ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  80% DARIPADA PEMILIK BANK DI ASIA MELIHAT DIRI MEREKA SEBAGAI PIHAK YANG RUGI TERHADAP OPEN API

Thursday 12/12/2019



Fintech gini mendedahkan satu tinjauan industri untuk mengenal pasti peluang-peluang dan halangan bagi Perbankan Terbuka

HONG KONG, 12 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- gini, pembekal penyelesaian perbankan yang dipacu data yang berpangkalan di Hong Kong mendedahkan satu tinjauan baru-baru ini berhubung kesediaan Open API atau Antara Muka Program Aplikasi Terbuka di kalangan profesional industri fintech Asia. Hanya 20% daripada pemilik bank  melihat diri mereka sebagai pemenang daripada Open API, walaupun 70% berkata berkongsi data pelanggan adalah masa depan bagi perniagaan mereka. Fintech dilihat sebagai pemenang terbesar, dengan peraturan yang tidak jelas dan kebimbangan keselamatan siber yang disebut oleh sebahagian besar pemilik bank sebagai halangan terbesar yang bakal mereka hadapi ketika mengamalkan teknologi Open API yang baharu itu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191211006010/en/

 
Table
(Foto: Business Wire)

Dijalankan oleh gini enterprise, cabang B2B gini, kaji selidik tersebut mengajukan soalan terhadap lebih daripada 300 profesional industri fintech di Singapura dan Hong Kong pada November 2019.

“Perbankan Terbuka sedang merentasi ke seluruh rantau Asia Pasifik dan pengawal selia sedang membuat perbankan terbuka sebagai satu realiti baharu. Namun pendekatan mereka adalah “lembut,” yang meninggalkan bank dan fintech dengan kebebasan yang tidak terbatas berhubung dengan pelaksanaan. Berdasarkan kepada hasil tinjauan itu, kami telah menerbitkan sebuah laporan penyelidikan, Perbankan Terbuka 2020 untuk mengenal pasti peluang-peluang bagi semua peserta, serta melihat beberapa halangan untuk penerimaan. Sebagai sebuah fintech, kami berharap kami dapat membantu membentuk revolusi industri ini dan memudahkan perbincangan yang bermakna mengenai Perbankan Terbuka,” kata Raymond Wyand, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama di gini.

Tinjauan itu meyakinkan pentingnya untuk berkongsi data pengguna. Sebahagian besar daripada pemilik bank (70%) memberi respons bahawa kemudahan untuk berkongsi data pelanggan adalah “masa depan bagi perniagaan saya” berbanding responden di syarikat teknologi, perundingan, pelabur, atau pihak industri lain.

Pemilik-pemilik bank juga mempunyai perasaan risiko yang sedikit berbeza. Walaupun keselamatan siber (38%) adalah risiko yang paling banyak dinyatakan oleh responden, mereka dari bank-bank lebih bimbang terhadap peraturan yang tidak jelas (23%). 35% daripada responden berkata pemenang terbesar daripada Open API adalah fintech atau techfin, melebihi pelanggan, bank, dan syarikat-syarikat lain yang berurusan dengan pengguna.

Perbankan Terbuka 2020 adalah penyelidikan asal yang dilakukan oleh gini enterprise dan adalah percuma untuk dimuat turun. Ia menggabungkan maklum balas tulen daripada pengamal fintech di APAC, menganalisis cabaran semasa dan yang dijangkakan, dan mencipta sebuah gambaran holistik bagi mereka yang bekerja di fintech, bank dan teknologi.

Ingin mengetahui lebih lanjut? Klik di sini untuk memuat turun laporan penuh itu.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20191211006010/en/

Hubungi

Untuk Pertanyaan Media:
Stella Wong
stella@gini.co
+852 9370 4586

Sumber : gini

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.