ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  PUCM : BAWA MASUK LEBIH BANYAK CHINA AI DAN TEKNOLOGI SELEPAS KEJAYAAN 2019 CSITE

Monday 16/12/2019



 Table
Kiri ke kanan : Dato' Keith Li, YB Puan Yeo Bee Yin, Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian menunjukkan kuplet Cina : 马中合作,科技兴国 (Revitalisasi negara melalui sains dan teknologi atas kerjasama Malaysia-China). Robot CRUZR, emcee majlis perasmian berdiri di tengah.


KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Pameran Teknologi Pintar China (CSITE) 2019 anjuran Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM) telah berjaya diadakan pada 14 hingga 15 Disember di Pusat Pameran Mid Valley Kuala Lumpur. 30 syarikat teknologi dari China, Singapura dan Malaysia menunjukkan AI dan produk teknologi pintar dari China seperti konsep bandar pintar, pelbagai aplikasi robot, persembahan drone serta produk pintar yang lain.
 
Menurut penganjur, pameran 2 hari itu telah menarik lebih daripada 12,000 pelawat dan 5 Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani di antara syarikat China dan Malaysia, menunjukkan pengiktirafan masyarakat Malaysia yang kuat terhadap teknologi pintar China.
 
YB Puan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Bai Tian, ​​Duta Besar China ke Malaysia dijemput untuk merasmikan pameran tersebut bersama Presiden PUCM Dato' Keith Li.
 
Penganjur mengaturkan Robot Cruzr sebagai emcee bersama dalam majlis perasmian, manakala sebuah robot lagi diatur menghantar air mineral kepada VIP. Drone juga diatur untuk menghantar kuplet Cina :马中合作, 科技兴国 (Revitalisasi negara melalui sains dan teknologi atas kerjasama Malaysia-China). Produk pintar China ditunjukkan kepada beberapa ratus tetamu yang menghadiri majlis perasmian pameran itu.

Yeo : Taman Teknologi AI Malaysia boleh dibina bersama oleh syarikat Malaysia dan China
 
“Syarikat Malaysia dan China boleh bekerjasama untuk membina Taman Teknologi AI Malaysia,  teknologi kecerdasan buatan China (AI) mempunyai banyak yang perlu kami belajar. Salah satu langkah seterusnya dari kementerian ialah membina Taman Teknologi AI Malaysia serta membangunkan teknologi AI dan inovasi, kami juga mengalu-alukan syarikat teknologi China untuk melabur dan mengembangkan ekosistem ke atas teknologi AI di Malaysia”. Yeo berkata semasa majlis perasmian CSITE 2019.

Bai Tian : China melonjak ke tempat ke-14 dalam kedudukan indeks inovasi dunia
 
“Menurut laporan yang dikeluarkan bersama Organisasi Harta Intelek Dunia, Universiti Cornell, dan Sekolah Pentadbiran Perniagaan Eropah, China melonjak ke tempat ke-14 pada 2019 dalam kedudukan indeks inovasi, merupakan salah satu negara membangun di kalangan 15 teratas.” Kata Bai Tian semasa majlis perasmian.
 
Inovasi saintifik dan teknologi juga menyediakan momentum berterusan untuk pertumbuhan ekonomi China. Pada masa ini, banyak syarikat industri teknologi pintar dari China juga telah memasuki dan mula mengembangkan pasaran di Malaysia dan aktif mengambil bahagian dalam pengembangan dan peningkatan pelbagai platform dan projek kerjasama industri berteknologi tinggi di Malaysia, turut membuka dunia yang baru untuk kerjasama China-Malaysia.
 
China pada masa ini sedang memajukan pembinaan Inisiatif Jalur dan Jalan, mempercepatkan transformasi dan menaik taraf struktur ekonominya, dan berkongsi peluang pembangunan dengan transformasi ekonomi Malaysia yang komprehensif serta mewujudkan ekonomi baru yang lebih dinamik. Kerjasama antara industri berteknologi tinggi dan AI juga merupakan peluang yang amat cerah, kata Bai Tian.
 
Dato' Keith Li : PUCM akan menubuhkan jawatankuasa khas "China AI dan teknologi pintar”
 
“Saya berharap melalui jawatankuasa ini, PUCM boleh bekerja rapat dengan kerajaan dan rakan sejawat teknologi Malaysia, menganjurkan acara yang lain untuk meningkatkan kerjasama AI dan teknologi antara kedua-dua negara seperti pameran perdagangan, forum dan aktiviti-aktiviti lain pada masa akan datang”.

Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, juga memberi sokongan untuk CSITE 2019 ini melalui ucapan tahniah.
 
PUCM ditubuhkan pada tahun 2015 dan kini mempunyai lebih daripada 140 ahli. Ia adalah persatuan China yang paling aktif dan diiktiraf Malaysia. Ahli-ahli PUCM melabur dalam pelbagai sektor perniagaan seperti teknologi maklumat, pembinaan, perlombongan, minyak & gas, telekomunikasi, tenaga, runcit, pembuatan, pendidikan, penjagaan kesihatan, media dan pelancongan, dan telah memberikan sumbangan penting kepada pembangunan ekonomi Malaysia.
 
PUCM telah giat mempromosi syarikat-syarikat China dan berkomunikasi dengan masyarakat setempat melalui kaedah kreatif seperti merakam klip video Tahun Baru Cina dan Hari Raya, mengadakan seminar dan forum, berinteraksi dengan masyarakat Bumiputera dan mengadakan acara amal. PUCM juga berinteraksi kerap dengan media tempatan dan antarabangsa.
 
SUMBER : Persatuan Usahawan China Di Malaysia (PUCM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
E-mel : info@pucm.my

--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.