ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  BANDAR RAYA KAGOSHIMA MENAMBAHKAN SARI KATA BAHASA ASING KEPADA VIDEO MUZIK "BANDAR RAYA MAGMA KAGOSHIMA: KEHIDUPAN DI BANDAR RAYA DENGAN GUNUNG BERAPI YANG AKTIF"

Friday 27/03/2020

AsiaNet 83410

KAGOSHIMA, Jepun, 27 Mac, 2020 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

Bandar raya Kagoshima kini menyampaikan sebuah video muzik di dalam beberapa bahasa asing bagi penonton di luar negara untuk memperingati ulang tahun ke-130 Bandar raya itu. Video muzik itu telah dikeluarkan di YouTube untuk mempromosikan lagu tema baharu Bandar raya itu “Kagoshima ke arah Masa Depan”, dan tarikan-tarikan di Bandar raya itu.
 
URL YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=pX2rzPTonD8
*Sari Kata Bahasa Inggeris/Bahasa Cina (tradisional & dipermudahkan)/Bahasa Korea/Bahasa Thai/Bahasa Vietnam tersedia.
 
(Foto 1:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M100580/202003198267/_prw_PI1lg_It8j4Qk0.png)
 
(Foto 2:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M100580/202003198267/_prw_PI2fl_QMH0hj1V.png)
 
Lagu tema Bandar raya Kagoshima, “Kagoshima ke arah Masa Depan”
Lagu ini, yang dikeluarkan pada November 2019, menggambarkan beberapa daripada perkara yang hebat yang mempamerkan Bandar raya Kagoshima bermula dengan lambang dan simbol Kagoshima, gunung berapi Sakurajima yang aktif dan Teluk Kinko yang indah dan tenang. Ia menyampaikan sifat-sifat yang amat banyak mengenai Bandar raya itu, kekuatan yang mendorong pemodenan Jepun, dan begitu banyak alam semula jadi di Bandar raya itu untuk ditawarkan kepada pelancong antarabangsa.
 
Video muzik itu menunjukkan pemandangan indah Bandar raya itu, bermula dengan gunung berapi Sakurajima, dan menyoroti banyak daripada tarikan di Bandar raya itu.
 
Penggubah & Penyusun Muzik: Ryo Yoshimata (lahir di Bandar raya Kagoshima):
https://kyodonewsprwire.jp/img/202003198267-O3-UJJQ0XKx
 
Satu pengenalan kepada Bandar raya Kagoshima
Bandar raya Kagoshima terletak di hujung bahagian selatan Kepulauan Kyushu di Jepun. Ia adalah sebuah tempat yang unik di mana kira-kira 600,000 orang tinggal bersama gunung berapi Sakurajima yang aktif, yang mencuar tinggi melampaui kawasan pusat bandar merentasi Teluk Kagoshima (Teluk Kinko).

Bandar raya itu digelar sebagai “Naples di sebelah Timur” memandangkan pemandangan gunung berapi dari Bandar Raya itu menyerupai bandar raya berkembar mereka Naples, Itali.
 
(Imej:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M100580/202003198267/_prw_PI4lg_vxhPg8ww.jpg)
 
Lambang dan Kenyataan bagi Bandar raya Kagoshima:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M100580/202003198267/_prw_PI5fl_bExjDwf6.jpg
 
SUMBER: Bandar raya Kagoshima 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.