(Kiri) En. Peter Schiesser, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, (Kanan) En. Joel Neoh, Pengasas Kumpulan Fave •
Fave akan menjadi pemeroleh saudagar untuk DuitNow QR melalui platform peniaga digital FaveBiz.•
DuitNow QR akan disepadukan sepenuhnya ke platform FaveBiz menjelang awal tahun 2020, membolehkan peniaga-peniaga Fave untuk menyelaraskan penerimaan pembayaran digital melalui satu kod QR dan memudahkan penyelesaian pembayaran di platform FaveBiz yang merupakan pusat sehenti untuk peniaga.•
Fave dengan kerjasama PayNet akan merubah dan memberi nilai yang menarik kepada pelanggan bank peserta dan e-dompet dalam ekosistem DuitNow QR, dan membuka peluang pemasaran yang lebih besar untuk para peniaga Fave.KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Payments Network Malaysia (PayNet) dan Fave telah menjalankan kerjasama strategik yang akan menjadikan FaveBiz sebagai pemeroleh saudagar bukan bank pertama yang menawarkan DuitNow QR, Standard QR Nasional Malaysia kepada peniaga di Malaysia. Bermula awal 2020, melalui penyertaan dalam DuitNow QR, Fave mensasarkan 100,000 perusahaan kecil dan sederhana (SME) akan mengguna pakai pembayaran tanpa tunai dan penyelesaian digital.
Melalui pelancaran ini, Fave akan membantu para peniaga di Malaysia untuk mengguna pakai DuitNow QR dan membolehkan mereka untuk menerima bayaran daripada pelanggan 29 bank-bank serta para pengguna e-dompet utama. Fave akan menyediakan penyelesaian yang lancar dan disatukan untuk para peniaga pada platform FaveBiz.
"Dengan DuitNow QR, peniaga hanya perlu mendaftar dengan satu pemeroleh saudagar, dan para pelanggan dari semua bank dan e-dompet yang menyertai dapat membuat pembayaran DuitNow QR kepada peniaga degan menggunakan aplikasi mudah alih masing-masing. Kami teruja untuk menerima Fave dan bilangan peniaga-peniaga mereka yang cukup besar ke ekosistem DuitNow QR di mana 22 juta pelanggan bank serta jutaan pengguna e-dompet akan dapat membayar dengan DuitNow QR kepada peniaga Fave. "kata En Peter Schiesser, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet.
Fave dan PayNet juga mengumumkan kerjasama yang akan mengubah dan memberi nilai menarik kepada para pelanggan bank dan pengguna e-dompet yang menyertai ekosistem DuitNow QR. Ini akan membuka peluang pemasaran yang lebih besar untuk para peniaga Fave. En Joel Neoh, Pengasas Fave Group berkata, "Ini adalah kerjasama menguntungkan kedua-dua pihak yang inovatif kerana manfaat pembelian dengan peniaga Fave boleh diperluaskan kepada berjuta-juta pelanggan bank dan pengguna e-dompet yang akan mempunyai nilai cadangan yang kuat untuk membuat pembelian daripada peniaga Fave dengan DuitNow QR."
Tambah En Joel Neoh: "Kerjasama dengan PayNet adalah pada titik masa yang amat penting di mana Malaysia memulakan 'ekonomi baru' dengan kenaikan trajektori digitalisasi dan penggunaan e-dompet. Kami sangat teruja untuk menjadi pemeroleh saudagar bukan bank pertama di negara ini yang membolehkan peniaga mengguna pakai DuitNow QR dan memangkin penggunaan pembayaran digital yang lebih tinggi di samping mengurangkan rintangan operasi untuk menguruskan pelbagai kod QR, platform dan penyelesaian pelbagai sumber pembayaran.
Matlamat Fave adalah untuk menyediakan kelengkapan kepada para pemilik perniagaan di luar talian untuk menetapkan mereka dengan satu platform yang mantap. Cara kami membayar dan menerima bayaran kian berubah. Melalui penyatuan pembayaran digital dalam satu platform, para peniaga dapat memperolehi keuntungan baru dalam tahap pemahaman yang lebih mendalam, serta terhadap perilaku pengguna dan trend semasa. "
Fave akan mengakhiri tahun ini dengan pertumbuhan eksponen dengan memproses lebih daripada RM1 bilion transaksi tanpa tunai daripada lebih 30,000 peniaga di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Pertumbuhan 3 kali ganda tahun ini menandakan usaha kukuh Fave untuk meningkatkan hasil bagi peniaga-peniaga tempatan di setiap pasaran yang akan terus beroperasi pada tahun depan dengan kemasukan Fave ke dalam ekosistem DuitNow QR.
DuitNow QR adalah Standard QR Nasional Malaysia di bawah Rangka Kerja Pemindahan Kredit Antara Bank (ICTF) kelolaan Bank Negara Malaysia (BNM). Fave dan PayNet menyedari pertumbuhan penggunaan telefon pintar yang semakin meningkat di Malaysia yang memberi pengguna lebih banyak sebab untuk menggunakan kod QR bagi pembayaran tanpa memerlukan terminal Point-of-Sale (POS). Tumpuan Fave adalah untuk memperkuatkan peniaga melalui kerjasama berterusan, perluasan perkhidmatan baru, serta usaha yang lebih mendalam dalam transaksi tanpa tunai.
Mengenai Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet)PayNet adalah rangkaian pembayaran utama dan infrastruktur pusat bagi pasaran kewangan Malaysia. Kami berinovasi, membina dan mengendalikan sistem pembayaran bertaraf dunia dan infrastruktur pasaran kewangan yang selamat, boleh dipercayai dan cekap membolehkan fungsi dan pembangunan sistem kewangan Malaysia serta ekonomi secara keseluruhannya. Bank Negara Malaysia (BNM) adalah pemegang saham terbesar PayNet, dengan sebelas bank Malaysia sebagai pemegang saham bersama.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.paynet.my atau hubungi:
Cik Amy Pang
E-mel: amy@paynet.my
Telefon: +603 2264 8689 Mengenai FaveFave adalah Platform Peniaga Digital generasi akan datang yang memperkasakan peniaga luar talian untuk memajukan dan menghubung dengan pelanggan mereka dengan cara yang baru. Fave adalah misi untuk mempercepatkan peralihan dunia luar talian kepada ekonomi digital dengan mengetengahkan pertumbuhan peniaga kami, pelanggan kami, rakyat kami dan rakan kongsi kami kerana pertumbuhan adalah baik untuk semua orang.
Fave menghubungkan para peniaga dan pengguna untuk memberikan pengalaman pembayaran lancar dan ganjaran daripada peniaga. Ia berfungsi sebagai agregator pembayaran untuk kad dan dompet yang paling popular. Dengan kesepaduan bersama rakan strategik yang lain, Fave menawarkan peniaga lebih banyak nilai tambah dan pendedahan pelanggan melalui pemasaran, data, pembiayaan dan operasi. Peniaga kini boleh memberi tumpuan kepada apa yang mereka lakukan terbaik untuk pelanggan mereka; kerana segala-galanya dijaga.
Fave beroperasi di 35 bandar di seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Untuk pertanyaan media:
PRecious Communications for Fave
Telefon: +60 12 609 6174
Emel: pashmina@preciouscomms.com / fave@preciouscomms.com Sumber: Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet)
--BERNAMA