ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  MARY KAY INC. MERAYAKAN SATU DETIK PENTING ULANG TAHUN DI SELURUH DUNIA

Thursday 23/01/2020



DALLAS, 23 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Padamkan lilin merah jambu itu dan buatlah sesuatu hajat — pada tahun 2020, Mary Kay Inc. akan meraikan satu detik penting ulang tahun di beberapa pasaran yang paling penting di seluruh dunia. Mary Kay Ash yang ikonik itu, yang bermula secara kecil-kecilan di bandar kecil, Texas, telah mengasaskan jenama yang sama nama pada tahun 1963. Jenama itu dengan cepat telah berkembang untuk menjadi sebuah fenomena di seluruh dunia dengan berjuta-juta perunding kecantikan bebas di hampir 40 buah negara. Walaupun trend kecantikan datang dan pergi, Mary Kay mengekalkan kegigihannya dengan sesuatu yang tidak pernah ketinggalan fesyen: pemerkasaan wanita dan satu tujuan yang lebih besar untuk melakukan sesuatu kebaikan.

“Walaupun penjagaan kulit kami yang berinovatif, kosmetik warna yang sangat bergaya, wangi-wangian dan produk penjagaan badan telah disayangi selama lebih dari 56 tahun oleh berjuta-juta pengguna di seluruh dunia, syarikat kami telah diasaskan dengan mengambil kira lebih daripada gincu,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi di Mary Kay. “Pengasas kami, Mary Kay Ash, telah membina syarikat impian beliau dengan dua matlamat: mewujudkan kebebasan ekonomi bagi wanita melalui keusahawanan, dan menjadikan dunia ini sebuah tempat yang lebih baik.”

Seperti sebuah Cadillac merah jambu yang baharu sahaja dikilatkan, visi asal Mary Kay Ash terus bersinar. Model perniagaan beliau yang telah terbukti telah membantu begitu ramai wanita untuk membina atau memperhaluskan kecerdasan keusahawanan mereka melalui sebuah syarikat berasaskan nilai dengan kegigihan. Dan Mary Kay komited untuk menyokong wanita dan keluarga mereka dengan menjalin kerjasama dengan organisasi dari seluruh pelusuk dunia, yang memberi tumpuan kepada menyokong penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang selamat daripada penderaan domestik, mencantikkan masyarakat kita, menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka dan banyak lagi.

Pada tahun 2020, pasaran di bawah akan meraikan ulang tahun peristiwa penting mereka dengan perayaan, peluang-peluang bagi sukarelawan dan acara-acara istimewa bersama pekerja mereka dan tenaga jualan bebas:
 
5 Tahun
Colombia
 
10 Tahun
Armenia
 
15 Tahun
Moldova
 
20 Tahun
Kazakhstan
Malaysia
Filipina
Slovakia
 
25 Tahun
China
Portugal
 
40 Tahun
Argentina

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah asal glass ceiling atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 56 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: menawarkan peluang yang berbaloi untuk wanita, mengeluarkan produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan bebas di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi kepada penyelidikan sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, pemakanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, memberi tumpuan kepada penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang selamat daripada penderaan domestik, mencantikkan masyarakat kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—selangkah demi selangkah. Maklumat lanjut di MaryKay.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200122005069/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.