikat-China, cadangan penarikan diri United Kingdom dari Kesatuan Eropah dan bantahan di Hong Kong. Kesan yang ketara pada markah GPCI 2019 termasuk kelembapan “Kadar Pertumbuhan KDNK” Beijing dan Shanghai dan penurunan jumlah bagi “Syarikat-syarikat 500 Utama Dunia” di London. Hong Kong akan berkemungkinan merasakan kesan daripada pergolakan politik mereka dalam GPCI 2020.
 
Sorotan (bandar raya #1-#10)
  • London (#1), menandakan satu penurunan di dalam “KDNK Nominal” dan “Syarikat-syarikat 500 Utama Dunia,” mungkin disebabkan oleh kekeliruan yang menyelubungi rundingan Brexit. Walau bagaimanapun, bandar raya itu masih mempunyai kekuatan yang unggul secara keseluruhan, dengan 12 daripada 16 petunjuk mereka dalam Interaksi Kebudayaan berada pada kedudukan 5 teratas.
  • New York (#2) mengekalkan kedudukan pertama di dalam kategori Ekonomi dan Penyelidikan & Pembangunan, dengan memperolehi markah tinggi untuk “KDNK Nominal” dan “Bilangan Penyelidik.” Kedua-dua “Ketersediaan Sumber Manusia Mahir” dan “Bilangan Penduduk Warga Asing” di bawah Interaksi Kebudayaan, menunjukkan trend yang merosot disebabkan oleh bakat manusia yang beralih ke bandar raya lain.
  • Tokyo (#3), walaupun satu penurunan, masih kekal di tempat ketiga. Walaupun Beijing (#24) mengatasi Tokyo disebabkan oleh peningkatan di dalam “Risiko Politik, Ekonomi dan Perniagaan,” markah Interaksi Kebudayaan Tokyo telah meningkat, memandangkan Sukan Olimpik akan datang tidak lama lagi. Tokyo mencatatkan keputusan baik di dalam “Daya Tarikan bagi Pilihan Makanan,” manakala “Bilangan Muzium” dan “Pilihan Hiburan Malam Hari” adalah rendah, menunjukkan satu keperluan bagi elemen-elemen pelancongan yang lebih menarik.
  • Paris (#4), berikutan satu kejatuhan di dalam markah selepas serangan pengganas pada tahun 2015, menerima markah yang lebih baik dalam “Bilangan Pelawat Asing” dan “Bilangan Pembunuhan.” Persaingan di antara Paris dan Tokyo untuk merancakkan kuasa bandar adalah dijangkakan ketika kedua-dua bandar raya itu bersedia untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, masing-masing pada tahun 2024 dan 2020.
  • Singapura (#5) terbukti sebagai sebuah bandar raya yang stabil, dengan menduduki tempat pertama dalam “Risiko Politik, Ekonomi dan Perniagaan,” dan kedua di dalam “Kebebasan Ekonomi.” Singapura masih mengekalkan markah mereka yang tinggi di dalam “Bilangan Pelawat Asing” dan “Jumlah Penduduk Warga Asing,” sebagai hab antarabangsa yang terkemuka di Asia.
  • Populariti Amsterdam (#6) sebagai sebuah destinasi untuk hiburan telah digambarkan, dengan menduduki tempat ketiga di dalam petunjuk “Pilihan Hiburan Malam Hari” yang baharu ditambah, diikuti oleh London dan Bangkok (#40). Seoul (#7) mencatatkan keputusan yang baik di dalam Penyelidikan & Pembangunan, dengan menempatkan diri di dalam 10 teratas dalam lima daripada lapan petunjuk. Bersama-sama dengan bandar raya Asia yang lain seperti Taipei (#39) dan Hong Kong (#9), Seoul mencatatkan keputusan tinggi dalam “Kadar Kitar Semula Sisa.” Berlin (#8) menunjukkan prestasi baik sebagai sebuah bandar raya yang sesuai untuk didiami dengan latar kesenian dan kebudayaan yang mantap. Bersama dengan Madrid (#13), ia berada di tempat 10 teratas di dalam Sesuai untuk Didiami disebabkan oleh kumpulan petunjuk Kos Sara Hidup dan Kemudahan untuk Hidup. Hong Kong (#9) mengekalkan markah yang cemerlang di dalam “Kebebasan Ekonomi” dan “Risiko Politik, Ekonomi dan Perniagaan.” Sydney (#10) merupakan satu-satunya bandar raya 10 teratas secara keseluruhan yang mencapai dalam 10 teratas bagi kategori Persekitaran. Ia adalah juga sebuah destinasi pendidikan, dengan menduduki ranking ketiga di antara semua bandar raya untuk “Bilangan Pelajar Antarabangsa.”
Sorotan Lain
  • Bandar raya-bandar raya di Amerika Utara, Los Angeles (#12), Boston (#25), Chicago (#26) dan San Francisco (#18) adalah teguh di dalam “"Pemenang bagi Hadiah di dalam Sains dan Teknologi,” dengan kesemuanya ditempatkan dalam 10 teratas dalam Penyelidikan dan Pembangunan. Toronto (#16) dan Vancouver (#23) mencapai markah yang tinggi merentasi kebanyakan petunjuk, terutamanya dalam “Kebebasan Sosial dan Kesaksamaan” dan “Risiko Ekonomi bagi Bencana Alam.”
  • Zurich (#15) dan Geneva (#34) mencapai markah tinggi di dalam Persekitaran seperti “Penghijauan Bandar” dan “Pelepasan CO2, manakala Stockholm (#14) dan Copenhagen (#20) mencapai keputusan baik di dalam “Kualiti Air” dan “Kadar Tenaga Boleh Diperbaharui.”
  • Antara bandar raya yang baharu kepada GPCI, Melbourne (#11) dan Helsinki (#28) mencapai keputusan yang kukuh di dalam Persekitaran, manakala Dublin (#33) mencatat Kadar Pertumbuhan KDNK yang tinggi.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20191118005309/en/

Hubungi

Untuk maklumat lanjut:
Yayasan Mori Memorial
Institut untuk Strategi Bandar,
Peter Dustan, +81-3-6406-6800
Faks: +81-3-3578-7051
iusall@mori-m-foundation.or.jp
http://mori-m-foundation.or.jp/english/ius2/gpci2/
atau
Untuk Media Antarabangsa
Weber Shandwick
Reina Matsushita / Kaya Tanabe,
+81-(0)80-2375-0295 / +81(0)90-7726-7027
moribldg@webershandwick.com

Sumber : Yayasan Mori Memorial

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.