ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  AWAS SINDIKET PENIPUAN BAYARAN CUKAI JUALAN DAN PERKHIDMATAN (SST) MENGGUNAKAN NAMA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM)

Monday 13/07/2020



KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mengesan sindiket penipuan yang bergerak aktif dengan mengarahkan mangsa membuat bayaran tertunggak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) melalui surat palsu yang menggunakan nama dan logo LHDNM bagi memperdayakan orang ramai. 
 
Surat palsu tersebut mengandungi butiran peribadi mangsa termasuk maklumat perbankan dan amaun cukai tertunggak yang perlu dibayar serta turut dilengkapi dengan tandatangan palsu pegawai LHDNM. Mangsa bagaimanapun boleh mengenalpasti surat palsu ini dengan mudah kerana perihal SST adalah dikendalikan oleh agensi lain dan bukannya di bawah kendalian LHDNM.  
 
Contoh surat palsu yang dialamatkan kepada mangsa adalah seperti berikut:- 

sila klik di sini

LHDNM memandang serius terhadap perkara ini dan orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan setiap panggilan, e-mel mahupun surat yang meragukan dengan mendapatkan pengesahan daripada LHDNM terlebih dahulu. Sebarang bayaran cukai juga hendaklah dibuat terus ke akaun LHDNM dan bukannya melalui akaun peribadi individu mahupun pihak ketiga.
 
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my. Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini juga boleh diajukan kepada LHDNM melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-89111100 (Luar Negara);

b) HASiL Live Chat;

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan

d) Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu;

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Tarikh: 11 Julai 2020


SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel : 03-8313 8888 samb. 21658/21666/21695/21674/21663
Faks : 03-8313 7873
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.