PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Februari 25, 2020 -Selasa

 
  SHOPEEPAY SERTAI EKOSISTEM DUITNOW DAN MENJADI PERINTIS INOVASI PENYELESAIAN PEMBAYARAN DUITNOW 2.0

Friday 14/02/2020



Table
(Kiri) En Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee; (Kanan) En Peter Schiesser, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet

• ShopeePay akan menjadi e-Dompet pertama platform e-Dagang yang menyertai ekosistem DuitNow.

• Pelanggan Shopee akan dapat memindahkan wang dengan segera menggunakan DuitNow di antara e-Dompet ShopeePay dan akaun bank mereka.

• Fasa 2 DuitNow akan melancarkan servis permintaan untuk bayar (Request-to-Pay), debit segera (real-time debits), dan mandat dalam fail (consents on-file) pada separuh kedua 2020. Shopee akan menjadi sebahagian daripada program perintis DuitNow untuk penyelesaian pembayaran baru yang inovatif bagi membolehkan pelanggan membayar dengan mudah tanpa perlu memikirkan tentang proses pembayaran.
 
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Payments Network Malaysia (PayNet) dan Shopee mengumumkan kerjasama yang akan menjadikan ShopeePay sebagai e-Dompet pertama platform e-Dagang untuk menyertai ekosistem DuitNow yang dioperasikan oleh PayNet.

Dengan kemasukan ShopeePay ke dalam ekosistem DuitNow, pelanggan di Shopee tidak lama lagi akan dapat memindahkan wang dengan segera di antara e-Dompet ShopeePay mereka dan akaun dari 40 buah bank serta 5 e-Dompet lain yang menyertai.

Dilancarkan pada Disember 2018, DuitNow pada mulanya membolehkan pelanggan bank dan e-Dompet untuk memindahkan wang dengan segera dan selamat pada 24/7 melalui saluran perbankan atas talian dan aplikasi e-Dompet. Pemindahan wang DuitNow boleh diarahkan menggunakan nombor telefon mudah alih penerima, MyKad atau nombor pendaftaran perniagaan.

Fasa kedua DuitNow (DuitNow 2.0) yang akan dikeluarkan kepada perintis pada separuh kedua tahun 2020 akan memperkenalkan penyelesaian pembayaran baru dan kutipan yang inovatif seperti permintaan untuk bayar (Request-to-Pay), debit segera (real-time debits), dan mandate dalam fail (consents on-file). Permintaan untuk Bayar akan menyediakan kaedah yang selamat, mudah dan lebih cepat untuk membuat pembayaran di laman web e-Dagang dan aplikasi dagang mudah alih yang menyertai. Mandat dalam fail dan debit segera membolehkan pelanggan memberikan kebenaran kepada peniaga untuk pembayaran secara berkala ke atas akaun bank atau e-Dompet pelanggan. Ini adalah alternatif yang kos efektif bagi peniaga berbanding dengan kad kredit dalam fail.

"Kami sangat teruja dengan penyertaan Shopee sebagai pengguna awal DuitNow 2.0 yang akan membolehkan pelanggan Shopee untuk membeli-belah dan membayar dengan lancar. Gabungan debit segera dan mandat dalam fail akan menambah baik proses pembayaran dengan ketara, dan pelanggan dapat melakukan transaksi dengan ringkas dan mudah, "kata Peter Schiesser, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet.

Selain menjadi perintis untuk DuitNow 2.0, ShopeePay akan menerima pakai DuitNow QR, Standard QR Nasional Malaysia. Ini akan membolehkan pengguna ShopeePay mengakses peruncit dan pekedai yang semakin meningkat yang menerima pembayaran DuitNow QR.

"Shopee memperkenalkan ShopeePay untuk menyediakan kemudahan dan keselamatan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia apabila membuat pembayaran. Kami gembira untuk berkembang atas visi tersebut dengan menjalinkan kerjasama dengan PayNet dan menyertai ekosistem DuitNow. Kini, pengguna ShopeePay boleh menguruskan wang dan membuat pembayaran dengan lebih lancar dan selamat di mana-mana sahaja bahkan dapat meningkatkan pengalaman pembayaran. Kami pasti gembira dapat menjalinkan kerjasama dengan PayNet dan menantikan kerjasama dan ciri yang inovasi dalam masa terdekat, "kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Kemasukan ShopeePay ke dalam ekosistem DuitNow akan mengembangkan ekosistem tersebut untuk kepentingan pengguna, peniaga dan peserta.

Mengenai Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet)

PayNet ialah rangkaian pembayaran dan infrastruktur pusat bagi pasaran kewangan yang utama di Malaysia. Kami menginovasi, membina dan mengendalikan sistem pembayaran serta infrastruktur pasaran kewangan bertaraf dunia yang mengupayakan fungsi dan pembangunan sistem kewangan serta ekonomi Malaysia secara keseluruhannya dengan selamat, boleh dipercayai dan cekap. Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan satu-satunya pemegang saham terbesar PayNet, dengan sebelas Bank Malaysia sebagai pemegang saham bersama.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi www.paynet.my

Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee dilancarkan di 7 pasaran pada tahun 2015 untuk menghubungkan pengguna, penjual, dan perniagaan di rantau ini.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Ia menawarkan pilihan produk yang luas, disokong oleh pembayaran dan logistik bersepadu, serta ciri-ciri hiburan popular yang disesuaikan untuk setiap pasaran. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea, peneraju dalam industry hiburan digital, e-dagang dan perkhidmatan kewangan digital di Asia Tenggara. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi, dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE.

SUMBER: Payments Network Malaysia (PayNet)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Cik Amy Pang
Tel: +603 2264 8689 
E-mel: amy@paynet.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.