ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  AMAZON MENGUMUMKAN LIMA PROJEK SOLAR BERSKALA UTILITI BAHARU UNTUK MENJANAKAN OPERASI GLOBAL DI CHINA, AUSTRALIA DAN AMERIKA SYARIKAT

Thursday 21/05/2020



Lima projek itu termasuk projek pertama tenaga boleh diperbaharui Amazon di China, kedua di Australia, kedua dan ketiga di Ohio, dan ke-12 di Komanwel Virginia, dengan gabungan 615 MW kapasiti tambahan yang boleh diperbaharui dan satu penjanaan tenaga 1.2 juta MWh yang dijangkakan setiap tahun, atau mencukupi untuk membekalkan tenaga kepada purata 113,000 rumah di Amerika Syarikat

Projek akan membekalkan tenaga boleh diperbaharui ke pusat-pusat pemenuhan dan pusat-pusat data AWS yang menyokong berjuta-juta pelanggan di seluruh dunia

Di peringkat global, Amazon mempunyai 91 projek tenaga boleh diperbaharui yang mempunyai kapasiti untuk menjanakan lebih 2,900 MW dan menyampaikan lebih daripada 7.6 juta MWh tenaga setiap tahun, seterusnya menyokong komitmen Ikrar Iklim Syarikat itu untuk memenuhi Perjanjian Paris 10 tahun lebih awal dan mencapai karbon sifar bersih menjelang tahun 2040

SEATTLE, 21 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Amazon (NASDAQ: AMZN) mengumumkan lima projek tenaga boleh diperbaharui yang baharu di China, Australia dan Amerika Syarikat yang seterusnya menyokong komitmen Amazon untuk mencapai 80% tenaga boleh diperbaharui menjelang tahun 2024 dan 100% tenaga boleh diperbaharui pada tahun 2030 (dan berpotensi seawal tahun 2025), serta mencapai karbon sifar bersih menjelang tahun 2040.

Projek tenaga boleh diperbaharui Amazon yang pertama di China adalah sebuah projek solar 100 megawatt (MW) di Shandong. Apabila siap nanti, projek itu dijangka dapat menghasilkan 128,000 megawatt jam (MWh) tenaga bersih setiap tahun.

Projek tenaga boleh diperbaharui kedua Amazon di Australia adalah sebuah projek solar 105 MW di New South Wales. Projek ini akan mempunyai kapasiti untuk menghasilkan 250,000 MWh tenaga bersih setiap tahun, yang cukup untuk memberikan tenaga bersamaan purata 40,000 rumah di Australia.

Projek tenaga boleh diperbaharui terbaharu Amazon di Amerika Syarikat termasuk dua projek baharu di Ohio, sebuah projek solar 200 MW dan sebuah projek solar 80 MW. Selain itu, sebuah projek solar 130 MW yang baharu di Virginia menjadikan jumlah keseluruhan projek tenaga boleh diperbaharui di Komanwel itu kepada 12. Apabila diaktifkan, ketiga-tiga projek yang berpusat di Amerika Syarikat ini mempunyai kapasiti untuk membekalkan kuasa kepada purata 69,000 rumah Amerika Syarikat setiap tahun.

Apabila siap nanti, lima projek tenaga boleh diperbaharui Amazon yang baharu itu yang mempunyai kapasiti yang dipasang 615 MW akan membekalkan kira-kira 1.2 juta MWh tenaga boleh diperbaharui tambahan kepada rangkaian pemenuhan syarikat itu dan pusat-pusat data Amazon Web Services (AWS), yang memberi kuasa kepada Amazon dan berjuta-juta pelanggan di seluruh dunia.

Setakat ini, Amazon telah mengumumkan 31 projek tenaga angin dan solar yang boleh diperbaharui yang berskala utiliti dan 60 ruftop solar di pusat-pusat pemenuhan dan pusat pengisaran di seluruh dunia. Bersama-sama, projek-projek ini yang mempunyai jumlah kapasiti lebih 2,900 MW akan menghasilkan lebih daripada 7.6 juta MWh tenaga boleh diperbaharui setiap tahun, cukup untuk membekalkan kuasa kepada 680,000 rumah di Amerika Syarikat.

“Sebagai penandatangan kepada Ikrar Iklim Itu, kami komited untuk memenuhi matlamat Perjanjian Paris 10 tahun lebih awal dan mencapai karbon sifar bersih merentasi seluruh Amazon menjelang tahun 2040,” kata Kara Hurst, Naib Presiden bagi Kelestarian, Amazon. “Lima projek tenaga boleh diperbaharui yang baharu ini adalah satu bahagian penting dalam halatuju kami untuk mencapai matlamat ini. Sebenarnya, kami yakin dapat mencapai 100% tenaga boleh diperbaharui menjelang tahun 2025, lima tahun lebih awal daripada matlamat yang kami umumkan pada musim luruh yang lalu. Walaupun perkara ini akan memberikan cabaran, kami mempunyai rancangan yang berwibawa untuk sampai ke sana.”

