ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  MAJLIS PENSIJILAN MINYAK SAWIT MALAYSIA (MPOCC) MENGENAI MSPO - TRACE

Monday 16/12/2019



KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC), yang merupakan sebuah badan Pensijilan kelestarian sawit di bawah Kementerian Industri Utama, ingin membuat kenyataan bahawa usaha ke arah menerbitkan peta konsesi sawit bagi pencapaian umum adalah menjadi keutamaan Kerajaan dalam memaparkan ketelusan industri sawit negara.

MPOCC telah membangunkan sistem aplikasi MSPO Trace yang berupaya menjejak sumber minyak sawit di sepanjang rantaian nilai telah dilancarkan pada pertengahan bulan November 2019. MPOCC berkeyakinan bahawa pembangunan data raya MSPO Trace seperti mana GeoRSPO, dapat memberi keyakinan kepada para pengguna dan pengimport antarabangsa terhadap usaha untuk memastikan kebolehjejakan dan ketelusan dalam rantaian bekalan. Usaha ini adalah penting dalam menyakinkan masyarakat antarabangsa bahawa minyak sawit yang dihasilkan oleh Malaysia adalah dijamin dari segi kelestarian dan kualiti, khususnya dalam menangani dakwaan yang mengaitkan produk sawit dengan penyahhutanan, eksplotasi pekerja, pelanggaran hak Orang Asli dan sebagainya.

MPOCC yakin menerusi aplikasi MSPO Trace, Malaysia dapat membangun dan mengendalikan operasi skim pensijilan minyak sawit kebangsaan yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa.

MSPO Trace adalah lebih lengkap dan menyeluruh dari segi mengenalpasti lokasi ladang dan fasiliti pemprosesan minyak sawit yang mendapat pensijilan mampan di Malaysia.

MPOCC menyasar kebolehjejakan minyak sawit seratus peratus (100%) dengan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sehingga pada peringkat ladang di seluruh negara menjelang 2025.

MPOCC yakin MSPO Trace dapat menandingi aplikasi GeoRSPO dan aplikasi MSPO Trace boleh dicapai umum dan dimuat turun dari platform Apps Store dan Google Play.

Sehingga 30 November 2019, lebih 3.5 juta hektar atau 60 peratus daripada kawasan ladang sawit telah menerima pensijilan MSPO. Pensijilan ini termasuklah pekebun kecil dengan kawasan tanaman seluas 652,000 hektar dan 1,678 ladang dengan jumlah keseluruhan 2.89 juta hektar. Sebanyak 152 kilang minyak sawit dan 46 kilang penapis juga telah menerima pensijilan MSPO Supply Chain Certification Standard (SCCS).

MPOCC juga menyambut baik usaha Sekretariat RSPO yang telah menerbitkan peta konsesi sawit ahli-ahlinya bagi Semenanjung Malaysia dan Sarawak melalui aplikasi peta interaktifnya, GeoRSPO. Inisiatif MSPO Trace dan GeoRSPO akan membantu negara dalam menggalakkan ketelusan pemetaan kawasan tanaman sawit negara dalam memastikan kelestarian industri sawit dan kebertanggungjawaban sejagat semua pemegang taruh industri sawit negara. 

Kenyataan oleh:

Encik Chew Jit Seng
Ketua Pegawai Eksekutif MPOCC
15 Disember 2019 

SUMBER: Kementerian Industri Utama

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Kartina Hamzah 
Unit Komunikasi Korporat 
Tel: 03 - 88878236
Faks: 03 – 88878205

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.