ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 23, 2024 -Selasa

 
  MEMBETULKAN DAN MENGGANTIKAN PERKHIDMATAN TINDAK BALAS INSIDEN KESELAMATAN SIBER SANGFOR: BERSIAP SEDIA UNTUK APA SAHAJA!

Monday 13/07/2020



HONG KONG, 13 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perenggan kedua, ayat pertama bagi siaran media bertarikh 6 Julai, 2020, telah dikemas kini untuk memasukkan satu pautan sumber dan harus dibaca: Menjelang tahun 2021, setiap organisasi baharu akan mengalami serangan perisian tebusan setiap 11 saat, demikian menurut Cybersecurity Ventures.

Siaran media yang diperbetulkan harus dibaca:

PERKHIDMATAN TINDAK BALAS INSIDEN KESELAMATAN SIBER SANGFOR: BERSIAP SEDIA UNTUK APA SAHAJA!

Sangfor Technologies, merupakan vendor terkemuka bagi keselamatan jaringan di rantau APAC, dengan rasa bangga ingin mengumumkan pelancaran perkhidmatan Tindak Balas Insiden (IR), bagi memenuhi keunikan dan pelbagai keperluan organisasi kecil & sederhana di pasaran Asia.
 
Menjelang tahun 2021, setiap organisasi baharu akan mengalami serangan perisian tebusan setiap 11 saat, demikian menurut Cybersecurity Ventures. Perniagaan kecil menjadi sasaran utama bagi perisian tebusan dengan purata kos serangan sekarang melebihi $40,000. Oleh itu, satu tindak balas keselamatan yang baharu diperlukan untuk  keselamatan menyeluruh bagi semua. Kebiasaannya, perkhidmatan keselamatan hanya mampu dimiliki organisasi besar dengan kos yang sangat tinggi, kini sekatan ini sekarang tidak lagi wujud!
 
“Kami sangat teruja untuk menawarkan perkhidmatan keselamatan baharu ini kepada pelanggan kami. Perkhidmatan keselamatan sebelum ini adalah sesuatu yang eksklusif untuk perusahaan besar. Walau bagaimanapun, kami percaya bahawa setiap organisasi tidak hanya harus dilindungi oleh peranti keselamatan jaringan, tetapi juga perkhidmatan keselamatan, yang memberi inspirasi kepada Sangfor untuk membangunkan perkhidmatan Tindak Balas Insiden mereka,” kata Kaden Zhang, Presiden bagi Jabatan Antarabangsa Sangfor. “Mempunyai sebuah pasukan pakar keselamatan dalaman yang lengkap adalah mahal, dan dengan perkhidmatan baharu yang menjimatkan kos ini, pelanggan dapat menikmati perlindungan peringkat tinggi sebelum, semasa dan selepas sesuatu serangan.”

Kelebihan bagi Tindak Balas Insiden Sangfor:
 
1. Penemuan bagi Permukaan Serangan Ancaman Luaran
Penilaian kerentanan luaran dapat mensimulasikan bagaimana  penyerang melakukan pengintipan dan mengumpulkan maklumat bagi mengenal pasti permukaan serangan yang dapat dieksploitasi oleh ancaman luaran. Pengenalpastian dan pengurangan potensi permukaan serangan ancaman dapat meningkatkan tahap keselamatan keseluruhan bagi sesebuah organisasi.
 
2. Peningkatan Kesedaran Keselamatan
Sebarang kerentahan atau salah konfigurasi, walaupun dianggap tidak penting, mampu menimbulkan  risiko. Perkhidmatan penilaian permukaan serangan luaran dapat membantu organisasi mengenal pasti permukaan serangan daripada perspektif penyerang, dan secara efektif menghapuskan sebarang kelemahan, meminimumkan kemungkinan serangan dan mengurangkan keseluruhan risiko keselamatan.

3. Peningkatan Kemahiran Keselamatan
Kemahiran keselamatan pengguna dapat dipertingkatkan melalui interaksi dengan unit IR Sangfor,Walaupun kelemahan belum diketahui, pelanggan akan dididik mengenai cara untuk menyiasat dan mengenal pasti kelemahan dan konfigurasi salah yang sedia ada. Dengan peningkatan kemahiran ini membolehkan pelanggan untuk mengurangkan isu berdasarkan kepada cadangan profesional, persiapan pelan pemulihan, dan mengurangkan  kemungkinan bagi serangan kedua atau serangan yang serupa.

Kebarangkalian bagi sesuatu serangan perisian tebusan adalah satu ancaman yang perlu dititik beratkan oleh  semua organisasi, tanpa mengira saiz mereka. Pemikiran dan perancangan yang lebih berani diperlukan untuk apa-apa kemungkinan di masa hadapan. Dengan sokongan daripada pasukan Sangfor merupakan kunci untuk memastikan vitaliti dan keberlangsungan perniagaan anda selepas satu serangan siber.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200706005075/en/
 
Hubungi
Jonathan Yeh
marketing@sangfor.com
+8675586560605

Sumber : Sangfor Technologies

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.