ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  ​JAWATANKUASA PENGELOLA ABG MENGUNJUNGI KAKITANGAN PERUBATAN YANG KEMBALI KE HAINAN DARI HUBEI DENGAN MEMBERIKAN 248 MASKOT ANAK PATUNG YAYA SEBAGAI HADIAH KEPADA WIRA DAN WIRAWATI YANG MEMERANGI COVID-19

Tuesday 07/04/2020



AsiaNet 83589
 
SANYA, China, 7 April, 2020 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada pagi 2 April, Ye Kaizhong, Timbalan Ketua Setiausaha bagi Jawatankuasa Pengelola bagi Sukan Pantai Asia ke-6 2020 (ABG) dan Timbalan Ketua Setiausaha bagi Kerajaan Perbandaran Sanya, telah mengunjungi wakil-wakil bagi kumpulan pertama dan keempat bagi kakitangan perubatan dan kejururawatan yang kembali ke Hainan dari Hubei, bagi pihak Jawatankuasa Pengelola. Wira dan wirawati seramai 248 orang itu yang telah berjuang memerangi COVID-19 sedang bersama-sama bercuti di Sanya. Encik Ye melahirkan ucapan terima kasih kepada mereka, dan memberikan setiap mereka sebuah anak patung Yaya, yang merupakan maskot ABG.
 
Kedua-dua kumpulan ini yang terdiri daripada 248 orang pekerja perubatan pergi ke Bandar raya Jingzhou di Wilayah Hubei, untuk bekerja rapat dan berjuang sebelah menyebelah dengan institusi perubatan tempatan. Sejumlah 344 orang pesakit yang dijangkiti telah sembuh dengan penjagaan perubatan mereka. Semasa berada di sana, tidak ada seorangpun ahli itu yang dijangkiti. Pada 20 Mac, mereka memulakan percutian di sana, yang diatur oleh Jawatankuasa Wilayah Hainan CPC dan Kerajaan Wilayah Hainan. Ketika mereka hendak menamatkan percutian mereka, Jawatankuasa Pengelola ABG telah mengirim ucapan selamat mereka kepada wira dan wirawati anti-wabak ini dalam satu cara yang sangat istimewa dengan menghadiahkan anak-anak patung Yaya.
 
Semasa lawatan itu, wakil-wakil bagi kakitangan perubatan itu telah memegang erat Yaya di tangan mereka, menunjukkan kesukaan mereka terhadap anak patung itu dengan bersama-sama melambaikan Yaya dan menyuarakan slogan “Lihat Ya di Sanya”.
 
ABG adalah acara sukan komprehensif antara benua yang pertama yang akan diadakan di Wilayah Hainan. Semasa wabak novel koronavirus itu, Jawatankuasa Organisasi telah menekankan sama pentingnya kepada pencegahan dan kawalan wabak itu serta persediaan untuk sukan tersebut. Pada masa yang sama, sambil memanfaatkan peranannya dalam ABG, Jawatankuasa Organisasi telah menganjurkan perniagaan untuk menyumbangkan bekalan perubatan, menjenamakan sebuah ABG yang bertenaga dan sihat.

Sumber: ABG
 
Pautan Lampiran Imej:
 
Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=361435
 
Kapsyen: Wakil-wakil kakitangan perubatan memegang erat Yaya di tangan mereka, menunjukkan kesukaan mereka terhadap anak patung itu dengan bersama-sama melambaikan Yaya dan menyuarakan slogan “Lihat Ya di Sanya”.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.