ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  ANALOG DEVICES MENGUMUMKAN PENGGABUNGAN DENGAN MAXIM INTEGRATED, MEMPERKUKUHKAN KEPIMPINAN SEMIKONDUKTOR ANALOG ​

Tuesday 14/07/2020



· Peningkatan skala dan kepelbagaian dari portfolio pendapatan $8.2 bilion1 yang berkedudukan untuk mengambil kesempatan daripada arah aliran pertumbuhan sekular utama
· Meningkatkan kepakaran domain dan kelebaran bagi keupayaan kejuruteraan untuk membangunkan penyelesaian yang lebih lengkap bagi menyelesaikan masalah pelanggan yang paling rumit
· Dijangka dapat meningkat secara beransur-ansur kepada aliran tunai yang dijanakan pada penutupan dan EPS terlaras dalam 18 bulan selepas penutupan dengan kos sinergi $275 juta menjelang akhir tahun kedua

NORWOOD, Mass. & SAN JOSE, Calif., 14 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Analog Devices, Inc. (Nasdaq: ADI) dan Maxim Integrated Products, Inc. (Nasdaq: MXIM) hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memasuki ke dalam satu perjanjian muktamad  di mana ADI akan memperolehi Maxim dalam satu urus niaga keseluruhan saham yang menilai gabungan perusahaan itu pada lebih $68 bilion2. Urus niaga itu, yang dipersetujui sebulat suara oleh Lembaga Pengarah bagi kedua-dua buah syarikat, akan mengukuhkan ADI sebagai sebuah peneraju semikonduktor analog dengan peningkatan kelebaran dan skala merentasi pelbagai pasaran akhir yang menarik.

Di bawah syarat perjanjian itu, pemegang saham Maxim akan menerima 0.630 bagi setiap saham bagi saham biasa ADI untuk setiap saham bagi saham biasa Maxim yang mereka miliki pada penutupan urus niaga itu. Setelah ditutup, pemegang saham ADI sekarang akan memiliki kira-kira 69 peratus daripada syarikat gabungan itu, sementara pemegang saham Maxim akan memiliki kira-kira 31 peratus. Urus niaga itu bertujuan untuk melayakkan sebagai satu penyusunan semula bebas cukai bagi tujuan cukai pendapatan persekutuan Amerika Syarikat.

“Pengumuman hari ini yang mengujakan itu dengan Maxim adalah langkah seterusnya di dalam visi ADI untuk merapatkan dunia fizikal dan digital. ADI dan Maxim berkongsi satu keghairahan untuk menyelesaikan masalah pelanggan kami yang paling rumit, dan dengan peningkatan kelebaran dan kedalaman bagi teknologi dan bakat gabungan kami, kami akan dapat membangunkan penyelesaian yang lebih lengkap dan canggih,” kata Vincent Roche, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ADI. “Maxim adalah sebuah francais pemprosesan isyarat dan pengurusan kuasa yang dihormati dengan satu portfolio teknologi yang terbukti dan sejarah yang mengagumkan di dalam memperkasakan inovasi reka bentuk. Bersama-sama, kita berada pada kedudukan yang baik untuk menyampaikan gelombang pertumbuhan semikonduktor yang seterusnya, dan pada masa yang sama merancang sebuah  masa depan yang lebih sihat, lebih selamat dan lebih lestari untuk semua.” 

“Selama lebih tiga dekad, kami telah mendasarkan Maxim pada satu premis yang mudah – untuk secara berterusan membuat pembaharuan dan membangunkan produk semikonduktor yang berprestasi tinggi yang memberi kuasa kepada pelanggan kami untuk mencipta. Saya teruja untuk bab seterusnya ini ketika kami terus melakukan lebih banyak perkara daripada biasa, bersama dengan ADI. Kedua-dua buah syarikat mempunyai pengetahuan kejuruteraan dan teknologi yang mantap dan budaya yang berinovatif. Bekerja bersama-sama, kami akan mewujudkan sebuah pemimpin yang lebih mantap, menyampaikan faedah yang luar biasa kepada pelanggan, pekerja dan pemegang saham kami,” kata Tunç Doluca, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Maxim Integrated. 

