ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  MUZIUM SENI NASIONAL, OSAKA, MENGUMUMKAN JADUAL PAMERAN UNTUK 2020

Friday 27/03/2020



AsiaNet 83391
 
OSAKA, Jepun, 27 Mac, 2020 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
- Muzium Menyajikan Seni Kontemporari Yang Menzahirkan dengan Tepat Paduan Budaya Yang Unik bagi Osaka –
 
Muzium Seni Nasional, Osaka (NMAO) telah mengumumkan jadual pameran mereka untuk tahun 2020, termasuk pameran bagi “Karya Agung daripada Galeri Nasional, London.”
 
Foto: https://kyodonewsprwire.jp/release/202003117937?p=images
 
NMAO adalah sebuah muzium yang didedikasikan kepada seni kontemporari dari seluruh pelusuk dunia dengan satu koleksi yang terdiri daripada kira-kira 8,000 hasil karya, antara yang terbesar di Jepun. Pameran Koleksi itu, yang diubah sebanyak empat kali setahun, mempamerkan pilihan terbaik daripada pelbagai hasil karya yang dikumpulkan. Menggabungkan seniman agung seperti Alberto Giacometti, Pablo Picasso, dan Paul Cezanne dengan artis-artis yang telah mendefinisikan sejarah seni kontemporari seperti Wolfgang Tillmans, Gerhard Richter, Jiro Takamatsu, dan Yayoi Kusama, ini adalah satu ruang pameran yang sentiasa ada sesuatu yang baharu untuk ditemui.

Sebagai metropolis kedua terbesar di Jepun selepas Tokyo, Osaka adalah sebuah bandar raya yang sibuk dan bertenaga. Dari masakan tempatan seperti “takoyaki” dan “okonomiyaki” dan fesyen yang unik dan penuh berwarna-warni kepada pelawak yang berdiri di hadapan penonton dan teater, mainan boneka “bunraku”, dan tempat hiburan seperti Universal Studios Jepun, pelbagai budaya berkumpul di sini untuk menghasilkan pengalaman. Pelancong yang datang untuk menikmati pemandangan Osaka sudah pasti tidak mahu terlepas peluang untuk menikmati seni kontemporari yang bertenaga dari seluruh dunia. Sambil menikmati tenaga bandar raya itu, sila menikmati seni kontemporari yang bertaraf dunia yang menggabungkan budaya yang menjangkau baharu dan lama, Timur dan Barat.

Selain seni, pengunjung boleh juga menikmati wajah jalan Osaka yang bersejarah dengan pelayaran di Sungai Nakanoshima yang berlepas dari kawasan yang berdekatan dengan muzium itu, di samping Istana Osaka, yang terkenal dengan bunga sakura di musim bunga.

Jadual pameran khas:
-Danh Vo oV hnaD (4 April hingga 14 Jun)
Pameran solo berskala besar yang pertama oleh artis yang disanjung di peringkat antarabangsa Danh Vo (b. 1975) di sebuah muzium Jepun
 
-Karya Agung dari Galeri Nasional, London (7 Julai hingga 18 Oktober)
Pameran berskala besar bagi koleksi galeri ini akan terdiri daripada sejumlah 61 hasil karya. Karya-karya agung yang terkenal di dunia oleh artis-artis seperti Vermeer, Rembrandt, dan Van Gogh akan dipamerkan di Jepun buat kali pertamanya.
 
-Makmal Muzium: Persilangan bagi Deria (tajuk tentatif) (7 November hingga 25 Disember)
Satu pengenalan kepada artis-artis Jepun yang menganggap ruang pameran itu seperti sebuah makmal dan mendalami kaedah eksperimen bagi ekspresi

Panduan audio (bayaran diperlukan) menyediakan penjelasan dalam Bahasa Inggeris, Cina, dan Korea.
 
Laman web: http://www.nmao.go.jp/en/
 
Sumber: Muzium Seni Nasional, Osaka

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.