ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  LHDNM & KKTP NEGERI SABAH MENJALINKAN KERJASAMA STRATEGIK MENANGANI KETIRISAN HASIL

Friday 24/01/2020



KOTA KINABALU, 24 Jan (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah (KKTP) menjalinkan kerjasama strategik dalam menangani isu ketirisan hasil dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan perkongsian maklumat dan kepakaran.

MoU tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Sabin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM dan Tuan Stanley Chong Hon Chung, Timbalan Setiausaha Tetap KKTP sambil disaksikan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Hj. Jaujan Hj. Sambakong, Timbalan Ketua Menteri Sabah, YBhg. Datuk Hajam Lajah Alam, Pengarah LHDNM bagi Negeri Sabah serta Tuan Wilson Thomas, Setiausaha Rendah Operasi KKTP.

Melalui MoU ini KKTP akan membantu LHDNM dalam memastikan setiap perniagaan yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah seliaan KKTP mempunyai nombor pendaftaran cukai pendapatan bagi memudahkan urusan pematuhan cukai. Manakala LHDNM pula akan berkongsi kepakaran dan maklumat dengan KKTP dalam usaha KKTP membangunkan kaedah kutipan hasil yang lebih cekap seterusnya dapat meningkatkan hasil PBT Sabah.

Menurut YBhg. Dato’ Sri Dr. Sabin Samitah, KPE LHDNM, MoU ini bukan sahaja merupakan satu inisiatif yang baik ke arah meningkatkan kualiti sistem perkhidmatan LHDNM sebagai salah sebuah agensi persekutuan, malah ia diyakini turut mencerminkan usaha berterusan LHDNM untuk memastikan matlamat mewujudkan keadilan dalam sistem percukaian dapat dilaksanakan apabila setiap pihak yang layak membayar cukai dapat dipastikan menjalankan tanggungjawab percukaian mereka.

Sementara itu, Yang Berhormat Datuk Dr. Hj. Jaujan Hj. Sambakong, Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga merupakan Menteri KKTP mengakui bahawa kerjasama erat antara agensi persekutuan dan agensi negeri amat penting demi kesejahteraan setiap rakyat. Beliau turut berharap agar kerjasama strategik seperti ini berjaya menjadikan Negeri Sabah lebih maju dan setiap rakyatnya akan merasai manfaatnya.

Turut hadir dalam majlis menandatangani MoU tersebut ialah YBhg. Datuk Hj. Nordin Siman, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, YBhg. Datuk Ir. Hj. Amrullah Hj. Kamal, Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Tuan Wong Foo Tin, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Encik Abu Tariq Jamaluddin, Pengarah Jabatan Undang-Undang LHDNM berserta pegawai-pegawai kanan LHDNM dan KKTP.
 
Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh: 24 Januari 2020

SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21965/21674/21663

Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my


--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.