ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  KAJIAN AJC MENGENAI GVC DIBENTANGKAN DI SIMPOSIUM PERINGKAT TINGGI MENGENAI PERDAGANGAN DAN PELABURAN DALAM ASEAN YANG DIADAKAN DI HANOI

Wednesday 22/01/2020



Table

SG Fujita dari AJC (tiga dari kanan) yang mengambil bahagian di dalam Simposium Peringkat Tinggi mengenai Perdagangan dan Pelaburan Dalam ASEAN. Dari sebelah kiri, Encik Hirokazu Kobayashi, Pengarah Eksekutif, JETRO Singapura; Cik Hoang Ngoc Anh, Pemangku Setiausaha Agung, Persatuan Tekstil dan Pakaian Vietnam - VITAS; Puan Le Thi Hai Van, Timbalan Ketua Pengarah, Agensi Pelaburan Luar Negara, Kementerian bagi Perancangan dan Pelaburan Viet Nam; Encik Masataka Fujita, Setiausaha Agung, Pusat ASEAN-Jepun; Dr. Nguyen Duc Thanh, Profesor Madya, Pengasas dan Pengarah Institut Viet Nam bagi Ekonomi dan Penyelidikan Dasar (VEPR); dan Atty. Allan B. Gepty, Ketua SEOM bagi Filipina (Foto: Business Wire)


TOKYO, 22 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Setiausaha Agung bagi Pusat ASEAN-Jepun (AJC), Encik Masataka Fujita telah dijemput ke Simposium Peringkat Tinggi mengenai Perdagangan dan Pelaburan Dalam ASEAN: “Meningkatkan Perdagangan dan Pelaburan Dalam ASEAN untuk Komuniti ASEAN yang Padu dan Responsif” yang telah diadakan di Hanoi, Viet Nam, pada 10 Januari 2020, untuk berkongsi pandangan beliau mengenai keadaan semasa berhubung perdagangan dan pelaburan dalam ASEAN dengan satu tumpuan terhadap penyertaan ASEAN yang meningkat di dalam Rantaian Nilai Global (GVC).
 
Simposium itu merupakan satu daripada acara rasmi yang pertama bagi ASEAN 2020 sejak Viet Nam memegang jawatan Pengerusi bagi ASEAN; dan dianjurkan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Viet Nam dengan penyelarasan bersama Kementerian Perindustrian dan Perdagangan, dan Kementerian Perancangan dan Pelaburan. Ia telah dihadiri oleh kira-kira 120 orang tetamu dan peserta yang termasuk bekas dan penjawat kini pegawai-pegawai peringkat kementerian dari beberapa negara ASEAN, pegawai-pegawai yang menghadiri Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Ekonomi (SEOM) dari kesemua 10 buah negara anggota ASEAN, serta perwakilan dan pakar-pakar dari Sekretariat ASEAN dan organisasi serantau dan antarabangsa yang lain. Dengan berlatarbelakangkan bahawa keadaan perdagangan dan pelaburan dalam ASEAN adalah sederhana secara relatif berbanding dengan perkumpulan ekonomi yang lain, dan dengan keyakinan bahawa meningkatkan perdagangan dan pelaburan dalam ASEAN akan menyumbang kepada merealisasikan keutamaan ASEAN dan sebuah Komuniti ASEAN yang padu dan responsif, simposium itu telah membincangkan tiga jenis isu, iaitu, mengetepikan halangan institusi dan dasar, bergerak maju bersama GVC dan meningkatkan logistik dengan lancar. Ia bertujuan untuk mengemukakan cadangan-cadangan dasar untuk dilaporkan kepada SEOM dan Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN pada 2020 bagi pertimbangan selanjutnya.