Setelah penutupan, dua orang pengarah Maxim akan menyertai Lembaga Pengarah ADI, termasuk Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maxim, Tunç Doluca. 

Strategi yang Menambat Hati dan Rasional Kewangan  

· Pemimpin Industri dengan Peningkatan Skala Global: Penggabungan itu mengukuhkan kedudukan kepimpinan semikonduktor analog ADI dengan jangkaan pendapatan $8.2 bilion1 dan aliran tunai yang dijanakan sebanyak $2.7 bilion1 pada satu asas pro forma. Kekuatan Maxim di pasaran automotif dan pusat data, dan digabungkan dengan kekuatan ADI merentasi pasaran perindustrian, komunikasi dan penjagaan kesihatan digital yang lebar adalah sangat melengkapi dan sejajar dengan trend pertumbuhan sekular utama. Berhubung dengan pengurusan kuasa, penawaran produk yang bertumpukan pada aplikasi Maxim melengkapkan katalog produk pasaran ADI yang luas.

· Kepakaran & Keupayaan Domain yang Dipertingkatkan: Menggabungkan teknologi yang terbaik di dalam kelasnya akan meningkatkan kedalaman ADI bagi kepakaran domain dan keupayaan kejuruteraan dari DC kepada 100 gigahertz, nanowatt kepada kilowatt dan sensor kepada awan, dengan lebih daripada 50,000 produk. Ini akan membolehkan syarikat gabungan itu untuk menawarkan penyelesaian yang lebih lengkap, memberi perkhidmatan kepada lebih 125,000 pelanggan dan memperoleh bahagian yang lebih besar daripada jumlah pasaran3 boleh alamat bernilai $60 bilion. 

·  Keghairahan yang dikongsi untuk Pertumbuhan yang diterajui oleh Inovasi: Penggabungan itu menyatukan budaya serupa yang memberi tumpuan kepada bakat, inovasi dan kecemerlangan kejuruteraan dengan lebih 10,000 orang jurutera dan kira-kira $1.5 bilion1 dalam pelaburan penyelidikan dan pembangunan tahunan. Syarikat gabungan itu akan terus menjadi sebuah destinasi untuk jurutera yang paling berbakat di dalam pelbagai domain. 

·  Pertumbuhan Pendapatan & Penjimatan Kos: Urus niaga ini diharapkan dapat menokok tambah dengan EPS terlaras dalam 18 bulan selepas penutupan dengan $275 juta bagi sinergi kos menjelang akhir tahun kedua, dengan didorong terutamanya oleh perbelanjaan operasi yang lebih rendah dan kos bagi barang yang dijual. Sinergi kos tambahan daripada pengoptimuman pembuatan dijangka dapat direalisasikan menjelang akhir tahun ketiga selepas penutupan. 

· Kedudukan Kewangan yang Teguh & Penjanaan Aliran Tunai: ADI menjangkakan syarikat gabungan itu akan menghasilkan kunci kira-kira yang lebih kukuh, dengan nisbah leveraj bersih pro forma kira-kira 1.2x4. Urus niaga ini juga diharapkan dapat menokok tambah aliran tunai yang dijanakan pada penutupan, yang membolehkan pulangan tambahan kepada pemegang saham.

Penentuan Masa dan Kelulusan

Urus niaga itu dijangka ditutup pada musim panas 2021, tertakluk kepada kepuasan bagi syarat-syarat penutupan biasa, termasuk penerimaan kelulusan kawal selia Amerika Syarikat bukan Amerika Syarikat tertentu, dan persetujuan oleh pemegang saham bagi kedua-dua buah syarikat.