“Masa depan tenaga bagi Virginia adalah cerah. Melalui pelaburan di dalam tenaga bersih kami dapat mengurangkan pelepasan karbon dan mewujudkan peluang pekerjaan untuk membantu memacukan pembangunan ekonomi jangka panjang,” kata Senator Virginia Jennifer L. McClellan. “Pengumuman bagi projek solar Amazon yang baharu ini membantu Komanwel itu untuk memenuhi matlamat iklim kami dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi kami. Akta Ekonomi Bersih Virginia akan membantu mendorong lebih banyak pelaburan tenaga bersih seperti ini, untuk menjadikan Virginia sebagai sebuah hab kebangsaan untuk pekerjaan tenaga bersih.”

“Penciptaan peluang pekerjaan tenaga bersih adalah satu pemacu penting untuk pembangunan ekonomi jangka panjang di Komanwel itu,” kata Perwakilan Virginia Richard C. Sullivan Jr. “Saya gembira bahawa Amazon terus melabur di dalam masa depan tenaga bersih Virginia. Akta Ekonomi Bersih Virginia telah meletakkan kita kepada satu laluan untuk mencapai 100% tenaga bersih, dan syarikat-syarikat seperti Amazon sangat penting dalam membantu kita mencapai matlamat itu.”

Layari laman web kelestarian Amazon untuk maklumat dan metrik kelestarian yang berkongsi kemajuan yang dicapai syarikat itu dalam mencapai Ikrar Iklim Itu. Matlamat, komitmen, pelaburan, dan program yang dibina berdasarkan komitmen jangka panjang Amazon terhadap kelestarian melalui program inovatif yang sedia ada, termasuk Sifar Kiriman – visi Amazon untuk membuat semua kiriman karbon sifar bersih, dengan 50% karbon sifar bersih menjelang tahun 2030; inisiatif pembungkusan lestari seperti Pembungkusan Bebas Kekecewaan dan Penghantaran dalam Kontena Sendiri, yang telah mengurangkan sisa pembungkusan sebanyak 25% sejak tahun 2015; program tenaga boleh diperbaharui; pelaburan di dalam ekonomi pusingan dengan Dana Gelung Tertutup; dan pelbagai inisiatif lain yang berlaku setiap hari dan diterajui oleh pasukan-pasukan di seluruh Amazon.

Maklumat mengenai Amazon

Amazon dipandu oleh empat prinsip: obsesi pelanggan dan bukannya tumpuan pesaing, keghairahan untuk daya cipta, komitmen kepada kecemerlangan operasi, dan pemikiran jangka panjang. Ulasan pelanggan, membeli-belah 1-Klik, cadangan peribadi, Prime, Capai Keinginan oleh Amazon, AWS, Kindle Direct Publishing, Kindle, tablet Fire, Fire TV, Amazon Echo, dan Alexa adalah beberapa daripada produk dan perkhidmatan yang dipelopori oleh Amazon. Untuk maklumat lanjut, sila layari   www.amazon.com/about dan ikuti @AmazonNews.

Maklumat mengenai Amazon Web Services

Selama 14 tahun, Amazon Web Services telah menjadi platform awan yang paling komprehensif dan meluas digunakan di dunia. AWS menawarkan lebih daripada 175 perkhidmatan utama untuk mengira, menyimpan, pangkalan data, perangkaian, analisis, robotik, mesin pembelajaran dan kecerdasan buatan (AI), Internet Benda (IoT), mudah alih, keselamatan, hibrid, maya dan realiti terimbuh (VR dan AR), media, dan aplikasi pembangunan, penempatan, dan pengurusan dari 76 Zon Ketersediaan (AZ) di dalam 24 wilayah geografi, dengan rancangan yang diumumkan untuk sembilan lagi Zon Ketersediaan dan tiga lagi Wilayah AWS di Indonesia, Jepun dan Sepanyol. Berjuta-juta pelanggan — termasuk syarikat permulaan yang paling pesat berkembang, perusahaan terbesar, dan agensi kerajaan terkemuka — mempercayai AWS untuk menjanakan infrastruktur mereka, menjadi lebih tangkas, dan menurunkan kos. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai AWS, sila layari aws.amazon.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20200521005212/en/

Hubungi        
                          

Amazon.com, Inc.
Talian Khidmat Media
Amazon-pr@amazon.com
www.amazon.com/pr

Sumber : Amazon.com, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.