ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 16, 2024 -Selasa

 
  BIA SEPARATIONS MENANDATANGANI DUA PERJANJIAN PENGEDARAN BAHARU MEMPERLUASKAN LIPUTAN DI ASIA PASIFIK

Friday 10/07/2020



· GeneX India Biosciences mengambil alih aktiviti pengedaran tunggal di India
·  IT Technologies akan beroperasi di Singapura dan Malaysia

AJDOVŠČINA, Slovenia, 10 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- BIA Separations, sebuah syarikat pengembangan dan pembuatan bio-kromatografi terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani perjanjian dengan syarikat-syarikat Bioscience, GeneX India Biosciences Pvt. Ltd. (GeneX India) dan IT Technologies Pte. Ltd. (IT Tech). Kedua-dua Syarikat akan bertindak sebagai pengedar tunggal bagi produk dan perkhidmatan BIA Separations merentasi wilayah mereka masing-masing di India, dan Singapura dan Malaysia.

BIA Separations menyediakan perkhidmatan penyelidikan dan pengembangan kaedah bagi penulenan biomolekul besar dan kompleks termasuk yang mempunyai penggunaan terapeutik. Melalui perjanjian tersebut, kedua-dua pengedar akan memberi akses kepada penyelidik akademik, CMO dan syarikat-syarikat biofarmaseutikal kepada proprietari teknologi analitikal CIMac™ dan  penulenan persediaan CIMmultus™ BIA Separations bagi terapi sel dan gen, termasuk vektor virus, asid nukleik, faj, dan eksosom.

Ingo S. Nagler, Pegawai Pembangunan Perniagaan, BIA Separations membuat komen:Kami gembira kerana GeneX India dan IT Tech menyertai pasukan kami dan berharap dapat bersama-sama menyediakan kepada penyelidik dan pemaju proses di seluruh Asia dengan teknologi dan perkhidmatan pemprosesan bio kami yang canggih, untuk membolehkan pengembangan yang dipercepatkan bagi ubat-ubatan berasaskan sel dan gen.”

Felix Paul, Pengarah Urusan GeneX India Biosciences menambah: “GeneX komited untuk membawa produk berkualiti paling tinggi ke pasaran, dengan perkhidmatan dan sokongan pelanggan tempatan yang berdedikasi. Perjanjian dengan BIA Separations itu menyokong misi ini, dan kami sangat berbangga dapat bekerjasama dengan pasukan itu untuk memastikan teknologi dan kepakaran penulenan terkemuka mereka tersedia kepada pelanggan penyelidikan dan biopengeluaran di seluruh India.”

Danapalan Arumugam, Pengarah Urusan di IT Tech berkata: “IT Tech telah beroperasi di Singapura dan Malaysia sejak tahun 1991, dengan menyokong pelanggan di dalam bidang kromatografi merentasi farmaseutikal, makanan, bahan kimia, perisa dan wangi-wangian, hingga kepada petroleum. Terapi sel dan gen masih di peringkat awal di sini, dan oleh itu ini adalah satu masa yang mengujakan untuk menandatangani satu perkongsian dengan BIA Separations, yang membolehkan kami untuk menawarkan produk dan perkhidmatan Syarikat itu merentasi penyelidikan di dalam bidang yang berpotensi tinggi ini.”
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200708005380/en/

Hubungi

Hubungan Media
Sarah Jeffery
E-mel: sarah.jeffery@zymecommunications.com
Telefon: +44 (0)7771 730 919

Sumber : BIA Separations

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.