ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  PUSAT TERAPI TAWANAN NEUTRON BORON NTHU MULA MERAWAT PESAKIT KANSER OTAK DARI LUAR NEGARA

Thursday 26/03/2020


Mekanisme rawatan BNCT. Sejak diubah untuk digunakan di dalam BNCT, reaktor penyelidikan di NTHU telah digunakan untuk merawat lebih 130 orang pesakit. (Grafik: Universiti Nasional Tsing Hua)



HSINCHU, Taiwan, 26 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada 14 Februari, strain merdu bagi pergerakan keempat bagi Simfoni Kelima Mahler telah kedengaran di dalam bangunan Reaktor kolam Terbuka Tsing Hua (THOR) di Universiti Nasional Tsing Hua (NTHU) - kerana ini adalah merupakan muzik lagu kegemaran bagi seorang wanita Eropah yang berada di sini untuk menjalani Terapi Tawanan Neutron Boron (BNCT) untuk tumor otak malignan. Ini adalah rawatan kedua bagi beliau. Saiz glioma malignan yang terletak di dalam batang otak beliau telah mengecil dari 3.51 sm kepada 1.06 sm selepas rawatan pertama.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200325005023/en/
 

Dengan kerjasama Hospital Besar Veteran Taipei (TVGH), NTHU telah mengubah THOR untuk digunakan di dalam BNCT. Sehingga kini, rawatan itu telah memberi nafas dan kehidupan baru  kepada lebih daripada 130 orang pesakit kanser dari seluruh dunia.

Menurut Profesor Chou Fong-in, BNCT adalah satu terapi radiasi sasaran di mana pesakit pada mulanya disuntik dengan sejenis ubat yang mengandung boron; sebaik sahaja ubat itu telah terkumpul di dalam tumor itu, pancaran neutron digunakan untuk merawat tumor itu untuk menyampaikan dos-dos penyembuhan khusus kepada tumor, dan pada masa yang sama membiarkan tisu yang normal.

Seperti yang dijelaskan oleh pakar onkologi TVGH Chen Yi-wei, ubat boron-10 mengandungi struktur seperti asid amino perlu, dan sel-sel kanser memerlukan banyak nutrien untuk menyokong pembiakan tak normal mereka. Oleh itu, sel-sel berkanser menyerap hampir kesemua boron-10 sebelum sel-sel normal berpeluang untuk berbuat demikian. Boron bertindak sebagai sejenis cas ledakan, dan apabila sel-sel berkanser itu telah memperolehinya, pancaran neutron digunakan untuk “meledakkan” cas itu, sekali gus membunuh sel-sel kanser tersebut.

Suami kepada pesakit itu adalah seorang doktor. Beliau berkata bahawa isterinya dahulu adalah seorang yang gemar bermain tenis, tetapi empat tahun yang lalu dia tiba-tiba melihat dua bola meluru ke arahnya pada masa yang sama, satu gejala klasik bagi diplopia. Satu imbasan tomografi berkomputer (CT), bagaimanapun, kemudiannya mendedahkan luka glioma di dalam otaknya, terletak jauh di dalam batang otaknya. Selepas menjalani dua kraniotomi dengan radioterapi pisau gama, glioma itu kambuh semula dan telah bertukar menjadi malignan. Atas nasihat seorang pakar Onkologi Radiasi, mereka mengajukan pertanyaan mengenai rawatan yang ditawarkan di TVGH.

Menurut Dr. Chen, keperluan utama untuk BNCT adalah ubat yang mengandungi boron yang sesuai untuk penyerapan oleh sel-sel kanser, dan sumber neutron yang stabil dengan spektrum tenaga yang sesuai. Reaktor penyelidikan NTHU telah diubah suai dan dipasang untuk menyediakan sumber neutron itu. Ia lebih baik daripada sumber neutron yang dipacu oleh pemecut yang dibangunkan di Jepun untuk digunakan di hospital-hospital.

NTHU dan Kerajaan Bandar Raya Taoyuan sedang merancang untuk bersama-sama membangunkan sebuah kompleks perubatan sebagai sebahagian daripada Aerotropolis Taoyuan yang akan dibina berhampiran Lapangan Terbang Taoyuan. BNCT itu akan memainkan satu peranan utama di kemudahan baharu itu, dan akan digunakan untuk merawat pesakit dari Taiwan dan dari luar negara.
 

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200325005023/en/ 


Hubungi

Holly Hsueh
TEL: (886)3-5162006
e-mel: hoyu@mx.nthu.edu.tw 

Sumber : Universiti Nasional Tsing Hua  

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.