ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  KERJASAMA DOCTORONCALL DAN SHOPEE MALAYSIA UNTUK MENAWARKAN LEBIH BANYAK PILIHAN UJIAN COVID-19 KEPADA PEMBELI

Wednesday 06/05/2020



KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 Mei (Bernama-PRNewswire) -- Rakyat Malaysia yang kini telah memasuki fasa PKP yang seterusnya, di samping sedang cuba menyesuaikan diri dengan amalan normal baharu amat memerlukan akses kepada perkhidmatan kesihatan digital. Oleh itu, DoctorOnCall telah bekerjasama dengan Shopee Malaysia untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia mendapat penjagaan kesihatan yang berkualiti dengan mudah.

Kini pengguna Shopee boleh mendapatkan ujian real time reverse transcriptase – Polymerase Chain Reaction (rRT-PCR) COVID-19 melalui platform kedai atas talian, DoctorOnCall di Shopee Mall. Mereka juga boleh mendapatkan baucar di Shopee, untuk membeli ubat-ubatan yang akan dihantar kepada mereka dengan selamat, melalui laman DoctorOnCall. Pada masa akan datang, pihak Shopee akan meneroka cara-cara agar baucar ini, turut boleh digunakan untuk membuat temujanji rundingan perubatan secara atas talian.

Sebagai permulaan kerjasama ini, DoctorOnCall dan Shopee akan bersama-sama menganjurkan siri pendidikan dan kesedaran kesihatan di Shopee Live, iaitu siaran langsung yang didapati di dalam platform e-dagang tersebut. Ia akan bermula pada 8 Mei 2020, dengan perkongsian tentang COVID-19 dan jenis-jenis ujian COVID-19 oleh Qualitas Medical Group (Qualitas). Ekoran penularan wabak COVID-19 baru-baru ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah meluluskan perkhidmatan ujian saringan COVID-19 di rumah yang diperkenalkan oleh Qualitas Medical Group, dengan kerjasama DoctorOnCall.

Siri ini akan diikuti dengan sesi perkongsian dengan sokongan Pfizer Malaysia pada 15 Mei 2020, untuk membantu memberi pencerahan tentang kepentingan imunisasi dan bagaimana vaksin merupakan agen penyelamat dari wabak yang boleh membawa maut. Sesi perkongsian terakhir akan berlangsung pada 22 Mei 2020, adalah tentang menyambut bulan Ramadhan dan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang sihat oleh CARiNG Pharmacy. Siaran langsung akan bermula pada pukul 10.30 pagi pada tarikh-tarikh tersebut.

Menurut Ian Ho, Pengarah Urusan Wilayah, Shopee, "Keputusan DoctorOnCall untuk memperluaskan penawaran perkhidmatan kesihatan yang mudah diakses kepada lebih ramai rakyat Malaysia terutamanya ketika saat sukar ini patut dipuji. Pada masa yang sama, dengan keupayaan teknologi dan pemasaran kami seperti Shopee Live, DoctorOnCall mampu membawa kandungan khas terpilih untuk penonton di rumah. Selain daripada itu, kami akan dapat mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kebersihan dan mengamalkan tabiat-tabiat sihat dalam bulan Ramadhan ini. Inilah yang diperlukan oleh masyarakat pada masa ini."

Tambahnya lagi "Kerjasama dengan DoctorOnCall mengukuhkan komitmen kami menyediakan akses, kemudahan dan nilai kepada mereka yang membeli belah di platform Shopee. Tambahan pula, apa yang penting ketika ini adalah memastikan produk dan perkhidmatan berkaitan kesihatan sentiasa ada dan boleh didapati oleh pengguna. Kami menantikan kerjasama lebih erat dengan penyedia perkhidmatan kesihatan digital utama negara ini, DoctorOnCall, di mana kita akan terus menawarkan pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia.

"Kami percaya DoctorOnCall merupakan platform perubatan pertama yang bekerjasama dengan platform e-dagang dan membolehkan pelanggan Shopee Malaysia menikmati akses kepada perkhidmatan kesihatan digital dengan lancar," kata Chiak Tang, Ketua Pegawai Operasi, DoctorOnCall.

"Sempena dengan kerjasama ini, kami juga akan melancarkan siri pendidikan kesihatan khas buat pengguna Shopee. Kami sebagai penyampai maklumat kesihatan utama di Malaysia amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Shopee dan rakan kongsi yang lain dalam memastikan inisiatif pendidikan kesihatan ini mencapai penonton yang lebih luas.

Untuk mengakses laman rasmi DoctorOnCall, pengguna Shopee boleh melayari pautan https://shopee.com.my/doctoroncall.os. Bagi mereka yang ingin mengikuti siri pendidikan dan kesedaran kesihatan di Shopee Live, anda boleh tonton sesi ini di aplikasi Shopee pada 8,15 dan 22 Mei, jam 10.30 pagi.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200506/2796008-1

HUBUNGI: Jacinta Vythilingam : +6012-314 5935, jacinta.vythilingam@doctoroncall.com.my

Sumber: DoctorOnCall

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.