Penasihat

Morgan Stanley bertindak sebagai penasihat kewangan utama kepada ADI. BofA Securities juga berperanan sebagai sebuah penasihat kewangan. Wachtell, Lipton, Rosen & Katz berperanan sebagai penasihat undang-undang.

J.P. Morgan bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif untuk Maxim, dan Weil, Gotshal & Manges LLP berkhidmat sebagai penasihat undang-undang.

Panggilan Persidangan dan Maklumat Siaran Web

ADI akan mengadakan satu panggilan persidangan untuk membincangkan urus niaga itu hari ini, bermula pada pukul 8:30 pagi ET. Pelabur boleh turut serta melalui siaran web, yang boleh diakses di bahagian perhubungan pelabur di laman web ADI di investor.analog.com. Pelabur juga boleh turut serta melalui telefon (panggilan (800) 859-9560, atau (706) 634-7193 untuk panggilan antarabangsa, 10 minit sebelum panggilan bermula dan memberikan kata laluan “ADI”).

Satu putar semula bagi panggilan persidangan itu akan tersedia kira-kira dua jam selepas panggilan itu berakhir dan boleh diakses sehingga tempoh dua minggu, dengan mendail 855-859-2056 dan memasukkan ID persidangan: 3573127.

Maklumat mengenai Analog Devices

Analog Devices (Nasdaq: ADI) adalah sebuah syarikat teknologi analog berprestasi tinggi global yang terkemuka yang berdedikasi untuk menyelesaikan cabaran kejuruteraan yang paling sukar. Kami membolehkan pelanggan kami untuk menafsirkan dunia di sekeliling kita dengan menyambungkan fizikal dan digital dengan teknologi yang tidak dapat ditandingi yang dapat merasakan, mengukur, menguasai, menghubung dan menafsirkan. Sila layari http://www.analog.com.

Maklumat mengenai Maxim Integrated

Maxim Integrated membangunkan produk dan teknologi berinovatif dan isyarat bercampur untuk menjadikan sistem lebih kecil dan lebih pintar, dengan peningkatan keselamatan dan meningkatkan kecekapan tenaga. Kami memperkasakan inovasi reka bentuk bagi pengguna automotif, industri, penjagaan kesihatan, mudah alih, dan pelanggan pusat data awan kami untuk menyampaikan penyelesaian yang terkemuka di dalam industri yang membantu mengubah dunia. Ketahui lebih lanjut di http://www.maximintegrated.com.
 
Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Komunikasi ini berkaitan dengan satu urus niaga penggabungan perniagaan yang dicadangkan di antara Analog Devices, Inc. (“ADI”) dan Maxim Integrated Products, Inc. (“Maxim”). Komunikasi ini mengandungi “kenyataan yang berpandangan ke hadapan” dalam konteks maksud undang-undang sekuriti persekutuan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan menangani pelbagai perkara, termasuk, sebagai contoh, unjuran mengenai manfaat yang diharapkan daripada urus niaga yang dicadangkan itu, kesan yang dijangkakan daripada urus niaga yang dicadangkan itu terhadap perniagaan organisasi yang digabungkan dan hasil kewangan dan operasi masa depan, jumlah dan masa yang dijangkakan bagi sinergi daripada urus niaga yang dicadangkan itu, dan tarikh tutup yang dijangkakan untuk urus niaga yang dicadangkan itu. Kenyataan yang bukan fakta sejarah, termasuk kenyataan mengenai keyakinan, rancangan dan jangkaan ADI dan Maxim, adalah merupakan kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Kenyataan sedemikian adalah didasarkan kepada jangkaan semasa ADI dan Maxim dan adalah tertakluk kepada beberapa faktor dan ketidakpastian, yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dari segi material daripada yang digambarkan di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan sering kali mengandungi perkataan seperti “mengharapkan,” “menjangka,” “berhasrat,” “merancang,” “percaya,” “akan,” “menganggarkan,” “mensasarkan,” dan ungkapan serupa, juga sebagai variasi atau negatif bagi perkataan ini. Faktor-faktor penting dan ketidakpastian berikut, antara lain, boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dari segi material dengan yang digambarkan di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini: ketidakpastian sejauh mana tempohnya, ruang lingkup dan kesan wabak COVID-19; ketidakpastian politik dan ekonomi, termasuk sebarang kegoyahan di dalam keadaan ekonomi global atau kestabilan bagi pasaran kredit dan kewangan, kemerosotan keyakinan pengguna dan penurunan di dalam perbelanjaan pelanggan; tidak terdapatnya bahan mentah, perkhidmatan, bekalan atau keupayaan pembuatan; perubahan di dalam ruang lingkup geografi atau campuran produk atau pelanggan; perubahan di dalam klasifikasi eksport, peraturan import dan eksport atau duti dan tarif; perubahan di dalam anggaran ADI atau Maxim mengenai jangkaan kadar cukai mereka yang didasarkan kepada undang-undang cukai semasa; keupayaan ADI untuk dengan jayanya mengintegrasikan perniagaan dan teknologi Maxim; risiko bahawa faedah dan sinergi yang diharapkan daripada urus niaga yang dicadangkan dan prospek pertumbuhan bagi syarikat yang digabungkan tidak dapat dicapai sepenuhnya tepat pada masanya, atau sama sekali; keputusan buruk di dalam perkara-perkara litigasi, termasuk potensi bagi litigasi yang berkaitan dengan urus niaga yang dicadangkan; risiko bahawa ADI atau Maxim tidak dapat mengekal dan mengambil pekerja penting; risiko yang berkaitan dengan keupayaan ADI dan Maxim untuk mendapatkan kelulusan bagi pemegang saham masing-masing yang diperlukan untuk menyempurnakan urus niaga yang dicadangkan dan penentuan masa bagi penutupan urus niaga yang dicadangkan itu, termasuk risiko bahawa syarat-syarat bagi urus niaga itu tidak dipenuhi pada ketetapan masa yang ditentukan atau sama sekali atau kegagalan bagi urus niaga itu untuk dimeterai disebabkan oleh sebarang alasan lain atau untuk menutup berdasarkan kepada syarat yang dijangkakan, termasuk perlakuan cukai yang dijangkakan; risiko bahawa sebarang kelulusan, persetujuan atau kebenaran kawal selia yang mungkin diperlukan untuk urus niaga yang dicadangkan itu tidak diperoleh atau diperoleh tertakluk kepada syarat-syarat yang tidak dijangkakan; kesulitan atau perbelanjaan yang tidak dijangka yang berkaitan dengan urus niaga itu, tindak balas bagi rakan perniagaan dan pengekalan akibat daripada pengumuman dan menunggu penyelesaian bagi urus niaga itu; ketidakpastian berhubung nilai jangka panjang bagi saham biasa ADI; dan pengubahan bagi masa pengurusan pada perkara yang berkaitan urus niaga. Risiko ini, serta risiko lain yang berkaitan dengan urus niaga yang dicadangkan itu, akan dimasukkan di dalam kenyataan pendaftaran pada Borang S-4 dan kenyataan/prospektus proksi bersama yang akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”) berhubung dengan dengan urus niaga yang dicadangkan itu. Walaupun senarai faktor yang dibentangkan di sini adalah, dan senarai faktor yang akan dibentangkan di dalam kenyataan pendaftaran pada Borang S-4 adalah, dianggap representatif, tidak ada senarai yang harus dianggap sebagai satu kenyataan yang lengkap berhubung semua potensi risiko dan ketidakpastian. Untuk maklumat tambahan mengenai faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar untuk berbeza dari segi material daripada yang digambarkan di dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sila rujuk masing-masing kepada laporan berkala ADI dan Maxim dan pemfailan lain dengan SEC, termasuk faktor risiko yang terdapat di dalam Laporan Suku Tahun terbaharu ADI dan Maxim pada Borang 10-Q dan Laporan Tahunan pada Borang 10-K. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan mewakili jangkaan semasa pihak pengurusan dan sememangnya tidak pasti dan dibuat hanya setakat tarikh itu. Kecuali sebagaimana yang disyaratkan oleh undang-undang, ADI mahupun Maxim tidak berjanji atau bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang kenyataan yang berpandangan ke hadapan, sama ada berikutan terdapatnya maklumat baharu atau untuk mencerminkan peristiwa atau keadaan selepasnya atau sebaliknya.