SG Fujita telah mengambil bahagian di dalam perbincangan panel bertajuk “ASEAN mengambil bahagian dengan lebih banyak dan bergerak ke hadapan dalam Rantaian Nilai Global.” Dalam ucapannya, beliau telah memberikan satu gambaran umum mengenai GVC di ASEAN; dan berkongsi pandangan beliau dengan merujuk kepada kerja penyelidikan AJC, tentang bagaimana ASEAN dapat turut serta dengan lebih banyak di dalam GVC dan bagaimana ia dapat menggerakkan lagi GVC mereka, berdasarkan kepada data perdagangan nilai ditambah. Beliau menekankan bahawa negara anggota ASEAN harus mengambil bahagian di dalam GVC kerana terdapat perhubungan yang positif di antara penyertaan GVC dan kadar pertumbuhan KDNK per kapita; iaitu jika sesebuah negara menyertai lebih banyak di dalam GVC, negara itu lebih cenderung mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mempunyai kadar pertumbuhan KDNK per kapita yang lebih tinggi. Beliau seterusnya menjelaskan bahawa terdapat juga satu hubungan positif di antara penyertaan GVC dan jumlah pelaburan langsung asing (FDI): iaitu, lebih banyak sebuah negara menerima FDI, negara itu mempunyai lebih banyak peluang untuk menyertai di dalam GVC; dan mengesyorkan negara-negara anggota ASEAN untuk menguatkan dan memperbaiki langkah-langkah mereka untuk menariknya lebih jauh lagi.

Setelah menjelaskan perkara ini, SG Fujita mencadangkan lima mata dasar bagi Negara Anggota ASEAN untuk mendapatkan akses kepada GVC, mendapat manfaat daripada penyertaan GVC dan merealisasikan peluang-peluang untuk menaik taraf di dalam GVC bagi pertumbuhan ekonomi yang seterusnya di rantau itu. Titik dasar itu termasuk (1) Pembenaman GVC di dalam strategi pembangunan keseluruhan dan dasar-dasar pembangunan perindustrian; (2) Membolehkan pertumbuhan GVC dengan mengekalkan sebuah persekitaran perdagangan dan pelaburan yang kondusif dan dengan menyediakan prasyarat infrastruktur; (3) Membina kapasiti produktif di firma-firma tempatan; (4) Mengurangkan risiko yang terlibat di dalam penyertaan GVC, yang memerlukan rangka kerja persekitaran, sosial dan tadbir urus yang kuat; dan (5) Menyelaraskan dasar-dasar perdagangan dan pelaburan, yang membayangkan pengenalpastian sinergi di antara kedua-dua bidang dasar dan dalam institusi yang berkaitan.

Selepas menyertai simposium itu, beliau menghargai minat mendalam oleh pembuat dasar ASEAN di dalam kajian AJC mengenai GVC. “Saya berharap cadangan-cadangan kami dapat membantu ASEAN untuk meningkatkan penyertaan GVC dan bergerak maju bersama serta meningkatkan GVC mereka, kerana ia merupakan satu pilihan strategik yang penting bagi ASEAN sejak ia bergerak menuju ke arah mencapai Rangka Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025 dengan ciri-ciri mereka bagi ‘sebuah ekonomi yang bersepadu dan padu’ dan ‘sebuah ASEAN yang kompetitif, inovatif dan dinamik’”, kata beliau.

AJC adalah sebuah organisasi antara kerajaan yang ditubuhkan oleh Negara-Negara Anggota ASEAN dan Jepun pada tahun 1981, dengan objektif untuk menggalakkan perdagangan, pelaburan, pelancongan serta pertukaran rakyat dengan rakyat di antara negara anggota ASEAN dan Jepun.

Laman Web Rasmi bagi Pusat ASEAN-Jepun: https://www.asean.or.jp/en/ 

Kertas-kertas AJC: https://www.asean.or.jp/en/centre-wide/centrewide_en/

Galeri Foto/Multimedia Tersedia:
https://www.businesswire.com/news/home/52160169/en

Hubungi

Junko Nukiyama
Pejabat bagi Setiausaha Agung
Pusat ASEAN-Jepun
Tel: +81-3-5402-8118
E-mel: toiawase_ga@asean.or.jp

Sumber: Pusat ASEAN-Jepun

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.