ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  LHDNM HULUR SUMBANGAN TABUNG COVID-19 NADMA

Thursday 09/04/2020



PUTRAJAYA, 9 April (Bernama) - Prihatin terhadap perkembangan senario semasa penularan wabak COVID-19 serta usaha-usaha yang diambil oleh agensi-agensi kerajaan dalam mengekang penularan wabak tersebut, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengambil inisiatif memberikan sumbangan tunai berjumlah RM383,350.00 kepada Tabung COVID-19 Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).   
 
Derma tunai hasil sumbangan para pegawai LHDNM dan Persatuan Kebajikan Islam LHDNM (PERKIS) ini adalah selaras dengan hasrat untuk mengurangkan beban kos yang ditanggung Kerajaan dan sekaligus dapat memberikan sokongan moral kepada barisan hadapan agensi Kerajaan. Ini juga merupakan kesinambungan usaha berterusan LHDNM dalam membantu agensi-agensi Kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19.

Sumbangan telah diserahkan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Sabin bin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM kepada YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) di Pejabat NADMA, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Majlis penyerahan sumbangan ini turut dihadiri oleh YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Datin Mastura binti Tan Sri Mohd Yazid, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), YBhg. Dato’ Mohtar bin Mohd Abd Rahman, Ketua Pengarah (NADMA) dan Encik Hishamudin Mohamed, Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDNM.  
 
Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu melancarkan usaha Kerajaan dalam penyediaan keperluan prasarana serta kelengkapan kritikal yang sewajarnya terutamanya kepada petugas barisan hadapan negara yang kini bertungkus lumus menguruskan wabak COVID-19 ini. 

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 

Tarikh: 09 April 2020

 
Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21965/21674/21663
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line: 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)  
Portal Rasmi: www.hasil.gov.my
 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.