ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  OPPLE BERPADU TENAGA DENGAN 4 JENAMA KELENGKAPAN RUMAH YANG LAIN UNTUK MEWUJUDKAN PERIKATAN GLOBAL BAGI JENAMA UTAMA CHINA (GACTB), BERTUJUAN UNTUK MENEMBUSI SALURAN JUALAN LUAR NEGARA

Wednesday 24/06/2020



Table

Penubuhan bagi Perikatan Global bagi Jenama Utama China (Grafik: Business Wire)


SHANGHAI, 24 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada 18 Jun 2020, Perikatan Global bagi Jenama Utama China (GACTB) yang pertama  telah diasaskan bersama oleh OPPLE, Dongpeng, Micoe, Robam dan Holike. Lima syarikat terkemuka itu di dalam Industri Kelengkapan Rumah telah menandatangani perjanjian kerjasama itu melalui satu majlis penandatanganan awan ekoran pandemik Covid-19. GACTB komited untuk menyediakan kepada pengguna global dengan satu penyelesaian sehenti bagi perkhidmatan kelengkapan rumah yang berkualiti tinggi.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20200623005619/en/

Untuk memperluaskan saluran jualan melalui perikatan penjenamaan

Apabila cara kehidupan dan bekerja secara beransur-ansur kembali normal ketika pandemik Covid-19 itu dapat dikawal di peringkat global, pemilik rumah di luar negara akan memberi perhatian kepada satu gaya hidup yang sihat. Dalam hubungan ini, reputasi jenama dan kualiti produk akan menjadi pertimbangan utama di dalam proses mereka membuat keputusan. GACTB akan mendukung nilai-nilai Penjenamaan, Masyarakat, Pelanggan dan Ahli-ahli, memperkasakan saluran-saluran jualan di luar negara dengan berkongsi sumber pelanggan, dan meningkatkan kerjasama dalam membangunkan pasaran baharu, membida projek, mengoptimumkan sistem pengedaran dan mempromosikan jenama berdasarkan kepada satu dasar kemenangan bagi semua pihak.

Untuk meningkatkan kesedaran jenama di pasaran global melalui sinergi yang lancar

Memandangkan setiap ahli GACTB gah dengan penguasaan pasaran yang terkemuka, reputasi tinggi dan premium jenama di sektor mereka masing-masing, GACTB akan meningkatkan lagi pengaruh jenama. Lebih-lebih lagi, setiap ahli mempunyai keupayaan penyelidikan & pembangunan (R&D) persendirian yang mantap untuk mewujudkan produk hijau bagi pembangunan lestari.

“China adalah sebuah pemimpin global di dalam industri lampu. Kami ingin bekerjasama dengan ahli-ahli GACTB dan mengubah produktiviti China yang mantap kepada pengaruh jenama global, menawarkan pengguna di seluruh dunia dengan produk yang lebih baik pada harga yang lebih rendah,” kata Jin Xin, Pengurus Besar bagi Unit Perniagaan Antarabangsa, OPPLE Lighting.

Maklumat mengenai OPPLE

Ditubuhkan pada tahun 1996, OPPLE telah terlibat di dalam R&D, pengeluaran, pengedaran dan perkhidmatan selepas jualan bagi sumber lampu, lekapan dan kawalan lampu, beroperasi di lebih 70 buah negara dan wilayah di Asia Pasifik, Eropah, Timur Tengah dan Afrika Selatan. OPPLE sentiasa memperluaskan rangkaian produk mereka kepada suis artistik, kelengkapan rumah bersepadu, peralatan dan aksesori dapur dan bilik mandi, dengan satu matlamat untuk menjadi sebuah penyedia terkemuka industri bagi sistem lampu dan penyelesaian keseluruhan kediaman yang bersepadu. Ia kini mempunyai lebih 100,000 peruncit jualan bagi pelbagai jenis. OPPLE menjadi sebuah syarikat tersenarai pada tahun 2016.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200623005619/en/

Hubungi

OPPLE Lighting
Jenny Qian, +86 21 38550000
Globalservice@opple.com

Sumber : OPPLE

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.