ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  BIOTALYS MELANTIK WIM OTTEVAERE SEBAGAI KETUA PEGAWAI KEWANGAN SEBAGAI PERSEDIAAN UNTUK PERTUMBUHAN GLOBAL

Friday 10/07/2020



Mengukuhkan Pasukan Pengurusan Eksekutif dengan kepimpinan kewangan antarabangsa


GHENT, Belgium dan RESEARCH TRIANGLE PARK, N.C., 10 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Biotalys NV, syarikat perlindungan makanan dan tanaman transformatif, hari ini mengumumkan pelantikan Wim Ottevaere sebagai Ketua Pegawai Kewangan. Wim menyertai Pasukan Pengurusan Eksekutif dan akan berpangkalan di Ghent. Beliau akan menyediakan kepimpinan kewangan strategik dan akan berfokus pada menyokong organisasi ke arah acara pembiayaan seterusnya.

Wim membawa bersama beliau lebih daripada 40 tahun pengalaman dalam peranan kewangan strategik, mengumpulkan hampir €1bilion untuk berbilang syarikat bioteknologi merentasi berbilang pasaran. Beliau berjaya membawa syarikat persendirian kepada pasaran awam di Eropah (Euronext) dan A.S. (Nasdaq) serta mempunyai rangkaian pelabur dan institusi kewangan yang luas dan global.

Selain peranan baharu beliau di Biotalys, Wim akan terus bertindak sebagai pengarah bukan eksekutif untuk beberapa syarikat bioteknologi. Sebelum menyertai Biotalys, sehingga September 2018, beliau merupakan Ketua Pegawai Kewangan Ablynx, syarikat bioteknologi Belgium terkemuka yang disenaraikan di Euronext Brussels dan Nasdaq sehingga pemerolehannya oleh Sanofi pada Jun 2018 untuk €3.9 bilion. Sebelum itu, beliau merupakan Ketua Pegawai Kewangan Innogenetics (sekarang Fujirebio Europe), sebuah syarikat bioteknologi yang disenaraikan di Euronext Brussels pada masa itu. Wim pernah memegang pelbagai jawatan dalam bidang kewangan dan pentadbiran sebelum menyertai Innogenetics. Wim memiliki ijazah Sarjana dalam Ekonomi Perniagaan daripada University of Antwerp, Belgium.

“Sementara kami bersedia untuk membawa biofungisid pertama kami ke pasaran pada tahun 2022, Wim Ottevaere melengkapkan pasukan eksekutif kami dan menyediakan kepakaran kewangan yang diperlukan Biotalys untuk menyokong pertumbuhan kami. Saya menanti-nantikan input strategik beliau sementara kami membina masa hadapan Biotalys untuk melindungi tanaman dan makanan di seluruh dunia,” komen Patrice Sellès, CEO Biotalys.

Wim Ottevaere, CFO Biotalys, menambah, “Biotalys mempunyai platform teknologi yang berpotensi dan barisan produk yang luas merentasi keseluruhan spektrum penyakit dan perlindungan tanaman. Menyertai Biotalys pada waktu yang menarik ini dalam perjalanan pertumbuhan korporatnya, saya menanti-nantikan untuk bekerja dengan pasukan eksekutif yang selebihnya untuk membantu Biotalys menavigasi perjalanan ke fasa seterusnya sebagai pemain komersial antarabangsa.”

Perihal Biotalys
Biotalys merupakan syarikat perlindungan makanan dan tanaman berkembang pesat dan transformatif yang membangunkan penyelesaian biokawalan berdasarkan protein generasi baharu, membentuk masa hadapan bekalan makanan yang mampan dan selamat.

Berdasarkan platform teknologi perintisnya, Biotalys berkenaan telah membangunkan rangkaian luas bagi produk yang berkesan dan selamat yang menangani perosak tanaman dan penyakit utama merentasi keseluruhan rantaian nilai, daripada tanah sehinggalah dihidangkan. Menggabungkan ciri-ciri berprestasi tinggi dan kekonsistenan bahan kimia dengan profil keselamatan bersih bahan biologi, Biotalys menyediakan agen perlindungan tanaman ideal untuk penggunaan sebelum dan selepas penuaian. Biofungisid utama Biotalys, BioFun-1, telah mempamerkan keberkesanan yang konsisten dan tinggi terhadap perosak utama, seperti Botrytis cinerea dan rabuk berserbuk, dalam percubaan lapangan buah dan sayuran global. Syarikat sedang berada pada landasan untuk menyerahkan dosier pendaftaran lewat tahun 2020 dan dijangka akan melancarkan BioFun-1 di A.S. pada tahun 2022, diikuti dengan pengenalan pasaran global.

Biotalys ditubuhkan pada tahun 2013, sebagai sampingan daripada VIB (Institut Flanders untuk Bioteknologi) dan telah mengumpul €61 juta ($66 juta) setakat ini daripada pelabur antarabangsa pakar. Syarikat berpangkalan di kelompok bioteknologi di Ghent, Belgium. Maklumat lanjut boleh ditemui pada www.biotalys.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
 
Marieke Vermeersch
Perunding Komunikasi Korporat Biotalys
T: +32 (0)479 490 603
E: marieke.vermeersch@biotalys.com
 
Erica Camilo
Connexa Communications untuk Biotalys
T: +1 (610) 639 5644
E: erica@connexacommunications.com 

SUMBER : Biotalys

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.