ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  BANK ISLAM TURUNKAN KADAR ASAS DAN KADAR PEMBIAYAAN ASAS BERKUAT KUASA 10 JULAI 2020

Wednesday 08/07/2020



KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Berhad (“Bank Islam”) menyemak semula Kadar Asas (“BR”) sebanyak 25 mata asas, iaitu daripada 2.77% kepada 2.52%, sementara Kadar Pembiayaan Asas (“BFR”) disemak semula daripada 5.72% kepada 5.47%.

Pada masa yang sama, kadar deposit juga akan diselaraskan ke bawah sebanyak 25 mata asas. Semua perubahan kadar akan berkuat kuasa 10 Julai 2020. Keputusan ini adalah sejajar dengan langkah penurunan Kadar Dasar Semalaman (“OPR”) sebanyak 25 mata asas oleh Bank Negara Malaysia iaitu daripada 2.00% kepada 1.75%.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, “Semakan semula kadar tersebut adalah tepat pada masanya memandangkan tempoh moratorium akan berakhir. Kami menjangkakan langkah ini akan mengurangkan kesan pascamoratorium yang dialami sebahagian besar pelanggan kami, iaitu dengan meringankan komitmen bayaran ansuran bulanan mereka. Bank Islam sentiasa memberi penekanan dalam memastikan keperluan kewangan pelanggan diberi perhatian, terutamanya dalam mengharungi persekitaran semasa yang mencabar. Bank ini juga menyediakan khidmat rundingan berkenaan pengaturan pembayaran pembiayaan kepada pelanggan yang terjejas teruk oleh wabak COVID-19.”

"Bank Islam komited untuk terus menawarkan pelbagai penyelesaian kewangan yang memenuhi kehendak dan jangkaan pelanggan. Bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik, Bank Islam akan terus mendukung prinsip kemampanan perniagaannya dengan memanfaatkan kemajuan teknologi dan inovasi," tambah Mohd Muazzam.

Semakan terakhir BR Bank Islam telah dilaksanakan pada 12 Mei 2020, iaitu daripada 3.27% kepada 2.77%, manakala BFR diturunkan daripada 6.22% kepada 5.72%.

Untuk mendapatkan khidmat rundingan, pelanggan dinasihatkan mengunjungi cawangan Bank Islam berhampiran atau hubungi Pusat Panggilan Bank Islam talian di 03 2690 0900

Mengenai Bank Islam Malaysia Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad, anak syarikat kepada BIMB Holdings Berhad, ditubuhkan pada 1983 sebagai bank Islam pertama di Malaysia. Sehingga kini, Bank Islam mempunyai 144 cawangan dan lebih daripada 900 terminal layan diri di seluruh negara. Bagi memenuhi keperluan kewangan masyarakat Malaysia umumnya, Bank Islam menawarkan lebih daripada 70 produk dan perkhidmatan perbankan berlandaskan Syariah untuk memenuhi keperluan penganut agama Islam dan bukan Islam. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Bank Islam, sila lawati www.bankislam.com atau hubungi Pusat Panggilan Bank Islam di talian 03-26 900 900.

SUMBER: BIMB Holdings Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama: Wan Norkhairi Wan Samad
Ketua, Komunikasi Korporat Kumpulan
Tel: 03-2782 1232 / 019-339 4491
Faks: 03-2781 2998
Emel: wnorkhairi@bankislam.com.my
Web: www.bankislam.com

Nama: Omar Atin
Penolong Timbalan Presiden
Perhubungan Awam
Komunikasi Korporat Kumpulan
Tel: 03-2781 2943 / 019-391 9144
Faks: 03-2781 2998
Emel: omar@bimbholdings.com
Web: www.bimbholdings.com

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.