ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  TAXPAYER ROADMAP LHDNM

Friday 24/01/2020



CYBERJAYA, 24 Jan (Bernama) -- Sebagai inisiatif baharu tahun 2020, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mengeluarkan panduan yang dikenali sebagai Taxpayer Roadmap LHDNM yang bertujuan memberi panduan umum berkenaan pentadbiran cukai pendapatan di LHDNM. Taxpayer Roadmap ini telah dilancarkan oleh YB Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia semasa Persidangan Pengarah-Pengarah Bil 1/2020 yang telah berlangsung pada 13 Januari 2020 yang lalu.

Taxpayer Roadmap LHDNM yang mengandungi ringkasan prosedur dan proses kerja di LHDNM ini merangkumi aspek undang-undang percukaian, proses audit dan siasatan serta prosedur rayuan, pungutan dan litigasi percukaian. Ia dibangunkan bagi memberi jaminan serta meningkatkan kepercayaan pembayar cukai terhadap ketelusan setiap tindakan yang diambil oleh LHDNM.

Taxpayer Roadmap LHDNM ini turut membantu setiap pegawai LHDNM mengetahui parameter dan hubungan tugas mereka dengan pegawai yang lain dan seterusnya memudahkan pemantauan status pelaksanaan tugasan serta menambahbaik penyampaian perkhidmatan.

​Selain akan dipaparkan di kaunter-kaunter perkhidmatan LHDNM, Taxpayer Roadmap LHDNM ini turut boleh diakses dan dimuat turun dengan mengikut langkah mudah seperti yang berikut :

I. Layari laman Portal Rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my

II. Klik Pengumuman dan muat turun IRBM Taxpayer Roadmap

III. Atau capaian pantas di pautan:

http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=5&bt_skum=1&bt_posi=1&bt_unit=5000&bt_sequ=2&bt_lgv=1

Sila klik di sini untuk  IRBM Taxpayer Roadmap

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara).

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh: 23 Januari 2020

SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21965/21674/21663

Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.