ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  WILAYAH KEPULAUAN CHINA MENAWARKAN PELUANG PEKERJAAN KEPADA BAKAT GLOBAL

Thursday 02/04/2020



AsiaNet  83536
 
HAIKOU, China, 2 April, 2020 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Wilayah kepulauan Hainan di selatan China akan menawarkan lebih daripada 30,000 jawatan kepada bakat global untuk mempromosikan pembinaan pelabuhan perdagangan bebas, pihak berkuasa tempatan berkata pada satu sidang akhbar pada Selasa.

Pembukaan peluang pekerjaan itu disediakan oleh kerajaan, sektor perkhidmatan awam, perusahaan milik negara, dan perusahaan persendirian, dan melibatkan bidang-bidang termasuk industri perkhidmatan moden, pelancongan, dan industri berteknologi tinggi.
 
Terdapat sejumlah 1,717 jawatan kanan dengan gaji tahunan sebanyak 300,000 yuan (kira-kira 42,301 dolar Amerika) atau lebih dan 59 jawatan tinggi dengan gaji tahunan sekurang-kurangnya 1 juta yuan, terutamanya yang meliputi pendidikan, rawatan perubatan, dan pelancongan.
 
Pengambilan itu melibatkan 470 jawatan bagi bakat-bakat antarabangsa, terutamanya dalam pengajaran bahasa asing, industri penerbangan, dan pengurusan hotel.
 
Permohonan bagi pekerjaan itu bermula dari Selasa, dengan tarikh akhir untuk pendaftaran dalam talian pada 30 April. Satu platform dalam talian akan diwujudkan untuk menyediakan perkhidmatan “tanpa sentuhan” bagi kedua-dua majikan dan pekerja. Platform dalam talian yang ditetapkan: Pelaburan Pelabuhan Perdagangan Bebas dan Jaringan Bakat Hainan (https://www.contacthainan.gov.cn/), telefon perunding: 400-885-9898.
 
Hainan telah mendapat kelulusan untuk membina sebuah zon perdagangan bebas perintis yang meliputi keseluruhan pulau itu dan menerokai penubuhan sebuah pelabuhan perdagangan bebas dengan ciri-ciri orang Cina.
 
Sumber: Pelaburan Pelabuhan Perdagangan Bebas dan Jaringan Bakat Hainan

--BERNAMA 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.