ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ​INSENTIF POTONGAN CUKAI BAGI SUMBANGAN KEPADA TABUNG COVID-19

Thursday 26/03/2020



KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) amat menghargai usaha murni rakyat yang ingin bersama-sama menyalurkan sumbangan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
 
Sehubungan itu, sebagai tanda penghargaan dan bagi menggalakkan rakyat memberikan sumbangan mereka, LHDNM ingin mengumumkan bahawa insentif potongan cukai akan diberikan kepada penderma yang mendermakan wang tunai ataupun barangan yang akan digunakan untuk menangani penularan wabak COVID-19 serta membantu rakyat yang terkesan dengan wabak tersebut.

Pada masa ini insentif yang disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 oleh Kerajaan adalah untuk:
 
i. Tabung COVID-19 (Kementerian Kesihatan Malaysia)
 Jenis sumbangan : Tunai dan Barangan

ii. Tabung COVID-19 (Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri)
Jenis Sumbangan: Tunai sahaja
 
iii. Derma kepada institusi/organisasi yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967.

Bagi sumbangan berbentuk peralatan/barangan untuk menangani wabak COVID-19, para penyumbang perlu mendapatkan surat akuterima sumbangan daripada penerima sumbangan berserta dengan cop rasmi mengikut format yang akan dikeluarkan oleh MOF, sebelum mengemukakan permohonan potongan cukai tersebut kepada MOF. Permohonan yang lengkap hendaklah dialamatkan kepada Bahagian Cukai, MOF.

Pembayar cukai yang menderma dinasihatkan supaya menyimpan rekod transaksi sebagai bukti dan sila pastikan resit/dokumen disimpan dengan rapi agar ia boleh dibuat rujukan ketika pengisian Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2020 dan semakan oleh LHDNM:

a) Transaksi Derma Tunai: Tabung COVID-19 (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan Tabung COVID-19 (Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri)

Table

b) Transaksi Derma Peralatan/Barangan: Tabung COVID-19 (Kementerian Kesihatan Malaysia)

i. Surat kelulusan asal oleh Menteri Kewangan;

ii. Resit rasmi atau surat akuterima sumbangan daripada badan penerima;
 
iii. Surat pengesahan nilai perkhidmatan / nilai kos projek daripada agensi Kerajaan berkaitan.
 
c) Derma tunai kepada institusi/organisasi yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) [Kelulusan Ketua Pengarah LHDNM]

i. Resit rasmi institusi/organisasi yang telah diiktiraf oleh LHDNM.

Orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan kesahihan organisasi sebelum membuat sebarang sumbangan bagi mengelakkan penipuan. Maklumat berkaitan institusi/organisasi yang mendapat kelulusan di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967 boleh didapati di portal rasmi LHDNM di https://www.hasil.gov.my atau capaian pantas berikut:
http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=2&bt_skum=6&bt_posi=1&bt_unit=8&bt_sequ=1.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

a) HASiL Live Chat;

b) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/;

dan

c) Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:

· Facebook - https://www.facebook.com/LHDNM
· Twitter - https://twitter.com/LHDNMofficial

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh: 26 Mac 2020

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21965/21674/21663
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.