ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  OPERASI PERNIAGAAN SEPERTI BIASA DI PUSAT PENGELUARAN PINTAR HYTERA DI TENGAH-TENGAH COVID-19

Wednesday 25/03/2020



Hytera's intelligent manufacturing center stays business as usual (Photo: Business Wire)
Pusat pengeluaran pintar Hytera mengekalkan operasi perniagaan seperti biasa (Foto: Business Wire)


Pusat pengeluaran pintar Hytera di Shenzhen telah membolehkan mereka untuk mengekalkan pengeluaran walaupun terdapat gangguan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19. Kelenturan yang dibina ke dalam pusat itu juga telah membolehkan Hytera untuk mengeluarkan topeng muka pakai buang bagi membantu mengimbangi kekurangan dunia yang disebabkan oleh virus itu.

SHENZHEN, China, 25 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hytera Communications, sebuah penyedia terkemuka di dunia bagi penyelesaian komunikasi profesional persendirian, telah berupaya untuk mengekalkan sistem pengeluaran mereka beroperasi seperti biasa walaupun wujud ancaman kepada rantaian bekalan dunia yang disebabkan oleh pandemik COVID-19, berikutan pelaburan mereka di dalam pengeluaran pintar dan penyelesaian rantaian bekalan.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/52193415/en

Kunci kepada keupayaan ini adalah pusat pengeluaran pintar Hytera di Shenzhen, China, yang menawarkan teknologi pembuatan dan automasi pintar yang berada di tahap yang tinggi.

Penyelesaian pengeluaran pintar itu menyediakan sebuah sistem pengeluaran dan rantaian bekalan yang fleksibel dan tangkas. Sistem pengeluaran dan pengurusan pintar, pengagihan secara automatik, pemasangan dan ujian fungsian direka untuk menjamin ketepatan pengeluaran dan tahap kecekapan yang tinggi. Ini ditambah dengan sebuah sistem pembungkusan automatik dan keupayaan untuk memantau produk secara jauh.

Di tengah-tengah sistem pengeluaran pintar Hytera adalah talian pengeluaran yang fleksibel, yang menggunakan sebuah sistem pelaksanaan pembuatan untuk menyelaraskan keseluruhan proses pengeluaran melalui maklumat tepat masa. Talian pengeluaran itu sangat fleksibel sehingga dapat disusun semula untuk menghasilkan banyak produk yang berbeza, sekali gus memastikan tindak balas yang pantas terhadap perubahan pasaran dan permintaan pelanggan.

Hytera mula mengguna pakai penyelesaian pembuatan pintar di pusat Shenzhen sejak tahun 2013, agar dapat memenuhi kriteria pembuatan yang mendesak, termasuk penyesuaian, kitaran penghantaran dan kebolehpercayaan produk, bagi peranti komunikasi mudah alih profesional yang berkualiti tinggi, seperti radio dua hala.

Syarikat itu kini mempunyai lebih daripada 10 talian pengeluaran pintar. Pada tahun 2019, Hytera mencapai satu kejayaan besar di dalam pembangunan mereka bagi pembuatan pintar dan pada awal tahun ini proses pengeluaran pintar mereka telah secara rasmi mencapai peringkat Industri 4.0. Dalam tempoh lima tahun akan datang, satu daripada matlamat utama Hytera adalah untuk menaik taraf semua proses pengeluaran mereka bagi memenuhi standard pembuatan ‘pintar’.

Kilang Pintar Hytera di Shenzhen juga menggabungkan sistem penggudangan dan logistik pintar. Satu bahagian penting di dalam rantaian bekalan global ialah pusat pengeluaran Hytera di Zaragoza, Sepanyol, yang memberi tumpuan kepada penyediaan penyelesaian khusus yang direka untuk memenuhi keperluan khusus bagi pelanggan mereka di Eropah dan Amerika.

Kelenturan bagi proses pembuatan pintar Hytera telah juga membolehkan syarikat itu untuk menukar beberapa talian pengeluaran kepada pembuatan topeng muka pakai buang untuk membantu dalam memerangi kekurangan dunia yang disebabkan oleh wabak COVID-19.

Pengeluaran topeng muka dimulakan pada awal Februari dan telah dipertingkatkan dengan kadar pesat untuk mencapai tahap pengeluaran besar-besaran. Topeng muka pakai buang Hytera sudah boleh didapati di pasaran di seluruh dunia.

Tindak balas Hytera terhadap wabak COVID-19 telah menjangkau lebih jauh. Syarikat itu dengan kadar segera telah menubuhkan sebuah pasukan sokongan kecemasan kebangsaan dan telah menghubungi jawatankuasa kesihatan, jabatan pencegahan dan kawalan, institusi perubatan, dan pertubuhan-pertubuhan yang tidak mencari keuntungan di seluruh China untuk membantu menyelaraskan semua aspek bagi sokongan, termasuk sumbangan peralatan, sokongan komunikasi dan perkhidmatan lapangan. Syarikat itu juga telah menyumbangkan lebih dari 3,000 peranti komunikasi di seluruh negara, untuk membantu memenuhi tanggungjawab sosial korporat mereka.

Perkembangan bagi sistem pembuatan pintar adalah satu daripada hasil utama bagi strategi Hytera dalam pelaburan berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan. Syarikat itu telah melabur 15% daripada pendapatan tahunan mereka di dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan mempunyai 2,342 paten yang difailkan di seluruh dunia. Kira-kira 40% daripada jumlah kakitangan mereka terdiri daripada jurutera R&D, di mana 80% memegang ijazah sarjana atau kedoktoran.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/52193415/en

Hubungi

Shaowa Cai
Shaowa.cai@hytera.com

Sumber : Hytera Communications

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.