ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  PENJELASAN LHDNM MENGENAI BAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)

Thursday 09/04/2020



KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengambil maklum laporan media berkenaan individu kenamaan termasuk Ahli Parlimen yang diluluskan untuk pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang bermula pada 6 April 2020.

LHDNM ingin menjelaskan bahawa bagi pembayaran BPN sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini, penerima diluluskan secara automatik berdasarkan kepada pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH) dan data rekod percukaian tahun taksiran LHDNM tahun 2018.

Permohonan baharu atau rayuan adalah untuk mereka yang belum mendaftar dengan BSH sebelum ini manakala pembayar cukai perlu mengemaskini data peribadi masing-masing dengan LHDNM. Kelulusan permohonan baharu adalah tertakluk kepada proses semakan dan verifikasi.

Semakan awal LHDNM mendapati bahawa proses penentuan penerima BPN adalah teratur dan mereka yang diluluskan mempunyai tahap pendapatan bercukai di dalam julat pendapatan yang layak menerima BPN.

Penentuan penerima BPN dibuat dengan memadankan kriteria pendapatan BPN dengan data percukaian terkini di LHDNM berdasarkan rekod percukaian Tahun Taksiran 2018 dan pangkalan data kerajaan yang berkaitan mengikut kategori di bawah:
 
 B40
Isi Rumah 
B40
Bujang
M40
Isi Rumah 
M40
Bujang 
Pendapatan bulananRM4,000 ke bawahRM2,000 ke bawahRM4,001
hingga RM8,000
RM2,001 hingga
RM4,000

Merujuk isu beberapa Ahli Parlimen dan orang kenamaan turut layak dan menerima BPN, perlu dijelaskan bahawa kelulusan dibuat secara automatik berdasarkan data taksiran pendapatan individu tersebut pada tahun 2018 dalam rekod LHDNM.

Namun demikian, LHDNM menerima baik Ahli Parlimen yang secara sukarela telah memulangkan bayaran BPN tersebut. Sekiranya mana-mana Ahli Parlimen atau penerima BPN lain yang ingin memulangkan semula bayaran BPN tersebut, penerima boleh berbuat demikian mengikut prosedur berikut: 

i. Mengemukakan surat penolakan dengan menyatakan nama penuh dan nombor MyKad;
 
ii. Lampirkan draf bank / cek atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan); dan
 
iii. Dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut:

Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2, 62592 Putrajaya

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


Tarikh: 09 April 2020

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 
Tel: 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21965/21674/21663
Faks: 03-8313 7873
Hasil Care Line: 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)  
Portal Rasmi: www.hasil.gov.my
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.