Tidak ada Tawaran atau Permintaan

Komunikasi ini tidak bertujuan untuk dan tidak akan membentuk satu tawaran untuk membeli atau menjual atau permintaan bagi satu tawaran untuk membeli atau menjual sebarang sekuriti, atau satu permintaan bagi sebarang undi atau kelulusan, dan tidak akan ada sebarang penjualan sekuriti di dalam mana-mana bidang kuasa di mana tawaran, permintaan atau penjualan tersebut adalah tidak sah sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti bagi mana-mana bidang kuasa tersebut. Tidak ada penawaran bagi sekuriti harus dibuat, kecuali dengan cara sebuah prospektus yang memenuhi keperluan bagi Bahagian 10 bagi Akta Sekuriti Amerika Syarikat pada tahun 1933, seperti yang dipinda.

Maklumat Tambahan mengenai Penggabungan dan Tempat untuk Mencarinya

Sehubungan dengan urus niaga yang dicadangkan itu, ADI berhasrat untuk memfailkan dengan SEC satu kenyataan pendaftaran pada Borang S-4 yang akan termasuk satu kenyataan proksi bersama bagi ADI dan Maxim dan yang juga merupakan satu prospektus bagi ADI. ADI dan Maxim masing-masing juga akan memfailkan dokumen lain yang relevan dengan SEC berhubung urus niaga yang dicadangkan itu. Dokumen ini bukan merupakan satu pengganti bagi kenyataan/prospektus proksi bersama atau kenyataan pendaftaran atau mana-mana dokumen lain yang mungkin difailkan oleh ADI atau Maxim dengan SEC. Kenyataan/prospektus proksi bersama muktamad itu (jika dan bila ada) akan dipos kepada pemegang saham ADI dan Maxim. PELABUR DAN PEMEGANG SEKURITI ADALAH DISARAN UNTUK MEMBACA KENYATAAN PENDAFTARAN, KENYATAAN/PROSPEKTUS PROKSI BERSAMA DAN MANA-MANA DOKUMEN LAIN YANG RELEVAN YANG MUNGKIN DIFAILKAN DENGAN SEC, SERTA MANA-MANA PINDAAN ATAU TAMBAHAN KEPADA DOKUMEN INI, DENGAN BERHATI-HATI DAN  SECARA KESELURUHANNYA JIKA DAN APABILA IA MENJADI TERSEDIA KERANA MEREKA MENGANDUNGI ATAU AKAN MENGANDUNGI MAKLUMAT PENTING TENTANG URUS NIAGA YANG DICADANGKAN ITU. Pelabur dan pemegang sekuriti akan dapat memperoleh salinan percuma bagi kenyataan pendaftaran dan kenyataan/prospektus proksi bersama (jika dan bila ada) dan dokumen lain yang mengandungi maklumat penting mengenai ADI, Maxim dan urus niaga yang dicadangkan itu, setelah dokumen tersebut difailkan kepada SEC melalui laman web yang dikendalikan oleh SEC di http://www.sec.gov. Salinan dokumen yang difailkan kepada SEC oleh ADI akan tersedia secara percuma di laman web ADI di http://www.analog.com  atau dengan menghubungi Jabatan Perhubungan Pelabur ADI melalui e-mel di investor.relations@analog.com  atau melalui telefon di 781-461-3282. Salinan bagi dokumen yang difailkan kepada SEC oleh Maxim akan tersedia secara percuma di laman web Maxim di investor.maximintegrated.com atau dengan menghubungi jabatan Perhubungan Pelabur Maxim melalui telefon di 408-601-5697.

