ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  PEMETERAIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DI ANTARA INVEST SELANGOR BERHAD DAN MALAYSIA AEROSPACE INDUSTRY ASSOCIATION (MAIA) BAGI MEMPERKASAKAN INDUSTRI AEROANGKASA DI SELANGOR

Friday 26/06/2020



SHAH ALAM, 26 Jun (Bernama) -- Satu memorandum persefahaman (MoU) di antara Invest Selangor Berhad dan Malaysia Aerospace Industry Association (MAIA) telah ditandatangani hari ini bertujuan bagi menyokong penuh pembangunan industri aeroangkasa di Negeri Selangor terutamanya syarikat-syarikat yang berdaftar sebagai ahli MAIA.
 
MAIA merupakan organisasi bukan kerajaan yang berperanan menyokong dan mewakili suara pemain industri aeroangkasa di Malaysia. Peranan utama MAIA adalah membantu National Aerospace Industry Coordinating Office (NAICO) dalam perlaksanaan Malaysia Aerospace Industry Blueprint 2030. MAIA kini memiliki seramai 82 syarikat yang berdaftar sebagai ahli yang mana sebanyak 45 syarikat beroperasi di Selangor yang melibatkan pelbagai segmentasi aktiviti perniagaan.

Objektif utama (MoU) ini adalah bertujuan bagi menyokong usaha pembangunan industri aeroangkasa terutamanya syarikat-syarikat yang berdaftar sebagai ahli MAIA dan syarikat-syarikat yang beroperasi di Selangor. Diantara objektif lain di dalam perjanjian persefahaman ini adalah:
• Kerjasama bagi aktiviti pemasaran dan promosi melalui misi penggalakkan pelaburan ke luar negara dan penyertaan didalam pameran domestik dan antarabangsa.
• Kerjasama bagi pembangunan ekosistem dan rantaian bekalan industri melalui program-program strategik.
• Kerjasama didalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja.
• Kerjasama didalam pembangunan insentif dan geran bagi tujuan pengembangan pelaburan dan penyelidikan.
• Kerjasama didalam perkongsian maklumat dan trend industri aeroangkasa, selaras dengan pembangunan Pelan Tindakan Hala Tuju Khusus Aeroangkasa Selangor 2020-2030.
 
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) ini adalah diantara Y.Bhg. Dato’ Hasan Azhari Hj Idris, Ketua Pegawai Eksekutif, Invest Selangor dan Y.Bhg. Tuan Naguib Mohd Nor, President, Malaysia Aerospace Industry Association (MAIA), dan disaksikan oleh Y.A.B Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato Menteri Besar Selangor dan Y.B Dato’ Teng Chang Khim, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Negeri Selangor. 

Majlis Menandatangani memorandum ini diadakan bersempena Mesyuarat Majlis Aeroangkasa Selangor Bilangan 1 bagi sesi tahun 2020 bertempat di Bilik Gerakan Negeri Tingkat 22, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor yang telah dipengerusikan oleh Y.A.B Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato Menteri Besar Selangor.
 
Sebagai makluman, pihak Kerajaan Negeri Selangor, menerusi Invest Selangor Berhad, telah mengambil inisiatif menubuhkan Majlis Aeroangkasa Selangor pada tahun 2016, yang berperanan dalam merangka strategi serta kaedah terbaik untuk mempertingkatkan dan menambah baik ekosistem industri aeroangkasa  di Negeri Selangor.  Ahli Majlis Aeroangkasa Selangor ini merupakan wakil-wakil agensi kerajaan persekutuan dan negeri, serta wakil-wakil dari industri aeroangkasa. Invest Selangor, melalui divisyen khusus aeroangkasa, Divisyen Selangor Darul Ehsan Aerospace Industry Coordination Office (S-DAICO) adalah merupakan sekretariat bagi Majlis Aeroangkasa Selangor.
 
Mesyuarat ini juga diadakan bertujuan untuk membincangkan perkembangan semasa pembangunan dan projek industri aeroangkasa negeri Selangor serta mendapatkan maklumbalas isu - isu semasa pasca Covid-19 yang dilihat antara industri yang terkesan akibat pandemik ini. 

Latarbelakang Invest Selangor
Invest Selangor Berhad selaku sebuah agensi milik penuh Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab sebagai pemudah cara dalam urusan berkaitan pelaburan di dalam negeri Selangor bagi pelaburan sedia ada dan yang berpotensi.

Latarbelakang Selangor Darul Ehsan Aerospace Industry Coordination Office (S-DAICO)
Selangor Darul Ehsan Aerospace Industry Coordination Office (S-DAICO) merupakan satu divisyen khas di bawah Invest Selangor Berhad yang berperanan sebagai pelaksana dan penyelaras cadangan projek-projek pembangunan aeroangkasa di bawah perancangan Pelan Tindakan Hala Tuju Khusus Aeroangkasa Selangor 2020-2030. 
 
Disediakan oleh:
Jabatan Komunikasi Korporat
Invest Selangor Berhad
26 Jun 2020

Sumber: Invest Selangor Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI INVEST SELANGOR BERHAD, SILA HUBUNGI:
Invest Selangor Berhad
Jabatan Komunikasi Korporat
Tel: 03-5510 2005 

Nama: Encik Ahmad Khairo bin Othman 
E-mel: khairo@investselangor.my 

Nama: Puan Maryani bt Mat Saad
E-mel: maryani@investselangor.my   

UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PROGRAM INI DAN S-DAICO, SILA HUBUNGI:
Invest Selangor Berhad, Selangor Darul Ehsan Aerospace Industry Coordination Office (S-DAICO)
Tel: 03-55102005 

Nama: En. Jamie Haniff Ramlee 
E-mel: jamie@investselangor.my

Nama: Cik Nurliyana Mohd Kamil
E-mel: liyana@investselangor.my  

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.