ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  APARTMENT HOTEL MIMARU, SEBUAH HOTEL DALAM BANDAR UNTUK KELUARGA YANG MENGUNJUNGI JEPUN, MEMPERKENALKAN BILIK-BILIK POKÉMON PADA 24 DISEMBER

Friday 13/12/2019


APARTMENT HOTEL MIMARU, sebuah Hotel Dalam Bandar untuk Keluarga yang Mengunjungi Jepun, Memperkenalkan Bilik-bilik Pokémon pada 24 Disember (Grafik: Business Wire)



- Peminat Boleh Mula Membuat Tempahan Bermula 18 Dis. Bagi Lima Lokasi di Tokyo dan Kyoto – 

TOKYO, 13 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Cosmos Initia Co., Ltd. beribu pejabat di Minato Ward di Tokyo, Yoshiyuki Takagi, Presiden, dalam talian di https://www.cigr.co.jp/, sebuah anggota bagi Daiwa House Group, dengan perkongsian bersama Pokémon Company mengumumkan bilik-bilik baharu Pokémon akan dibuat di lokasi APARTMENT HOTEL MIMARU di Tokyo dan Kyoto. Tetamu akan dapat mendaftar masuk ke dalam bilik-bilik ini bermula pada Selasa, 24 Disember. Peminat berpeluang untuk membuat tempahan mulai waktu tengah hari Masa Standard Jepun pada Rabu, 18 Disember.  
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191212005219/en/ 


APARTMENT HOTEL MIMARU, dalam talian di https://mimaruhotels.com/, adalah sebuah hotel ala bandar yang direka untuk memenuhi keperluan keluarga atau kumpulan untuk penginapan bagi tempoh sederhana hingga jangka panjang, dan menawarkan bilik-bilik yang lengkap dengan dapur kecil, dan ruang keluarga dan ruang makan. Dengan ruang dan perkhidmatan yang membolehkan keluarga untuk berehat dalam bilik-bilik berukuran 40m2 (430.6 kaki2), rantaian hotel ini menawarkan satu cara baharu untuk tinggal di Jepun.

Lima lokasi MIMARU (lihat nota) di Tokyo dan Kyoto sedang mempersiapkan Bilik-bilik Pokémon untuk menggembirakan peminat Pokémon di seluruh dunia, dengan seni lukis dan aksesori dalam bilik yang direka bentuk dengan cara yang asal. Lihat laman web tempahan rasmi MIMARU di https://mimaruhotels.com/, di mana tempahan akan bermula pada Rabu, 18 Disember, untuk maklumat lanjut.

Nota: Satu lokasi di Kyoto dijadual dibuka pada 6 Februari, 2020.

•   Hotel-hotel yang menawarkan Bilik-bilik Pokémon
       
Bilik-bilik Pokémon akan disediakan di lima kemudahan berikut.

•  MIMARU Tokyo, Ueno Timur, 4-26-3 Higashiueno, Taito-ku, Tokyo
       
Tiga minit berjalan kaki dari Jalan Keluar Iriya di Stesen JR Ueno
https://mimaruhotels.com/en/ja-jp/ueno-east/
 
•  MIMARU Tokyo, Hatchobori, 3-8-8 Nihonbashi Kayabacho Chuo-ku, Tokyo
Dua minit berjalan kaki dari Jalan Keluar A5 atau B1 dari Stesen Hatchobori
https://mimaruhotels.com/en/ja-jp/hatchobori/
 
•  MIMARU Kyoto, Shinmachi Sanjo, 105 Shinmachi-dori, Sankyo-dori, Nakagyo-ku, Kyoto
Lima minit berjalan kaki dari Jalan Keluar 4-2 dari Stesen Karasuma-oike
https://mimaruhotels.com/en/ja-jp/shinmachi-sanjo/

•  Stesen MIMARU Kyoto, 15-1 Higashisanjo, Higashikujo, Minami-ku, Kyoto

Dua minit berjalan kaki dari Jalan Keluar Hachijo Timur dari Stesen JR Kyoto
https://mimaruhotels.com/en/ja-jp/kyoto-station/

•   MIMARU Kyoto, Kawaramachi Gojo, 17-1 Hiraicho, Nishitakasegawasuji, Shimogyo-ku, Kyoto

Nota: MIMARU Kyoto, kemudahan Kawaramachi Gojo merancang untuk dibuka pada 6 Februari, 2020.

Tiga minit berjalan kaki dari Jalan Keluar 1 dari Stesen Kiyomizu-gojo
https://mimaruhotels.com/en/ja-jp/kawaramachi-gojo/

​​​​​​​© 2019 Pokémon. © 1995–2019 Nintendo, Creatures Inc., GAME FREAK Inc. 
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20191212005219/en/


Hubungi 

Kazuyuki Tanaka, Yuki Okihara
Bahagian Pemasaran, Jabatan Pengurusan
Cosmos Hotel Management Co., Ltd.
Tel: +81-3-5444-3600
E-mel: info@chm.cigr.co.jp 

Sumber : Cosmos Hotel Management Co., Ltd. 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.