ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  OCA: SUKAN PANTAI ASIA SANYA 2020 AKAN DITERUSKAN SEPERTI YANG DIJADUALKAN

Tuesday 10/03/2020



AsiaNet 83231

HAIKOU, China, 10 Mac, 2020 /Xinhua-AsiaNet/ --

Sukan Pantai Asia ke-6, yang bakal berlangsung dari 28 November hingga 6 Disember di Sanya, China, akan diadakan seperti yang dijadualkan, kata Majlis Olimpik Asia (OCA) pada Ahad.
 
OCA telah mengesahkan melalui sebuah e-mel kepada kesemua 45 anggota NOC bahawa Majlis Olimpik Asia dan pihak berkuasa sukan China sedang menyiapkan dengan “seberapa laju dan sebanyak mana tenaga yang mungkin” untuk Sukan Pantai Asia diadakan di Sanya pada akhir tahun ini.
 
“OCA telah mengadakan hubungan secara berkala dengan Jawatankuasa Olimpik China dan jawatankuasa penganjur bagi Sukan Pantai Asia Sanya sejak tercetusnya koronavirus (COVID-19) di Wuhan, di China tengah,” menurut e-mel OCA itu.
 
Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan pada Ahad, pesakit terakhir yang dijangkiti COVID-19 di Sanya sudah pulih dan telah keluar dari hospital.
 
“Ini adalah berita yang menggalakkan bagi OCA, bagi 45 Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan kami dan, sudah tentu sahaja, bagi penduduk bandar raya Sanya dan wilayah Hainan,” kata Ketua Pengarah OCA, Husain Al-Musallam.
 
“Kami telah menyelaraskan dengan penuh rapi selama beberapa minggu dengan Jawatankuasa Olimpik China dan jawatankuasa penganjur tempatan dan kami gembira untuk mendengar bahawa Sanya kini bebas dari koronavirus, dengan tanpa sebarang kes.”
 
“Kami ingin memuji dan mengucapkan tahniah kepada kerajaan pusat, kerajaan wilayah dan kerajaan perbandaran di atas cara mereka menangani dan mengawal COVID-19 sejak wabak itu tercetus.”
 
“Dari segi pihak OCA, kami kini akan bergerak ke hadapan sepenuhnya. Kami akan terus menyokong rakan kami di China dan berusaha dengan berganding bahu pada minggu-minggu dan bulan-bulan yang akan datang ini,” kata beliau.
 
Sanya telah melaporkan tiada kes baharu yang disahkan selama 25 hari berturut-turut. Setakat 8 Mac, Sanya mempunyai 54 kes COVID-19 yang disahkan, dengan 1 kematian, dan 53 kes yang telah pulih.
 
Sumber: OCA 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.