PIPOC 2007  
       
  LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOGUE  
       
  IKIM :THE ROLE OF ISLAMIC  
       
  KL OIC HEALTH  
       
  PERAK ROYAL EVENT  
       
  DEVELOPING 8 (D8) MINISTERS MEETING ON FOOD SECURITY  

 
 
 

Mei 28, 2020 -Khamis

 
  HARGAI JASA PENGHANTAR MAKANAN, GERAKAN BERI 1000 MAKANAN PERCUMA

Friday 22/05/2020



KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Demi menghargai jasa barisan petugas penghantar makanan, Parti Gerakan Rakyat Malaysia melaksanakan program menghantar makanan kepada penghantar makanan dalam satu aktiviti “A Love A Care For A Front Rider”. Program ini dilaksanakan dalam menghargai lebih 1000 penghantar makanan seluruh negara daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia berkata, sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, sebilangan rakyat terpaksa bertungkus-lumus dan bekerja keras tanpa mengira hujan dan panas. Biarpun dalam kesukaran melawan pandemik, mereka tetap keluar untuk menghantar makanan setiap hari demi memudahkan orang ramai dapat menikmati pelbagai hidangan dan membantu mengurangkan penularan pandemik.

Menerusi program “Menghargai Petugas Penghantar Makanan” ini, setiap pemimpin Parti Gerakan Rakyat Malaysia perlu membuat pesanan melalui aplikasi tempahan hidangan. Ketika penghantar makanan sampai, pemimpin akan menyerah semula pesanan makanan kepada penghantar makanan bersama kad penghargaan sebagai tanda terima kasih atas jasa mereka menghantar makanan.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata program “Menghargai Petugas Penghantar Makanan” ini adalah satu aktiviti luar biasa. Ini kerana semua orang terlupa bahawa petugas penghantar makanan adalah juga penting selain petugas kesihatan, polis dan tentera. Penghantar makanan juga sebahagian daripada petugas barisan hadapan. Parti Gerakan Rakyat Malaysia berharap menerusi aktiviti ini, sumbangan mereka sebagai penghantar makanan juga dihargai.

Oleh kerana semakin ramai yang menceburi perkhidmatan penghantaran makanan, beliau menyeru kerajaan agar mempertimbangkan saranan yang sesuai untuk mereka, termasuklah melindungi dan memelihara kebajikan penghantar makanan.

Beliau menyeru semua rakyat terus bersatu memerangi wabak Covid-19. 

Sumber: Parti Gerakan Rakyat Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Pegawai Media Parti Gerakan Rakyat Malaysia
Nama: Cik Faridah
Tel: +6016-7126577

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2020 MREM . All rights reserved.