ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  MARY KAY MENDEDAHKAN PENYELIDIKAN BERINOVATIF SEMASA PROGRAM MAYA SKIN OF COLOR SOCIETY

Wednesday 27/05/2020



Table
Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Saintifik Mary Kay (Foto: Mary Kay Inc.)


DALLAS, 27 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebuah pemimpin di dalam inovasi penjagaan kulit selama lebih 56 tahun, meneruskan sokongan mereka yang berterusan terhadap komuniti kecantikan dan saintifik dengan menyampaikan penemuan semasa Program Maya Simposium Skin of Color Society 2020.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/52225611/en

Dr. Cristi Gomez, Pengarah, Keselamatan Produk & Toksikologi Alam Sekitar, mendedahkan penyelidikan baharu mengenai sains di sebalik LumiVie, satu serum intensif oleh Mary Kay yang mencerahkan, memberi tenaga dan melembapkan kulit. Ketika pembandaran meningkat di peringkat global, kesan pencemaran pada kulit semakin membimbangkan. Pendedahan kronik kepada pencemaran udara telah berkorelasi dengan penuaan yang dapat dilihat — khususnya, perkembangan bintik-bintik pigmen. Penyelidik di Mary Kay telah membangunkan satu formulasi penjagaan kulit yang mengandungi ekstrak botani dan vitamin B3 dan C yang kedua-duanya sesuai untuk kulit sensitif dan berkesan bagi mengatasi masalah pigmen kulit. Ia juga memperlihatkan peningkatan di dalam kesekataan, keserian dan tekstur warna kulit.

“Pasukan kami berdedikasi untuk melakukan penyelidikan dan membangunkan penyelesaian yang berinovatif untuk menangani masalah kulit yang lazim yang mempengaruhi wanita dan keyakinan diri mereka,” kata Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Saintifik di Mary Kay. “Pada tahun 2020, Penyelidikan & Pembangunan Mary Kay akan terus berkongsi penemuan berinovatif terbaharu dengan komuniti ilmiah secara meluas.”

Program Maya Skin of Color Society adalah acara terbaru yang disertai oleh Mary Kay dengan komuniti saintifik dan akademik yang memperkuatkan komitmen yang berpanjangan bagi jenama itu untuk memajukan penyelidikan dan pembangunan kesihatan kulit. Setiap tahun, Mary Kay menjalankan beratus ribu ujian saintifik mengenai produk dan bahan untuk memastikan standard keselamatan, kualiti dan prestasi paling tinggi. Mary Kay memiliki lebih daripada 1,500 paten bagi produk, teknologi dan reka bentuk pembungkusan di dalam portfolio global mereka. Pada tahun 2018, syarikat itu telah mengumumkan pembukaan sebuah kemudahan pembuatan dan R&D yang serba canggih yang menelan belanja lebih $100 juta di Lewisville, Texas

Maklumat mengenai Mary Kay

Satu daripada pemecah glass ceiling yang asal atau yang merujuk kepada kesukaran kaum wanita untuk naik pangkat ke peringkat lebih tinggi, Mary Kay Ash telah mengasaskan syarikat kecantikan beliau lebih 56 tahun yang lalu dengan tiga matlamat: membangunkan peluang-peluang yang berbaloi untuk kaum wanita, menawarkan produk-produk yang sangat menarik dan menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih baik. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat bernilai berbilion dolar dengan berjuta-juta anggota tenaga jualan bebas di hampir 40 buah negara. Mary Kay berdedikasi untuk melabur di dalam sains di sebalik kecantikan dan untuk menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, makanan tambahan dan wangi-wangian yang berinovatif. Mary Kay komited untuk memperkasakan wanita dan keluarga mereka dengan bekerjasama dengan organisasi dari seluruh dunia, memberi tumpuan kepada penyelidikan kanser, melindungi mangsa yang selamat daripada penderaan domestik, mencantikkan masyarakat kita, dan menggalakkan anak-anak untuk mengejar impian mereka. Visi asal Mary Kay Ash terus bersinar—selangkah demi selangkah. Maklumat lanjut di MaryKay.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/52225611/en

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber : Mary Kay Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.