ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 18, 2024 -Khamis

 
  HONG LEONG MSIG TAKAFUL MENYOKONG PROGRAM 'RACE FOR COVER' UNTUK MENCAPAI LEBIH RAMAI RAKYAT MALAYSIA

Tuesday 25/02/2020



KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Hong Leong MSIG Takaful (HLM Takaful) menyokong Program ‘Race for Cover’ yang dianjurkan oleh Malaysian Takaful Association (MTA) dengan menawarkan HLM Takaful FiT CI, pelan penyakit kritikal yang memberikan perlindungan sehingga RM1 Juta terhadap 10 penyakit kritikal utama.
 
Sebagai pengendali takaful pilihan, HLM Takaful sentiasa berusaha sejajar dengan komitmen MTA untuk melindungi lebih ramai rakyat Malaysia dengan solusi pelan takaful bermakna yang memenuhi perkembangan keperluan terkini rakyat Malaysia. HLM Takaful FiT CI diintegrasikan dengan aplikasi HLM Takaful FiT yang merupakan aplikasi kesihatan takaful pertama di Malaysia yang memperkenalkan integrasi Model Umur Biologi.
 
Aplikasi HLM Takaful FiT memberikan ganjaran kepada peserta yang kekal aktif dan mengamalkan kehidupan yang sihat. Ganjaran istimewa disediakan untuk pengguna aplikasi tersebut seperti baucar sumbangan HLM Takaful yang boleh digunakan untuk membayar sumbangan pelan HLM Takaful FiT CI pada kadar diskaun.
 
Ketua Pegawai Eksekutif HLM Takaful, Mohd Asri Omar berkata, “Kami amat berbesar hati untuk menawarkan rakyat Malaysia pelan takaful yang memberi nilai sebenar kepada mereka melalui penawaran pelan takaful berinovatif iaitu aplikasi HLM Takaful FiT dimana pelan ini bukan sahaja memberikan tawaran harga yang berpatutan kepada mereka malah membantu mereka untuk menjadi lebih sihat. Dalam jangka masa panjang, pelanggan dapat menikmati simpanan penjagaan kesihatan yang lebih baik apabila mereka fokus untuk mencegah masalah kesihatan dengan kekal aktif.
 
Aplikasi HLM Takaful FiT yang diintegrasikan dengan HLM Takaful FiT CI merupakan pelan takaful mampu milik yang direka khas sesuai dengan golongan belia yang bekerja. Dengan hanya RM3.30 sehari, pelanggan yang layak dapat menikmati perlindungan sehingga RM1 Juta dan juga perlindungan terhadap 10 penyakit kritikal utama. Pendaftaran bagi HLM Takaful FiT CI adalah sangat mudah kerana ujian kesihatan tidak diperlukan.
 
Selepas pendaftaran, pelanggan kami akan menerima penjejak kesihatan secara percuma dimana mereka perlu memuat turun, mengaktifkan dan juga memautkan penjejak kesihatan mereka dengan aplikasi HLM Takaful FiT untuk memulakan gaya hidup aktif untuk menerima ganjaran. Semakin rendah umur biologi pengguna, semakin banyak mata yang akan terkumpul untuk menebus ganjaran menarik.
 
Sebagai pengendali takaful tempatan yang sangat menitik beratkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia, HLM Takaful juga turut menawarkan pelbagai pelan penjagaan kesihatan untuk menyokong pelanggannya daripada peringkat pencegahan, penjagaan semasa sakit serta pemulihan.
 
Untuk keterangan lanjut mengenai HLM Takaful FiT CI atau sebarang keperluan takaful keluarga anda, sila hubungi mana-mana perunding takaful kami di 03 – 7650 1800, atau lawati mana-mana cawangan HLM Takaful yang berdekatan.
 
Mengenai Hong Leong MSIG Takaful
Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLM Takaful) adalah pengendali takaful berlesen sejak tahun 2006 dan merupakan komponen penting dalam perkhidmatan kewangan Islam HLFG, sebagai platform bersepadu dalam menawarkan Perbankan Islam, Pelaburan Islam, Pengurusan Dana Islam dan Takaful berasaskan Shariah.
 
SUMBER: Malaysian Takaful Association (MTA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Susanna G. Simon
Pengurus, Komunikasi Korporat
Tel : +603 7650 1314
Faks: +603 76206730
E-mel: Susanna@takaful.hongleong.com.my
 
Nama: Shazwan Suhaimi
Eksekutif, Komunikasi Korporat
Tel: +603 7650 2216
Faks: +603 76206730
E-mel: MohamadShazwannizam@takaful.hongleong.com.my
 
--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.