Peserta di dalam Permintaan

ADI, Maxim dan beberapa pengarah dan pegawai eksekutif mereka masing-masing boleh dianggap sebagai peserta di dalam langkah permintaan proksi berhubung dengan urus niaga yang dicadangkan itu. Maklumat mengenai pengarah dan pegawai eksekutif bagi ADI, termasuk satu penerangan mengenai kepentingan langsung atau tidak langsung mereka, oleh pemegangan sekuriti atau sebaliknya, dinyatakan di dalam kenyataan proksi ADI bagi mesyuarat tahunan 2020 bagi pemegang saham mereka, yang difailkan dengan SEC pada 24 Januari, 2020, dan Laporan Tahunan ADI pada Borang 10-K untuk tahun fiskal berakhir 2 November, 2019, yang difailkan dengan SEC pada 26 November, 2019. Maklumat mengenai pengarah dan pegawai eksekutif Maxim, termasuk satu penerangan mengenai kepentingan langsung atau tidak langsung mereka, oleh pemegangan sekuriti atau sebaliknya, dinyatakan di dalam kenyataan proksi Maxim untuk mesyuarat tahunan 2019 bagi pemegang saham mereka, yang telah difailkan dengan SEC pada 27 September, 2019, dan Laporan Tahunan Maxim pada Borang 10-K untuk tahun fiskal yang berakhir 29 Jun, 2019, yang difailkan dengan SEC pada 21 Ogos, 2019. Maklumat lain berhubung peserta di dalam langkah permintaan proksi dan penerangan mengenai kepentingan langsung dan tidak langsung mereka, oleh pemegangan sekuriti atau sebaliknya, akan terkandung di dalam kenyataan/prospektus proksi bersama dan bahan lain yang relevan untuk difailkan dengan SEC berhubung urus niaga yang dicadangkan itu apabila bahan tersebut tersedia. Pelabur harus membaca kenyataan/prospektus proksi bersama itu dengan teliti apabila ia tersedia sebelum membuat sebarang keputusan pengundian atau pelaburan. Anda boleh mendapatkan salinan percuma bagi dokumen-dokumen ini dari ADI atau Maxim dengan menggunakan sumber yang dinyatakan di atas.

(ADI-WEB)

1 Berdasarkan kepada Tahun Kewangan 19 kewangan yang dilaporkan untuk ADI dan dua belas bulan yang berikut yang berakhir pada 28 September, 2019 untuk Maxim.

2 Berdasarkan kepada harga saham pada 10 Julai, 2020 saham dicairkan sepenuhnya dan hutang bersih terkini yang dilaporkan.

3 Sumber: Ramalan WSTS Semiconductor untuk Analog pada tahun 2023.

4 Seperti yang dilaporkan dari akhir suku tahun yang terbaharu; ADI, 2 Mei, 2020; Maxim, 28 Mac, 2020.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20200713005204/en/

Hubungi

Hubungan bagi ADI

Hubungan Pelabur:
Analog Devices, Inc.
Encik Michael Lucarelli
Pengarah Kanan bagi Perhubungan Pelabur
781-461-3282
investor.relations@analog.com

Hubungan Media:
Teneo
Cik Andrea Calise
917-826-3804
andrea.calise@teneo.com

Teneo
Cik Andrea Duffy
646-984-0240
andrea.duffy@teneo.com

Hubungan bagi Maxim

Hubungan Pelabur:
Maxim
Cik Kathy Ta
Naib Presiden, Perhubungan Pelabur
408-601-5697
kathy.ta@maximintegrated.com 

Sumber : Analog Devices, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.