ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  JR CENTRAL AKAN MELANCARKAN PERKHIDMATAN TEMPAHAN DALAM TALIAN BAGI TIKET KERETA API LAJU "TOKAIDO SANYO SHINKANSEN"

Friday 13/03/2020



AsiaNet 83266

TOKYO, 13 Mac, 2020 /Kyodo JBN- AsiaNet/ --

Pada 21 Mac, Central Japan Railway Company (JR Central) akan melancarkan satu perkhidmatan tempahan dalam talian rasmi (*) yang membolehkan pelancong luar negara untuk membeli, sebelum datang ke Jepun dan dari seluruh dunia, tiket-tiket untuk Tokaido Sanyo Shinkansen (kereta api laju) yang berkhidmat melalui laluan emas Jepun yang menghubungkan Tokyo, Gunung Fuji, Nagoya, Kyoto, Osaka, Hiroshima, Hakata dan destinasi lain.

(*) Perkhidmatan tersedia dalam bahasa Inggeris.

Imej:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M105965/202003057731/
_prw_PA1fl_W2e5XE9I.pdf

 
Shinkansen menawarkan kelajuan tinggi dan kemudahan. Kereta api berkhidmat dengan kadar yang kerap dan tepat pada masanya, dengan tempat duduk sedia ada, dan perjalanan yang selesa, selamat dan menyeronokkan. Ia adalah satu pilihan yang cekap dan boleh dipercayai untuk jarak jauh serta bagi perjalanan balik hari yang pendek.
 
Sudah tentu, tiket-tiket Shinkansen boleh dibeli di pejabat-pejabat tiket stesen di Jepun. Tetapi, perkhidmatan baharu ini menjadikan ia mudah dan senang untuk menempah dan membeli tiket dari negara-negara di luar Jepun. Tambahan pula, pengembara boleh menukar tempahan mereka sebanyak mungkin yang mereka suka tanpa dikenakan sebarang caj tambahan. Untuk pelancong senggang dan pelancong bisnes yang merancang sesuatu lawatan, daftar sekarang untuk mendapatkan tiket Shinkansen dan menikmati perjalanan di Jepun.
 
Untuk butiran lanjut, sila layari:
https://smart-ex.jp/en/lp/app/
 
Ciri-ciri:
1. Tempah tempat duduk dan beli tiket
-Bermula satu bulan sebelum berlepas
-Dari dalam dan di luar Jepun
 
2. Tukar tempahan
-Tanpa caj
-Seberapa kali yang diperlukan
-Sehingga 4 minit sebelum berlepas
 
*Bayaran urus niaga asing yang ditetapkan oleh syarikat kad kredit boleh dikenakan caj mengikut kad yang digunakan.
 
3. Pengambilan tiket
Ambil tiket dengan mudah dan cepat di mesin-mesin tiket di stesen Tokaido Sanyo Shinkansen
 
4. Tiada sekatan kereta api
Tiket boleh ditempah dan dibeli bagi semua jenis Tokaido Sanyo Shinkansen, termasuk NOZOMI yang paling laju, dengan sehingga 17 kereta api berlepas setiap jam semasa waktu puncak.
 
Bagi pelancong yang mempunyai bagasi yang terlalu besar
Tempahan diperlukan apabila membawa bagasi yang terlalu besar dengan dimensi keseluruhan (panjang + lebar + ketinggian) di antara 160 sm dan 250 sm (kira-kira 62 inci dan 98 inci). Sebarang bagasi yang terlalu besar yang dibawa ke dalam kereta api tanpa satu tempahan adalah tertakluk kepada bayaran bagasi yang terlalu besar yang dibawa dengan tangan.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://global.jr-central.co.jp/en/info/oversized-baggage/index.html
 
*Kad-kad kredit
Kad-kad Visa, Mastercard, JCB, American Express dan Diners Club adalah diterima.
 
SUMBER: Central Japan Railway Company

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.