ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 24, 2024 -Rabu

 
  PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) BAGI PEMOHON BERSTATUS MUFLIS / DISENARAI HITAM

Monday 06/04/2020



KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Kerajaan sentiasa prihatin dan mendengar pandangan rakyat dalam memastikan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dinikmati oleh semua penerima yang layak dan tiada yang tertinggal.
 
Sehubungan itu kerajaan memutuskan bahawa pemohon yang layak menerima BPN tetapi berstatus muflis / disenarai hitam, turut boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di www.hasil.gov.my atau pautan pantas https://bpn.hasil.gov.my/. Permohonan ini boleh dibuat mulai 6 April 2020.

Permohonan mereka akan diproses sewajarnya berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Bagi permohonan yang lulus bayaran BPN akan dibuat secara tunai di Bank Simpanan Nasional. 

Kerajaan berharap BPN ini benar-benar dapat membantu semua golongan rakyat yang memerlukannya dan ia dibelanjakan secara berhemah.

Sebagai memberikan kemudahan kepada pelanggan, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara di atas juga boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:
 
a) Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000;

b) HASiL Live Chat;

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan

d) Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:

·       Facebook - https://www.facebook.com/LHDNM
·       Twitter - https://twitter.com/LHDNMofficial

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh: 05 April 2020

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21965/21674/21663
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line: 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)  
Portal Rasmi: www.hasil.gov.my
 
--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.