ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  BLUE OCEAN ROBOTICS DIIKTIRAF DENGAN ANUGERAH KEPIMPINAN PRODUK ROBOT 2020 UNTUK ROBOT UVD YANG MEMBUNUH VIRUS

Wednesday 27/05/2020



The self-driving disinfecting UVD Robots have been rolled out to more than 50 countries worldwide, to date, with great success. "Before we received the UVD robot, six doctors at our hospital in Sardinia had been infected with coronavirus," says Christiano Huscher, chief surgeon at Gruppo Poloclinico Abano, which operates a number of private hospitals in Italy and recently began using UVD robots. ¨Since we started using the robots two months ago to disinfect, we haven't had a single case of COVID-19 among doctors, nurses or patients." (Photo: Business Wire)
Robot UVD nyahjangkit yang pandu sendiri telah dilancarkan ke lebih 50 buah negara di seluruh dunia, sehingga kini, dengan mencapai kejayaan besar. “Sebelum kami menerima robot UVD itu, enam orang doktor di hospital kami di Sardinia telah dijangkiti dengan koronavirus,” kata Christiano Huscher, ketua pakar bedah di Gruppo Poloclinico Abano, yang mengendalikan sejumlah hospital swasta di Itali dan baru-baru ini mula menggunakan robot UVD. “Sejak kami mula menggunakan robot itu dua bulan yang lalu untuk nyahjangkit, kami tidak mempunyai satu kes COVID-19 pun di kalangan doktor, jururawat atau pesakit.” (Foto: Business Wire)
 

“Anugerah Amalan Terbaik” Frost & Sullivan Mengiktiraf Impak bagi Robot UVD Syarikat di dalam Pembasmian Kuman Terhadap Virus seperti COVID-19 serta Robot Perkhidmatan Lain Syarikat; Robot GoBe dan Robot PTR

ODENSE, Denmark, 27 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Blue Ocean Robotics mengumumkan bahawa ia telah dipilih oleh Frost & Sullivan untuk Anugerah “Kepemimpinan Produk Robot Perkhidmatan Profesional Eropah 2020” Amalan Terbaik mereka. Pengiktirafan itu telah diperolehi terutamanya berdasarkan kepada usaha syarikat itu dengan anak syarikat UVD Robots, yang menggabungkan teknologi robot berautonomi dengan sinar ultra unggu untuk nyahjangkit terhadap virus seperti COVID-19.

Sebuah anak syarikat Blue Ocean Robotics, penyelesaian berinovatif UVD Robots yang berpangkalan di Denmark telah terbukti dapat menghapuskan patogen dalam masa 10-15 minit di sebuah bilik pesakit. Robot nyahjangkit pandu sendiri syarikat itu telah dilancarkan ke lebih daripada 50 buah negara di seluruh dunia, sehingga kini.

“Pengiktirafan oleh Frost & Sullivan dengan sebuah ‘Anugerah Amalan Terbaik’ memberi penghormatan kepada hati, semangat dan dorongan yang kami dedikasikan untuk menciptakan inovasi, pembangunan dan kejayaan komersial,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Blue Ocean Robotics Claus Risager. “Kami sangat berbangga kerana dapat mengembangkan robot yang bukan hanya membantu menyelesaikan masalah dunia, tetapi juga merupakan pelaburan yang kukuh dan menguntungkan bagi pemilik kami.”

Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan telah diberikan kepada syarikat yang menggalakkan pertumbuhan yang signifikan di dalam industri mereka, telah mengenal pasti trend yang baru muncul sebelum ia menjadi standard di tempat pasaran, dan telah mencipta teknologi termaju untuk memangkin dan mengubah industri.

“Produk kemegahan Blue Ocean Robotics, UVD Robots, terutamanya membolehkan hospital-hospital untuk mengurangkan penularan penyakit dengan membunuh 99.99 peratus bakteria dan mikroorganisma,” kata Rohit Karthikeyan, Pengurus Industri dengan Frost & Sullivan. “Ini adalah robot bergerak berautonomi yang pertama dan satu-satunya  yang nyahjangkit pelbagai permukaan dengan menggunakan sinar UV-C, memberikannya utiliti unggul berbanding dengan penyelesaian pesaing. Uniknya, robot UVD dapat dikendalikan dengan mudah dengan menggunakan sebuah tablet.”

Maklumat mengenai Blue Ocean Robotics

Blue Ocean Robotics membangun, menghasil dan menjual robot perkhidmatan profesional di dalam penjagaan kesihatan, perhotelan, pembinaan, pertanian, dan pasaran global yang lain. Portfolio bagi robot itu merangkumi jenama; UVD Robots, sebuah robot bergerak untuk nyahjangkit; GoBe Robots, sebuah robot yang menggunakan teknologi realiti maya untuk berkomunikasi; dan PTR Robots, sebuah robot bergerak untuk pengendalian dan pemulihan pesakit secara selamat. Setiap robot ditempatkan di syarikat usaha niaga anak syarikatnya sendiri, menjadikan Blue Ocean Robotics sebagai Kilang Usaha Niaga Robot yang pertama di dunia.

Muat turun kit media di sini.

Galeri Foto/Multimedia Tersedia: https://www.businesswire.com/news/home/52225159/en

Hubungi

Merima Cikotic
Blue Ocean Robotics
+45 71-99-56-06
mc@blue-ocean-robotics.com

Sumber : Blue Ocean Robotics

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.